Monday 12 June 2017

AGEN SHAKLEE KENINGAU DIPERCAYAI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Salam 18 Ramadhan, 

Alhamdulillah diberi peluang berada di fasa pertengahan kita menjalani ibadah puasa.Selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga dipermudahkan dan diberi yang terbaik bulan yang penuh keberkatan& mulia ini.

Anda Mencari Produk Shaklee?Tapi xtahu dimana?😥😣

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim saya memperkenalkan diri sekali lagi sebagai agen Shaklee Keningau dan sekitarnya secara tidak langsung sebagai Pengedar Shaklee Sabah,Serawak,Brunei & Seluruh Malaysia terbaik &Dipercayai😊.



InsyaAllah, Servis & konsultasi terbaik saya Cuba berikan

🌿🌻 Ready Stock Produk Shaklee 🌻🌿

🚗 Cod seluruh keningau,Sook
🚌 Penghantaran Bas Seluruh Daerah Sabah,Tenom,Sipitang,Nabawan
📫 Pos laju & Gdex Seluruh Malaysia&Brunei

Jika anda ingin membeli Vitamin dengan Konsultasi terbaik dari saya,boleh
Whatsapp @ Hubungi 🌷ZUE🌷 untuk order dan consultation.😍
0122622970

Tuesday 11 April 2017

JOM AMBIL TAHU,Teknik Marmet Atau Perah Susu Guna Tangan Dengan Mudah

Assalamualaikum&Salam Sejahtera😊

Hari ni.zue nak kongsikan tentang Teknik Marmet Atau Perah Susu Guna Tangan Dengan Mudah.Maklumlah Baru dapat ilmu penyusuan ini,bagus sekiranya kongsi & sebar2 kan ilmu ni untuk manfaat semua😊


KEBAIKAN Teknik Marmet @Perah Susu Guna Tangan

😍Dapat jimatkan kos taw & Murah je hanya guna tangan. 👍Tak perlu beli pam yang mahal dan Kos yang hampir kosong.Malah dikatakan hasil perahan lebih baik kerana adanya sentuhan kulit ke kulit berbanding dengan sentuhan mesin.👍😊Boleh dilakukan di mana-mana sahaja walau tiada bekalan bateri atau elektrik.Best kan best?

TIPS Mengalakkan Pengeluaran Air Susu

💖Urut saluran susu dengan kesemua jari ke arah dada dengan pergerakan lembut. 💖Lakukan dalam gerakan memutar.
💖Tumpukan pada satu tempat saluran susu beberapa saat dan beralih ke tempat yang lain.
💖Usap payudara dari atas hingga ke puting dengan sentuhan geletek. Pergerakan ini dapat membantu melancarkan aliran susu.
😊Cubalah..Xcuba xtaw kan.


Teknik Marmet @Perah Susu Guna Tangan


Langkah 1
Buat pegangan berbentuk C pada payudara anda dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1 inci ke 1 inci setengah dari aerola. Anggapkan ibu jari berada di pukul 12 dan 4 jari lagi berada di kedudukan pukul 6. Jarak ini adalah panduan kerana aerola ibu adalah berbeza.

Langkah 2
Tekan payudara dengan lembut ke arah dada. Jangan ubah posisi jari tadi.

Langkah 3
Tekan ke belakang & Picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah untuk menggalakkan susu keluar. Pastikan ibu mengenalpasti kilang susu yang ada berdekataan dengan areola tersebut. Picit bahagian itu dan ulang dengan pergerakan picit lepas beberapa kali.Ulang langkah tersebut hingga aliran susu berkurangan.

Langkah 4
Pindahkan posisi jari. Permulaan tadi ibu jari di jam 12. Sekarang pindahkan ibu jari ke kedudukan 11, 10, 9, 8, 7 manakala jari tengah dan telunjuk ke arah jam 5, 4, 3, 2, 1. Lakukan gerakan memerah ini seperti langkah 1-4 tadi. Lakukan sehingga dirasakan susu dapat diperah sepenuhnya dan tukar kepada payudara sebelahnya.Jangan lupa tadah susu perahan ke dalam bekas penyimpanan yang bersih.

Beralihlah ke payudara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara.

Keseluruhan prosedur ini mengambil Masa dalam tempoh 20 minit – 30 minit. Perah setiap sebelah payu dara antara 5 – 7 minit. Kemudian perah lagi setiap sebelah payudaa dalam 3 – 5 minit. Dan ulangi semua rutin urutan dan di akhiri dengan sesi pemerahan antara 2 – 3 minit bagi setiap sebelah payudara

Cuba praktikkannya, InsyaAllah membantu.Mula-mula agak sukar ,InsyaAllah lama kelamaan Alah bisa tegal biasa.😍

AWAS!ELAKKAN PERKARA INI..

⛔Jangan picit puting payudara. Ini akan menyebabkan lebam

⛔Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payudara

⛔ Jangan geselkan tangan anda ke payudara kerana boleh menyebabkan melecet

Apa yang penting jangan sesekali anda rasa stress atau anda cuba memaksa susu anda untuk keluar. Untuk percubaan pertama kali, mungkin akan kelihatan sukar dan penat.

Tapi kalau anda dah biasa, benda yang susah tentunya akan menjadi lebih mudah. Jika anda berada di hospital, minta tolong nurse ajarkan cara teknik marmet ni.

Saya dulu pun, masa mula buat..seksa gak. Tapi bila dah pandai, sekejap je susu dah penuh dalam botol.Alhamdulillah


Rasanya selepas ni rasa nak cuba tak? Jom cuba marmet macam best je kan? Tiada kos, mudah pulak tu.Terbaik..

Your Trusted SID,
Zue,0122622970

Saturday 8 April 2017

TIPS ATASI MORNING SICKNESS: JANGAN DIBIARKAN


Pernah dengar tentang morning sickness@pregnancy sickness?Siapa yang pernah mengalaminya sangat faham rasanya cabaran semasa mengandungkan😊.Begitu juga zue setiap Kali mengandung dengan pengalaman morning sickness ..Aduhai betul2 mencabar & seronok.Sebenarnya morning sickness tidak asing lagi di kalangan wanita hamil. Kebanyakan wanita hamil mengalaminya, namun dengan cara yang berbeza. Hari ini zue nak kongsikan info bagaimana menangani morning sickness.

