Wednesday 29 March 2017

HEPATITIS B :JANGAN PANDANG RINGAN KOMPLIKASINYA

Assalammualaikum& Salam Sejahtera😊

Bila ada orang tertanya2 tentang penyakit hati ni,zue nak berkongsi info n maklumat tentang hepatitis.Pernah dengar tentang hepatitis B?Jom kita Kita kenali apakah hepatitis B.

Penyakit Hepatitis B merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus Hepatitis B (HBV). Hepatitis juga bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak Dan Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan..Malah, Ia Adalah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang ‘senyap’ 😖


Agen penyebab: 
Virus Hepatitis B (HBV), Hepadnaviridae.

Hepatitis B terdapat 2 jenis iaitu;


1)hepatitis B akut
2)hepatitis B kronik

Komplikasi

Sekiranya hepatitis B tidak dirawat dengan baik, ia boleh menyebabkan 2 keadaan yang serius iaitu:

i)Sirosis hati (penyakit kronik yang berlaku secara perlahan-lahan di mana sel hati dimusnahkan secara perlahan-lahan)
ii)Kanser Hati


Siapakah Berisiko Tinggi?

😨Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan
😨Penagih dadah yang menggunakan suntikan
😨Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks (homoseksual, biseksual atau heteroseksual).
😨Pesakit buah pinggang yang menggunakan Hemodialisis
😨Penerima hasil atau produk darah
😨Ahli keluarga @ pasangan seks kepada pembawa kuman HBV
😨Mereka yang mengidap penyakit kelamin
😨Mereka dari kumpulan etnik tertentu atau penduduk negara di mana HBV merupakan penyakit yang sangat endemik seperti di China, Asia Tenggara, negara Timur Tengah beberapa bahagian di benua Afrika dan Amerika Selatan.
😨Pengembara antarabangsa yang berada lebih dari 6 bulan di negara-negara di mana HBV tersangat endemik.

Simptom dan Gejala

Walaupun kebanyakan kes Hepatitis B tidak menunjukkan tanda dan gejala,Kebiasaannya antara gejala yang boleh berlaku seakan-akan mendapat flu adalah kurang selera makan, loya, muntah, perut rasa tidak selesa, sakit sendi, ruam serta kekuningan pada mata dan kulit.


Bagaimana hepatitis B berjangkit: 

Hepatitis B berjangkit melalui sentuhan dengan cecair badan (seperti air liur, air mani dan cecair faraj) seperti:
Pemindahan darah atau produk darah yang tercemar,
😖Hubungan seksual, atau melalui jarum suntikan yang tercemar.
😖Jangkitan juga boleh berlaku daripada ibu kepada bayi (semasa hamil)
😖Jangkitan melalui Luka sekiranya kulit di tembusi jarum tercemar semasa akupunktur, bertindik dan bertatu.

Langkah Rawatan&Pencegahan


Rawatan

Buat masa ini, terdapat dua kelas ubat-ubatan yang diluluskan bagi merawat hepatitis B.

Salah satu pilihan adalah interferon yang mirip bahan melawan jangkitan semula jadi dihasilkan oleh tubuh.

Juga, analog nukleosid tertentu yang dikenali sebagai antiviral – digunakan untuk merawat HBV dengan cara mengganggu enzim yang digunakan untuk menghasilkan DNA, yang diperlukan bagi penghasilan semula virus.

Terdapat vaksin yang berkesan sebagai perlindungan menentang HBV dan perlu diberikan kepada semua bayi, kanak-kanak dan remaja yang belum mencapai usia 18 tahun.

Mana-mana orang dewasa yang berisiko tinggi juga perlu divaksinasi manakala mereka yang belum menerima pelalian dan terdedah kepada HBV boleh diberikan imunoglobulin hepatitis B (HBIG) untuk melawan virus.

Pencegahan
Bagi mengelakkan pemindahan, individu yang telah dijangkiti perlu mengamalkan hubungan seks selamat dan tidak boleh mendermakan darah, organ, sperma, telur atau lain- lain tisu.

Barangan isi rumah seperti berus gigi, pencukur atau jarum tidak boleh dikongsi dengan individu yang dijangkiti HBV.

BARACLUDE (entecavir)

Penghidap hepatitis B kronik di Malaysia kini mempunyai pilihan rawatan baru dalam bentuk tablet iaitu entecavir yang dipreskripsi oleh doktor.

Dikeluarkan oleh Bristol-Myers Squibb, ia merupakan sejenis analog nukleosid yang mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA).

Terapi antiviral itu direka khusus untuk menyekat replikasi atau pembahagian HBV di dalam hati pesakit dewasa.

Program percubaan klinikal entecavir merupakan yang terbesar setakat ini tentang hepatitis B kronik. Ia juga pertama kali membandingkan dua jenis ubat antiviral iaitu antara entecavir dengan lamivudine.

Selepas kajian selama 48 minggu, entecavir menunjukkan pembaikan lebih nyata mengikut statistik berbanding laminuvide dari segi histologi hati.