Jom kenali tentang morning sickness@pregnancy sickness ni😊

Morning sickness atau pregnancy sickness merupakan perasaan mual yang disertai atau tanpa disertai muntah selama kehamilan.Morning sickness dapat terjadi setiap saat sepanjang hari terutama ketika perut dalam keadaan kosong. Jika rasa mual dan muntah berterusan sehingga keadaan mama semakin teruk, keadaan itu disebut hyperemesis gravidarum.

Simptom morning sickness Adalah seperti berikut:

😣rasa mual
😣kehilangan selera makan
😣muntah
😣efek psikologis : depresi, cemas

Punca  morning sickness.

Sehingga kini Punca sebenar morning sickness belum diketahui. Namun ada pendapat menyatakan perubahan fizikal semasa kehamilan menyebabkan overstimulasi pada kawalan neurologis mual dan muntah yang berada di otak. Perubahan tersebut juga menyebabkan peningkatan hormon HCG dan estrogen dalam darah pada trimester pertama, peregangan pada otot uterus, fluktuasi tekanan darah terutama pada saat tekanan darah menurun, relaksasi relatif pada otot saluran pencernaan (yang menyebabkan pencernaan kurang efektif) dan peningkatan jus gaster yang disebabkan perut kosong atau mengambil makanan yang salah.Walaupun namanya 'morning sickness', rasa loya ini boleh memberi kesan keada wanita hamil pada bila-bila masa dan tidak merujuk pada waktu pagi semata-mata. Biasanya keadaan ini berterusan hingga minggu ke-12 atau 14 kehamilan.


TIPS ATASI MORNING SICKNESS

👍Halia dapat membantu melegakan mabuk ibu hamil
👍Makan sedikit tapi kerap
👍Elakkan makanan berlemak, berminyak, berempah dan berasid
👍Cuba minum air di antara waktu makan
dapatkan rehat yang cukup
👍Hidu buah lemon
👍Elakkan terlalu kenyang atau terlalu lapar


Pengalaman zue boleh membezakan pengalaman morning sickness ketika Tiga kali kehamilan ini. Semasa kehamilan pertama&kedua, zue masih belum mengenali produk Shaklee Dan hanya bergantung harap kepada keadaan semasa (makan dan muntah, tidak boleh makan, tidak boleh bau tumisan dan ikam goreng, lesu, HB rendah akibat tidak makan dan kerap terasa hendak pitam).Namun begitu, semasa hamil Kali ke tiga zue mempunyai alternatif bersama produk Shaklee khas untuk wanita hamil yang mengalami morning sickness. Alhamdulillah zue boleh mengatasi masalah morning sickness tanpa perlu MC atau rasa mual yang melampau. Zue Masih boleh menjalankan tugas hakiki di tempat Kerja&rumah. Alhamdulillah syukur sangat ..😍


APA SHAKLEE BOLEH BANTU SEBENARNYA YA?


💖Ostematrix,💖
🌷membantu tidur lena sepanjang malam dan mudah bangun keesokan harinya
🌷menghilangkan lenguh dan bisa badan
🌷mengurangkan rasa sakit pinggang dan kejang kaki (cramp atau simpul biawak)
🌷melawaskan sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit

💖Peppermint Ginger Plus💖
🌷mengurangkan mual dan muntah
🌷membuang angin dalam badan,
🌷mengurangkan sakit gastrik
🌷melegakan senak perut
🌷menyamankan perut
🌷membantu proses penghadaman
🌷mengurangkan kesan mabuk

💖B-Complex💖
🌷dapat melegakan mabuk, loya dan pening
🌷membantu pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf
🌷terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk atasi kemurungan dan stress

💖ESP💖
🌷membekalkan tenaga segera.
🌷meningkatkan sistem imun diperlukan untuk pembentukan sel baru

Bestkan ada supplement yang Betul lebih2 lagi time morning sickness ni.syukur sangat membantu .Alhamdulillah

Oleh sebab itu,Supplement NATURAL adalah pilihan saya Dan baby Serta keluarga saya👍😊.Maka,Katakan TIDAK kepada

⛔Tidak kepada sintetik!
⛔Tidak kepada yang ada pewarna!
⛔Tidak kepada perisa tambahan!
⛔Tidak kepada supplement yang ADA Bahan bahaya!

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi zue. Insyaallah zue akan beri konsultasi mengenai supplement yg bukan sahaja akan disesuaikan dgn keperluan tubuh anda, malahan juga bajet anda! Menarik kan! Hubungi zue SEGERA!Jangan segan2


Your Trusted SID
Zue,0122622970

Friday 7 April 2017

TIPS MERAWAT SIMPUL BIAWAK@CRAMP@KEJANG KAKI

Assalammualaikum&Salam sejahtera😊

Pernah mengalami cramp@kejang kaki semasa mengandung?uihh..siapa yang pernah mengalaminya,tahulah macamna rasanya.kadang- kadang sampai menitis airmata.Ada yang panggil simpul biawak@ simpul mengkarung@kejang kaki@ Cramp.

Mengapa boleh menjadi kekejangan kaki Masa mengandung lebih2 lagi pada waktu malam?

Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menguji kesabaran apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis.InsyaAllah

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 

🌼Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

🌼Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda.

🌼kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

🌼Pertambahan berat badan Semasa mengandung, banyak fungsi tubuh yang akan terpaksa bekerja keras untuk memastikan keseluruhan sistem badan berfungsi dengan baik. Antaranya ialah otot. Otot kaki menyokong pertambahan berat badan yang semakin meningkat dan akan memberi lebih beban dan tekanan. Akibatnya otot-otot kaki akan mengalami keletihan dan menegang. Kejang kaki adalah salah satu tanda otot sedang keletihan dan mengalami tekanan berterusan.

🌼Terlampau Banyak berdiri dan berjalan boleh menyebabkan otot kaki keletihan tambahan pula denagn pertambahan berat badan. 

Apakah Cara Untuk melegakan kesakitan ini?
Jangan risau ADA caranya apabila mengalami kejang kaki ini semasa kehamilan yang ini. Apabila kekejangan berlaku: 

👍Buat regangan.
Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. (Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.)
👍Urut otot yang kejang itu.
👍Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Tips Alternatif atasi Kejang Kaki@Cramp Semasa Mengandung

Antara Tips yang boleh dicuba😊:

💖Senaman regangan kaki.
(Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.)
💖Senaman tapak kaki.
(Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.)
💖Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
💖Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
💖Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
💖Minum banyak air.

Sumber:babycenter.com.my


CARA ALTERNATIF DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam magnesium Dan kalsium. Jadi cubalah Ostematrix Shaklee



Pengalaman sendiri, dari mengandung yang kedua memang amalkan set hamil, salah satunya Ostematrix yang terkandung dalam set hamil Shaklee. Alhamdulillah,memang sangat2 membantu untuk melegakan kekejangan sepanjang tempoh hamil, hingga la langsung tak kene kekejangan sehingga la hujung nak bersalin. 

Ada apa dengan Ostemarix ni?


💖Vitamin D – meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

💖Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos. 

💖Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis.

Testimoni best Ostematrix👍


Sehinggalah sekarang saya masih amalkan makan supplement ni,maklumlah Banyak berjalan dan alhamdulillah malam saya tidak ada lagi kejang kaki, siap boleh mimpi2 indah lagi.hihi.Alhamdulillah.

Jika anda juga berminat dan mahu rasakan malam tanpa gangguan kekejangan kaki, boleh la call/WhatsApp saya. Saya boleh share pengalaman dan sekaligus konsultasi berkaitan dengan vitamin secara esklusif.👍😊

Your Trusted SID
Zue,0122622970

Thursday 6 April 2017

ALTERNATIF RAWATAN HAND FOOT MOUTH DISEASE (HFMD)

Assalammualaikum& Salam Sejahtera😊

Baru-baru ini banyak kes HFMD didapati di negara kita kan.Anak jiran zue juga terkena tempias ditaskanya. Aduhai, Tahukah anda,APA ITU HFMD?

HFMD ini adalah singkatan bagi Hand, Foot and Mouth Disease (penyakit tangan, kaki dan mulut). Ia disebabkan oleh jangkitan Virus, iaitu coxsakievirus A16 yang termasuk dalam kumpulan Enterovirus. Sebenarnya jangkitan virus coxsakie ni boleh terkena kepada sesiapa sahaja, tetapi yang kebiasaannya adalah kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke bawah. Selalunya HFMD ni mudah berjangkit terutamanya apabila anak-anak berada di taska, sekolah ataupun taman permainan.


Nak Tahu?
HFMD ni tiada ubat yang spesifik untuknya. Kebiasaannya doktor akan bagi ubat-ubat sapu untuk ruam, ubat demam, ubat ulser sekiranya ada ulser di dalam mulut atau lain-lain untuk membantu Dan mengurangkan simptom pesakit. 

Kebiasaannya HFMD ini akan mengambil masa sehingga seminggu untuk sembuh dengan sendirinya disebabkan ia dari virus, InsyaAllah individu mengalaminya akan membina immuniti terhadap virus tu dan akan beransur sembuh. Oleh itu,apa yang perlu kita lakukan adalah membantu meningkatkan imun sistem anak kita untuk melawan virus tersebut di samping kuarantinkannya supaya tidak berjangkit dengan kanak-kanak lain


Apa itu Virus HFMD?

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. 

HFMD adalah sejenis wabak dan ia berlaku pada sepanjang tahun. Pada 11 Ogos 2016 yang lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia baru sahaja mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai status terkini wabak HFMD ini di Malaysia.

Sumber

: http://www.moh.gov.my

: https://kpkesihatan.com/2016/08/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-ogos-2016-situasi-semasa-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia/


Simptom-simptom HFMD

😰Demam

😰Sakit dalam mulut

😰Ruam seperti melepuh (blisters) di tapak tangan dan kaki

😰Sakit tekak

😰Kurang selera makan


Bagaimana HFMD ini menular?

HFMD ni sangat mudah berjangkit taw.Ianya boleh berjangkit melalui sentuhan dengan hidung dan tekak ataupun daripada najis orang yang dijangkiti selalunya. Waktu yang perlu dikuarantinkan adalah 3-7 hari sebelum simptom keluar selepas bersentuhan dengan orang yang dijangkiti.


Langkah Pencegahan Mengelak HFMD

Apa yang paling penting adalah menjaga kebersihan:

👍Tutup mulut dan hidung apabila anda batuk atau bersin
👍Basuh barang permainan anak secara kerap dengan air panas yang bersabun, terutamanya apabila bersentuhan dengan air liur
👍Mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
👍Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
👍Elakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
👍Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
👍Kuarantin anak, jauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Cara Rawatan Semulajadi HFMD

Oleh kerana HFMD ini adalah jangkitan virus, maka apa yang perlu kita lakukan adalah tingkatkan imun sistem anak kita untuk melawan virus tersebut.Antaranya;

👍Epsom Salt
Gunakan air rendaman epsom salt ini untuk dibuat mandi menurunkan sigh panas

👍Sup Tulang/ayam
Hidangkan anak dengan sup rebusan tulang/ ayam dengan campuran makanan antiviral contohnya bawang putih yang banyak.

👍Perbanyakkan makanan antiviral
Peppermint, bawang putih, bawang merah, kunyit, habbatussauda juga adalah antara antivirus

👍VCO( Minyak Kelapa Dara)
Sapukan pada jangkitan kulit. Minyak kelapa dara itu juga boleh dibuat minum

👍Rebus pakaian dan mainan
Pakaian dan mainan anak-anak hendaklah direbus bagi mematikan sebarang virus dan bakteria yang ada

👍Cuci lantai rumah
Cuci lantai rumah dengan dettol ataupun campuran cuka epal dan tea tree oil

👍Pengambilan makanan yang kaya Vitamin C&Perbanyakkan air
Beri anak makan makanan yang kaya dengan Vitamin C Dan berikan anak minum air yang banyak.Tembikai adalah yang paling baik diberikan pada anak kerana selain membekalkan serat, cecair, manis ia juga bersifat menyejukkan mulut anak anda. Kalau ada kesempatan boleh beri homemade ice-cream,agar2 Dan jus daripada jus buahan segar, kurma ataupun apa sahaja tanpa gula untuk memberi kelegaan kepada mulut anak yang tengah berbisa (ini boleh dilakukan jika anak tidak alah pada makanan sejuk).Kalau boleh bukan berikan aiskrim biasa yang dijual dikedai tu ye, itu banyak sangat gula, gula adalah makanan untuk virus, nanti virus semakin kuat, anak semakin lemah.

👍Air Kelapa dan air barli
Air kelapa dan barli adalah antara antivirus semulajadi

👍Madu dan jus delima
Berikan anak madu dan jus delima kerana ia adalah antara remedi untuk ulser mulut

👍Elakkan makanan berminyak&masam
Elakkan makanan yang berminyak dan berempah kerana menambah rengsa dan berasa panas pada kesan melepuh dalam mulut mereka dan Elakkan minuman dan makanan yang masam kerana membuatkan rasa pedih pada kesan melepuh dalam mulut anak anda. 

👍Pastikan kawasan yang Luka Dan melepuh lembap.
Anda boleh sapukan Krim atau melegakannya denga petua-petua lama seperti bedak sejuk diicampur dengan daun bambu hancur atau bedak sejuk dicampur aloe vera

👍Kawal Suhu Panas
Buka semua baju dan seluar, tinggalkan pampers atau cloth diapers atau memadai seluar pendek@ baju yang tipis supaya suhu badan anak terkawal. Biasanya demam biasa akan berlarutan ke beberapa hari hingga semua bintik-bintik dalam mulut pecah.

Shaklee Membantu Merawat HFMD?BETULKAH?InsyaAllah😊..Supplement Shaklee Adalah daripada bahan semulajadi sesuai digunakan untuk kanak-kanak Dan seisi keluarga.

Antara supplement yang dicadangkan untuk HFMD ialah:


💖Nutriferon 💖 untuk kuatkan sistem imun badan di samping mengaktifkan interferon badan. Interferon merupakan protein yang dilepaskan dalam badan kita untuk mengekang replikasi virus di dalam badan. 

💖Meal Shakes💖 adalah multivitamin dan mineral dalam bentuk serbuk yang membantu lengkapkan nutrisi anak yang tak lalu nak makan. Kita boleh memberikan Meal Shakes ini untuk memberikan anak tenaga dan nutrien pada waktu anak tak mampu nak makan dengan sempurna kerana susahnya nak menelan.

💖Herbal Blend Cream💖 untuk kegunaan luaran pada blisters di kaki, tangan dan sekitar mulut bahagian luar. Krim ni bagus untuk kurangkan kegatalan dan rasanya sejuk-sejuk berangin yang boleh bantu anak kurangkan menggaru dan menyebabkan ruam lebih teruk.

Testimoni,



Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda tentang penyakit HFMD. Gembira dapat membantu.Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya:

Your Trusted SID,
Zue
0122622970

Wednesday 5 April 2017

IKHTIAR PENYEMBUHAN DEMAM DENGGI

Assalamualaikum& Salam Sejahtera😊

Seperti yang kita sediamaklum Demam.Denggi Adalah disebabkan serangan Virus kerana itu platelet darah kita makin menurun.Keadaan ini.Sangat membahayakan kerana Platelet ni
berfungsi membekukan darah,Sekiranya tiada agen pembeku darah boleh menyebabkan berlakunya pendarahan.

Apabila kita Google sebenarnya Banyak tips dan  rawatan tradisi  boleh digunakan untuk membantu menyembuhkan demam denggi antaranya seperti:
💖Sup ketam yang tinggi protein,
💖Buah-buahan seperti buah kiwi yang kaya dengan vitamin C serta buah tembikai merah yang mempunyai banyak kandungan air untuk menyejukkan badan.  💖Air Isotonik100 Plus yang dikatakan boleh membantu mengekalkan cecair dalam badan selain memberikan tenaga. Tapi bagi saya ia kurang sesuai kerana bergas dan iterlalu manis.
💖Air rebusan Daun betik
💖Air Kelapa

Sejauh manakeberkesanannya, Wallahualam kerana sehingga kini Masih Belum ada kajian spesifik mengenai petua2 inj yang penting sekiranya petua yang diamalkan serasi dengan tubuh.InsyaAllah membantu menjadi penawar untuk Demam Denggi disamping pengawasan Dan pemeriksaan Dari pihak perubatan.

Ikhtiar Alternatif Dengan Supplement untuk menyembuhkan Demam Denggi

Supplement Shaklee juga turut boleh digunakan untuk menjadi penawar bagi penyakit Demam Denggi ini.antaranya ialah:
💖 NUTRIFERON👍
satu-satunya interferon semulajadi di dunia.Ianya menghasilkan antibodi yang semakin berkurang, meningkatkan tahap imunisasi tubuh untuk melawan penyakit dan sekaligus membunuh virus denggi.

💖SUSTAINED REALEASE VITAMINC 👍 teknologi sustained release membebaskan vitamin C secara perlahan-lahan, untuk menghasilkan sel-sel darah merah dan mengekalkannya dalam plasma darah, “bekerja” dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan sistem imun serta fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.

💖 Performance Drink 👍
membantu mengimbangi kadar elektrolit Dan mengekalkan paras bendalir dalam badan. Minuman istonik yang bebas karbonat dan kurang gula serta lengkap dengan garam natrium yang penting untuk sistem tubuh kita.

💖VIVIX👍
Vivix pula adalah tonik anti-penuaan semulajadi yang bertindak sehingga ke tahap selular DNA. Bila kita sakit, banyak DNA kita rosak tau. Vivix ni memulihkan DNA sebab tu boleh kata semua penyakit sesuai ambil Vivix (InsyaAllah)

Antara testimoni Demam.Denggi yang berjaya menaikkan platelet selepas pengambilan Supplement Shaklee😊👍




Amazingkan! Syukur alhamdulillah.

Shaklee cuma asbab, dan Allah yang Maha Penyembuh sebenarnya saya cuma membantu berkongsi info dan kebaikan sekadar yang termampu. Mungkin anda juga memerlukan suplemen ini sebagai alternatif untuk melawan virus denggi yang sehingga kini masih belum ada penawarnya.Boleh Hubungi saya:
Zue,SID 1126208
Agen SID yang dipercayai,
0122722970😊

DEMAM DENGGI : PEMBUNUH SENYAP JIKA DIBIARKAN

Assalammualaikum&Salam Sejahtera😊

Memandangkan Banyak kes demam denggi sekarang ni.Zue rasa nak berkongsi tentang Penyakit Demam Denggi ni sebab Rasanya semua orang perlu tahu untuk menyebarkan maklumat bagi mengurangkan penyakit demam denggi  yang semakin meningkatkan di Negara Kita.😞 Jika demam denggi dibiarkan ianya boleh membawa MAUT.


Jom kenali penyakit Demam Denggi..


Demam denggi ialah penyakit bawaan vektor, dibawa oleh dua jenis nyamuk, Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Ia disebabkan oleh virus dengan 4 serotaip tersendiri, DENV-1 ke 4.
Demam denggi juga adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya sekiranya tidak mendapat rawatan awal Dan Segera.
Sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini.

Waspada ! Kerana Demam.Denggi 
Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes. 


Antara tanda-tanda Demam Denggi ialah:


😰Demam kuat yang mengejut dan berterusan
😰Bintik merah pada kulit
😰Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
😰Berdarah pada badan, hidung dan mulut
😰Hilang selera makan
😰Muntah-muntah
😰Sakit perut
😰rasa pahit pada lidah
😰lemah dan tidak bermaya


Komplikasi demam denggi

Denggi berdarah
Sekiranya jika berlaku kepada kanak-kanak dalam linkungan 2 dan 13 tahun ianya boleh membawa Maut
Pada tahap awal gejala dihadapi sama dengan demam denggi klasikal diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, pendarahan gusi, berak dan kencing berdarah. Yang paling teruk pendarahan dalam otak yang boleh menyebabkan sawan dan tidak sedarkan diri.

Sindrom renjatan denggi
Kes yang serius di mana keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat.
Kulit pesakit menjadi sejuk, lebam dan padat dengan darah terkumpul, bibir yang kebiruan seterusnya melarat ke tahap renjatan yang kritikal.Renjatan dicirikan oleh tekanan darah menurun dengan tidak normal, nadi yang cepat tetapi lemah, badan yang sejuk, penghasilan air kencing kurang dan pesakit berasa tidak selesa. Pesakit boleh menemui kematian dalam masa 12-24 jam jika tidak dirawat dengan betul, sebaliknya akan sembuh seperti sedia kala jika penghidratan dimulakan secepat mungkin dengan cara yang sepatutnya. 



RAWATAN DEMAM DENGGI

Sehingga Hari in, tiada rawatan khusus untuk mengubat demam denggi melainkan dengan merawat simptom yang dihadapi. Yang paling utama ialah merawat Dan mengurangkan dehidrasi akibat demam panas, kurang selera makan dan muntah. Jika pesakit boleh minum dan makan, dinasihatkan minum air dengan lebih banyak, manakala bantuan air ke dalam salur darah jika pesakit tidak mampu.

Antipyrexia @ ubat demam diberikan sekiranya pesakit masih demam dan ubat tahan muntah jika pesakit mengalami muntah berterusan.

Manakala bagi demam denggi berdarah, pengawasan rapi harus dilakukan untuk mengelakkan terjadinya sawan.

TIPS PENCEGAHAN


👍Lindungi diri anda daripada digigit nyamuk.Pakai baju berlengan panjang & seluar panjang untuk melindungi kulit dari digigit nyamuk. Pasang jaring pada tingkap untuk elakkan nyamuk masuk dalam rumah.

👍Elakkan melawat kawasan berisiko tinggi pada waktu puncak nyamuk berkeliaran
Waktu puncak nyamuk Aedes mencari makan ialah awal pagi dan waktu senja, jadi elakkan berada di kawasan berisiko pada  kedua-dua waktu ini.

👍Musnahkan tempat pembiakan nyamuk
Antara yang anda boleh lakukan ialah:
🍁🌷Tutup dengan rapat bekas simpanan air seperti baldi, bejana dan tong-tong air atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik

🍁🌷Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu

🍁🌷Buang air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu

🍁🌷Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun kayu atau sampah-sarap yang menyekat aliran air.

🍁🌷Bersihkan persekitaran rumah anda. Buang semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan buang dalam tong sampah tertutup.

👍Hapuskan nyamuk Aedes dewasa
Menggunakan penyembur serangga  untuk  atau menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan diri dan keluarga digigit nyamuk.


PERANGI&HAPUS DENGGI,Sayangi Diri Dan Keluarga Anda..

Your Trusted SID,
Zue,0122622970

Tuesday 4 April 2017

ANAK BATUK & SELSEMA,TIPS RAWAT TANPA UBATAN

Assalammualaikum&Salam Sejahtera😊

Apa Khabar anak2 Dan sahabat semua?Harap semuanya dalam keadaan sihat Dan baik.Cuaca yang xmenentu sekarang mudah mengundang serangan batuk dan selsema terutama pada anak2 si comel Kita.Apa yang diperlu buat untuk membantu proses penyembuhan?

Bagi zue,apa yang perlu kita fahami kebanyakan jangkitan batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan jangkitan kuman virus bukannya jangkitan kuman bakteria. 


Jenis & ciri-ciri Batuk:

1) Batuk tak berkahak
rasa kering, gatal/perit kat tekakrasa gatal yg kering di tekak mengakibatkan batuk yg mengganggu tanpa mengeluarkan kahak/dry cough/irritative coughbiasanyer disebabkan jangkitan virus or tindak balas akibat alahan dan biasanyer pulih sendiri


2) Batuk dr dada dan berkahak/chesty cough 
batuk dr dada dan mengeluarkan kahak menandakan jangkitan dlm paru2 misalnyer bronchitis and pneunomia.kahak berwarna hijau, kuning spt karat. Kekadang ada darah dlm kahak(hemoptisis) merupakan tanda penyakit yg serious.


3) Batuk dari dada tapi tak berkahak
batuk dr dada tak mengeluarkan kahakmenandakan kesesakan dlm paru2



Sifat2 kahak & tandanya:

1)putih dan jernih/lebih cair
tidak menunjukkan sebarang penyakit

2)putih, berbuih dan byk
terdpt pada pesakit bronkitis kronik dan mrk yg merokok

3)hijau, coklat or kuning
jangkitan dlm paru2 seperti bronkitis, pneunomia or jangkitan dlm saluran penafasan

4)kahak berdarah
menandakan penyakit dlm paru2(karsinoma/cacinoma, batuk kering/tuberculosis, embolisme paru2/pulmonary embolism dll)

Tahukah anda?
kesan ubat ataupun antibiotik kepada anak? Perlukah kita memberi kerapkali ubatan mahupun antibiotik.

Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa ubat-ubat batuk dan selsema sebenarnya tidak berkesan untuk mengubati gejala-gejala bagi golongan kanak-kanak.

Malah lebih merisaukan, telah terbukti ubat-ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi. 

Ubat batuk dan selsema selalaunya mengandungi antihistamine (seperti actifed) yang tidak digalakkan diberikan kepada kanak-kanak enam tahun kebawah dan sangat tidak digalakkan untuk kanak-kanak dua tahun kebawah. Begitu juga ubat yang mengandungi seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan.Jika diberi terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, kanak-kanak ini boleh berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.

Menurut FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun; kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.

Dan Tahukah sahabat?
Sekiranya ubat juga digalakkan,begitu juga dengan rawatan antibiotik yang sebenarnya hanya berkesan untuk jangkitan bakteria sahaja. Sekiranya demam selsema dan batuk itu tidak serius, antibiotik tidak akan merawatinya ataupun mengurangkan tempoh jangkitan tersebut.

Pengambilan antibiotik dengan tidak betul (tidak diperlukan, antibiotik yang salah, atau tidak mengikut sukatan, kekerapan atau tempoh rawatan) boleh memudaratkan keadaan dengan dua keadaan :

1. Menyebabkan kemunculan kuman bakteria yang rintang terhadap antibiotik (antibiotic resistant bacteria)
-kuman bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan yang jauh lebih bahaya yang tidak dapat dirawati serta boleh meragut nyawa Dan merebak pada orang lain.

2. Superbug : Badan manusia (terutama kulit, saluran pernafasan &usus)  mempunyai kuman baik yang membantu melawan kuman asing yang menyebabkan jangkitan. Antibiotik bukan sahaja boleh membunuh kuman bakteria yang bahaya, tetapi ia juga boleh menyebabkan kemunculan superbug atau menghapuskan kuman baik dalam badan.

Kesimpulannya,antibiotik penting untuk menghapuskan jangkitan kuman bakteria bukan untuk kuman virus.



APA perlu dibuat ya untuk menghilangkan selsema &batuk?😎

ANTARA TIPS rawatan yang boleh diamalkan adalah:


🌼Campurkan sedikit madu dan minyak habatus sauda, dan bagi pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. (2 titik minyak dah cukup)
🌼Beri air suam campur dengan lemon dan madu (membantu melonggarkan kahak)
🌼Buka shower air panas, dan duduk di dalam bilik air tu. Lagi ok kalau letakkan vicks dalam baldi berisi air panas dan biar ia meruap. Sama-samala sedut wap panas + vicks tu untuk melonggarkan kahak.

🌼Teknik percussion boleh dibuat masa di dalam billik air dengan wap panas. atu lagi teknik, pakai bawang putih. Teknik dia boleh belajar kat sini: http://zuarcity.blogspot.com/2013/10/rawatan-stim-teknik-percussion-untuk.html 
🌼Chest Physical Therapy (CPT) sumber:

Fairview.org
Guna teknik percussion atau bawang putih untuk longgarkan kahak. Teknik rujuk kat link atas. (Pastikan berhati-hati apabila guna bawang pitih sebab dia agak panas)
🌼Sekiranya anak bawah 1 tahun Dan Masih breastfeed,Ibunya perlu mengambil pemakanan yang sihat antaranya minum madu,mengambil pemakanan tinggi vitamin C dan kerapkan bagi susu ibu pada baby, dan mohon doa semoga kebaikkan makanan yang diambil sampai pada bayi
🌼Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.
🌼Teh limau madu yang suam
Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.
🌼Pengambilan cecair yang lebih seperti
Susu ibu, air suam, sup prebiotik atau sup ayam
🌼Rehat yang mencukupi
🌼Elakkan pengambilan gula putih ketika diserang selsema batuk kerana GULA adalah MAKANAN VIRUS dan BAKTERIA yang boleh menyebabkan virus atau bakteria lebih aktif dan membiak..
🌼 KUNYIT boleh ditumbuk sedikit kemudian airnya disapukan di batang hidung .
🌼BAWANG PUTIH :
Selsema atau batuk kebiasaannya berlaku disebabkan virus,  memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan lainnya akan membantu selain buat minyak bawang putih untuk sapu pada dada anak


NUTRISI SHAKLEE MEMBANTU MENINGKATKAN SISTEM IMUN

Apabila selalu sangat batuk&selsema itu menandakan sistem imun agak rendah.Oleh itu penggunaan supplement Shaklee untuk membantu meningkatkan sistem imun sangat disarankan.Antara yang dicadangkan ialah :

💖Nutriferon💖
Pengambilan supplement yang meningkatkan antivaral protein iaitu interferon . Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut ‘membiak’ dalam tubuh kita. Nutriferon mengandungi nteferon semulajadi di dunia yang HANYA dipaten oleh Shaklee dan TIDAK dijual di kedai2 biasa. 

💖VITAMIN C💖

vitamin antioksida seperti vitamin C yang dapat membantu melawan jangkitan serta meningkatkan sistem imuniti tubuh .

💖OMEGA GUARD💖
Omega Guard mengandungi Vitamin D Dan kandungan Omega 3 yang kaya dengan kebaikan dimana ianya dapat mencegah asma dan alahan (termasuk alahan kulit).

💖MEAL SHAKE💖
Mealshake menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang  terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya


sumber: 

1. doktorbudak.com. 

2.drzubaidi.com

Testimoni

Assalamualaikum. Saya mengenali produk Shaklee kerana SET BERPANTANG semasa berpantang anak sulong, Muhammad Yusuff dan anak kedua juga masih setia dengan Set Berpantang Shaklee. Alhamdulillah, sangat bagus dan berkesan bagi saya.

Apabila anak-anak membesar, diuji dengan kesihatan yang tidak mengizinkan. Bermulanya asthma anak sulong dan pelbagai rawatan telah dicuba. Tetapi asthma masih berulang. Beliau juga kerap selsema dan batuk. Sehinggalah,saya memberikannya SET KANAK-KANAK SHAKLEE. 

Alhamdulillah, nampak perubahannya apabila masalah asthma dah hilang. Cuma kadangkala selsema bertandang dan cepat hilang apabila diberi Omega Guard dan Chewable Vitamin C. 

Kini anak sulong sudah berusia 3 tahun dan Yusuff sentiasa aktif. Tapi, ada satu masalah yang dialami Yusuff iaitu tonsil dan kerap demam. Pernah jumpa doktor dan disahkan tonsil tahap 2. Kata doktor, tonsil mungkin akan ganggu aktiviti seharian beliau dan buatkan beliau lemah dan tidak aktif.

Selepas itu,saya nekad berikan Yusuff 3 biji Chewable Vitamin C sehari dan juga berikan Nurtiferon 3 kali seminggu. Tidak lupa juga Omega Guard setiap hari & juga Mealshakes. Alhamdulillah, sudah 2 bulan tidak demam dan aktif macam biasa. 

Anak kedua saya, Muhammad Hud berusia 8 bulan juga mudah selsema dan batuk. Semasa berusia 5 bulan, Hud kerap demam, selsema dan batuk. Apabila usia Hud 7 bulan,saya berikannya Omega Guard, Chewable Vitamin C & juga secubit Nutriferon, Alhamdulillah, sehingga sekarang (11.6.2016 nanti usia 9 bulan) beliau dah tak demam seperti dulu.

Syukur alhamdulillah. Dengan pengambilan makanan tambahan untuk anak-anak, kesihatan mereka dari hari ke hari semakin baik. Mereka cepat belajar dan cepat memahami. Sebagai ibu, kesihatan anak-anak sangat penting dan kini, saya dah tak risau lagi.

InsyaAllah,pemilihan Supplement yang Baik dapat membantu menaikkan sistem imun tubuh diri sendiri Dan yang tersayang disamping mencuba tips2 yang bersesuaian..Pada ibu ayah,Jangan risau Dan bimbang Bila Anak xsihat..Positif Dan Cari Ikhtiar untuk membantu penyembuhan ya kerana setiap penyakit ITU ada ubatnya😊

Your Trusted SID,
Zue,0122622970

Monday 3 April 2017

TONSILITIS: ALTERNATIF RAWATAN MENGGUNAKAN SUPPLEMEN

Assalammualaikum&Salam Sejahtera.😊

Baru2 ni zue ada menziarah sahabat yang Baru membuat pembedahan tonsil atas saranan Doktor kerana mengalami radang tonsil@ tonsillitis kebelakangan tahun ni.Tahukah anda tentang tonsilitis@ Radang tonsil?

Jom Kita kenal Tonsil terlebih dahulu,

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri  daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit.
Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:

☘Adenoids – tonsil yang terletak di belakang hidung
☘Lingual tonsils – tonsil di belakang lidah
☘Palatine tonsils – tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan

Ia berfungsi menapis virus dan bakteria memasuki saluran pernafasan, sekaligus menjadi salah satu sistem pertahanan badan manusia. 


APA ITU TONSILITIS?

Oleh kerana tonsil merupakansalah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Antara PUNCA berlakunya tonsil adalah disebabkan: 

1) Jangkitan virus 

2) Jangkitan bakteria (15% sahaja punca dari bakteria) 

Demam, batuk dan selesema mampu mengundang kepada jangkitan virus mahupun jangkitan bakteria. So, ia akan menjadi punca kepada terjadinya masalah tonsilitis ini.


SIMPTOM radang tonsil ialah:

1) Sakit tekak yang kadang-kadang teruk

2) Tidak boleh menelan atau terasa sakit ketika menelan.

3) Demam yang berpanjangan dan kadangkala suhu tinggi.

4) Sakit kepala

5) Sakit-sakit badan

6) Suara garau atau hilang suara

7) Kadangkala bengkak pada leher

8) Mulut berbau busuk

9) Berdengkur ketika tidir


Komplikasi radang tonsil

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya.
Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah.
Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

“Sleep apneoa” atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Rawatan Aternatif Shaklee Untuk Penawar tonsilitis

🌼Vitamin C (SR Vita-C Plus atau Chewable Vita-C Plus)🌼
🌼NutriFeron🌼


🌹Kelebihan Vitamin C🌹

Vitamin C dari jenis vitamin larut air ini sebenarnya mempunyai pelbagai fungsi lain selain dari memastikan kulit cantik. Antara kepentingannya:
🌹Bertindak sebagai barisan pertahanan sel tubuh untuk memerangi radikal bebas yang menyerang sel-sel badan  (dalam air)
🌹Vitamin C menjadi barisan hadapan untuk radikal bebas yang menyerang dalam lemak. Radikal bebas ini didapati daripada asap rokok, asap kenderaan, asap dari persekitaran — bayangkan betapa banyaknya musuh sel kita hari ini!
🌹Meningkatkan tindakbalas imun. — orang yang selalu rasa nak demam, sebaiknya meningkatkan pengambilan Vitamin C sama ada dari makanan atau supplemen.
🌹Membantu mengurangkan hormon tekanan.
🌹Membantu masalah anemia. Anemia atau kekurangan darah (low hb) sering berlaku pada ibu mengandung yang boleh mengancam nyawa ibu dan kandungan. Vitamin C sebenarnya membantu penyerapan zat besi yang menjadi asas kepada pembentukan darah yang sempurna dan sihat. Kegagalan untuk menyerap zat besi dari makanan/supplemen akan menyebabkan anemia.
🌹Membantu penyembuhan luka.
🌹Vitamin C (dan vitamin lain) berfungsi sebagai pasukan penyelamat yang saling membantu untuk memastikan tubuh sentiasa dalam keadaan baik.
🌹.Membantu meredakan demam/selsema.


🌹Kebaikan NutriFeron Shaklee🌹
Ia dihasilkan daripada ekstrak 4 tumbuhan (biji labu, bunga sunflower, honeysuckle jepun dan biji plantagi) yang mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.
NutriFeron juga adalah produk Shaklee yang dihasilkan bertujuan untuk ‘boost’ sistem perlindungan imuniti tubuh – interferon. Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut ‘membiak’ dalam tubuh kita.


Oleh itu,buatlah pilihan terbaik untuk membantu merawat Tonsillitis anda.Perlukan produk Shaklee?Hubungi zue untuk pertanyaan Dan konsultasi 😊

Your Trusted SAID
Zue,0122622970

Rabun Silau @ Astigmatisme Jangan Dibiarkan

Assalammualaikum&Salam Sejahtera..

Pernah x rasa penglihatan agak terganggu Dan terhad Bila malam?Nampak kurang jelas,perit di bahagian mata.Tahukah anda itu adalah antara tanda Rabun silau?


APA ITU RABUN SILAU?

Rabun Silau boleh dialami pada semua peringkat umur.  Hampir semua orang mengalami rabun silau tetapi pada tahap keterukan yang berbeza.Kebiasaannya Rabun silau selalunya terjadi bersama dengan rabun jauh dan rabun dekat.


Rabun silau atau Astigmatisme dalam istilah perubatan, berlaku adalah disebabkan oleh imej yang terbentuk lebih dari satu titik fokus oleh permukaan kornea yang tidak rata. Apabila ini berlaku, cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik sahaja lalu membentuk imej yang kurang jelas.


PUNCA RABUN SILAU
Menurut Pakar Mata Hospital Ampang Puteri, Dr. Rozita Ahmad bahawa silau yang dihadapi berpunca daripada dua faktor.

“Kebanyakan silau berpunca daripada astigmatism manakala yang lain berpunca daripada keradangan atau jangkitan pada mata,” jelasnya.

Astigmatism berkait rapat dengan penglihatan menjadi kabur pada semua jarak yang disebabkan oleh permukaan kornea atau kanta tidak sekata.

Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan pesakit melihat imej yang tidak jelas dan pecah-pecah terutama cahaya pada waktu malam.

Tambah Dr.Rozita, astigmatism yang sedikit atau kurang daripada 0.50D biasanya tidak mengganggu penglihatan.

RAWATAN RABUN SILAU

Selain daripada penggunaan cermin mata, RGP yang menggunakan teknik orthokeratology iaitu memakai kanta sentuh separa keras semalaman bagi membentuk semula kornea menjadi rawatan alternatif bagi memperbaiki keadaan rabun tersebut.

“Teknik senaman yang dikenali Eye-Robic merupakan pilihan terbaik dalam merawat permukaan kornea dan kanta ini. Malah, ia membantu melegakan ketegangan pada otot mata,”

Bagi kes-kes tertentu, rawatan Photorefractive keratectomy (PRK), Laser-Assisted Sub-Epithelial Keratectomy (LASEK) atau Laser-assisted In Situ Keratomileusis (Lasik) akan digunakan.

“Dalam kes yang serius, pengimplanan kanta atau kornea (Restore) dilakukan bagi memulihkan tahap penglihatan pesakit,” jelasnya.

Sumber:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_06.htm

ANTARA SIMPTOM RABUN SILAU:

🍁Imej atau objek yang dilihat adalah kurang jelas
🍁Berasa perit pada bahagian mata
🍁Sakit kepala dimana tahap kesakitan sakit kepala yang berbeza-beza 
🍁mata mudah merasa letih
🍁Mata tidak selesa
🍁Imej dekat dan jauh kelihatan kabur
🍁Sensitif pada cahaya
🍁Ketegangan mata
🍁Mata berair
🍁Pandangan berlapis
🍁Penglihatan upside down
🍁Susah memandu waktu malam, kadang pandangan nampak dua
🍁Mata sering berkelip atau sering menutup mata

CARA PENCEGAHAN

🌷Lihat pokok hijau dalam tempoh 10 minit pada setiap pagi.
🌷Berdiri pada satu posisi dan fokus kepada titik tersebut.
🌷Elakkan membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar.
🌷Banyakkan makan makanan yang mengandungi sumber Vitamin A seperti minum jus lobak merah tanpa ais atau gula.
🌷Jangan lihat skrin komputer terlalu lama. Rehatkan mata setiap 30 minit dengan cara pejam dan celi k berulangkali untuk meregangkan otot mata.
🌷Makan supplemen Vitamin A untuk membantu kesihatan mata seperti Bayam & tomato


PERBEZAAN VITAMIN A DENGAN CAROTOMAX SHAKLEE

Vitamin A terdiri dari dua jenis iaitu:

Vitamin A yang boleh kita dapat dari makanan seharian manakala Provitamin A dikenali juga sebagai carotenoids (the safest way to take Vitamin A) yang akan ditukarkan kepada Vitamin A bila badan memerlukan dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan. 

Perlu diingatkan, Vitamin A  tidak boleh diambil secara berlebihan kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati. Dalam kata lain, ianya boleh menjadi toksik sekiranya diambil berlebihan 


Carotomax Shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan.Bestkan

Carotomax Pilihan Terbaik untuk Mata Sihat

CarotoMax dengan formula yang diperbaharui ini mengandungi 6 jenis karotena yang diekstrak daripada rangkaian sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan seperti rumpai laut, tomato bukan GMO, biji anggur (grape seeds) brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dll.


6 JENIS CAROTENOID TERSEBUT ADALAH:

💖Alpha Carotene dan Beta Carotene 💖Untuk penglihatan malam, mata sihat, memperbaiki kulit dan mempercepat pemulihan luka, mempertingkat sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat

💖Lycopene 💖 
Bersifat antioksidan, menghalang penuaan organ, untuk serviks yang sihat, kesihatan jantung dan sistem imun, serta mengurangkan risiko mendapat penyakit kelenjar prostat.

💖Astaxanthin 💖
 Untuk melindungi kerosakan akibat proses pengoksidaan kolesterol LDL

💖Lutein💖
Untuk menyekat katarak, glaukoma dan penyakit makular berkaitan umur.

💖Zeaxanthin 💖
Untuk melindungi mata, mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan serviks.


Bestkan? Jadi Jangan tunggu lama untuk mengambil Carotomax sebagai supplimen terbaik untuk mata anda mengatasi Rabun Silau.😊👍.

Jom hubungi Zue untuk konsultasi terbaik

Your Trusted SID
Zue,
0122622970
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page