Muatan virus HBV dikurangkan kepada paras yang tidak dapat dikesan (kurang 300 spesimen/mL).

Para pesakit yang menerima rawatan entecavir dengan keamatan sederhana hingga kuat juga menunjukkan kesan-kesan sampingan paling lazim termasuk sakit kepala, keletihan, cirit-birit dan dispepsia.

Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0702&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz4ci5Ypny8 


MEMELIHARA KESIHATAN HATI MELALUI PENGAMBILAN VITAMIN


Memandangkan penyakit Hepatitis melibatkan salah satu organ penting dalam badan iaitu HATI. InsyaAllah Pengambilan produk Shaklee yang Betul Dan bersesuaian Secara istiqamah dapat membantu kita menjaga kesihatan hati seperti:


1. Vivix 
Vivix merupakan supplement anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Ramuan vivix telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisme penting,
Vivix membantu memberika perlindungan antioksidan dan melindungi dan memperbaiki selular DNA.  


2. NutriFeron
Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.
NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu
- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.
Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.
Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus

3. DTX Complex

Mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schnizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandeion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)

Malah DTX Complex juga berfungsi untuk

- melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
- merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
- mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
- membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
- membantu masala kulit seperti psoriasis dan ekzema
- Membina semula sel-sel hati
- meransang pengaliran hempedu
- merawat sindrom keletihan yang kronik
- meransang sintesis protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperahankan pembentukan toksin. 

Buatlah pilihan terbaik untuk kesihatan anda kerana kesihatan yang Baik memberi perjalanan kehidupan yang Baik. InsyaAllah

Cegah sebelum Kronik

Your Trusted SID:
Zue,0122622970

Tuesday 28 March 2017

SALAM 1 REJAB😍

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)

Monday 27 March 2017

KETAHUI TENTANG PENYAKIT NEURODEGENERATIVE,JANGAN AMBIL MUDAH

Salam Sahabat😊
Pernah dengar TENTANG PENYAKIT NEURODEGENERATION?Hari ni jom kita ambil tahu tentang neurodegenerative. Namanya hebatkan?Tapi penyakit. Huhu.jom zue kongsi ilmu yang dah dapat ni

Bila terlalu banyak radikal bebas menjadikan otak kita mengalami oxidative stress sekaligus menggalakkan proses "tua sebelum masanya" kerana berlakunya penuaan otak dan penyakit2 neurodegeneration seperti alzheimer, masalah kognitif,PARKINSON Dan lain2 lagi.Malah Serangan radikal bebas akan menyebabkan keradangan terjadi kepada sel sel neuron kita .Oleh itu simptom sukar mengigat, sukar fokus dsb.akan berlaku😖



Disebabkan persekitaran kita sekarang semua ni sentiasa terdedah dengan radikal bebas. Jadi kita pun berisiko sebenarnya.Nauzubillahiminzalik.Jadi apa.yang.perlu dibuat.ya? Tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi antioksida dapat membantu masalah ini.InsyaAllah contohnya bagus untuk amalkan supplement anti keradangan seperti Vivix dan Omega Guard.



Malah banyak research yang telah dilakukan yang  membuktikan pengambilan polifenol Dan resveratrol dalam Vivix membantu melindungi DNA dari kerosakan akibat radikal bebas.Malah polifenol juga dapat melambatkan permulaan demensia dan mengurangkan risiko untuk Alzheimer.


Selain itu, Vivix bersifat anti keradangan dan membantu regenerasi sel. Sel yang affected akan jadi baik semula. InsyaAllah.Malah Resveratrol mempunyai keupayaan untuk memastikan kelangsungan hidup sel-sel otak dengan melindungi otak daripada tekanan oksidatif sekaligus memusnahkan radikal bebas.


  Yang Penting Ikhtiar dan YAKIN PADA DIA akan berikan yang terbaik,InsyaAllah


Sayangi kesihatan anda,jom vivix

#shakleeamazing
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#amazing10

GALLSTONE@BATU DALAM HEMPEDU:AWAS BAHAYA !

Salam semua😊

Hari ni zue nak cerita tentang penyakit yang berkaitan hempedu.kenalkah hempedu?

Pundi hempedu ni adalah organ yang terletak di bawah Hati.berfungsi sebagai tempat menyimpan hempedu yang dihasilkan Oleh hati.Ianya penting untuk penyerapan& pencernaan lemak.Apabila makanan yang sedang dicerna melalyi Bahamian atas usually kecil(duodenum),hormone akan dilepaakan untuk meransang pembebasan hempedu.hormon ITU dipanggil Cholecystokinin




Pernah dengar tentang batu dalam hempedu@gallstone@batu karang dalam hempedu?Ianya merupakan antara penyakit Silent killer jika tidak dirawat awal.

Sesiapa boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa gejala tertentu. Proses ini juga mengambil masa bertahun-tahun untuk wujud dalam hempedu seseorang tanpa disedari dan jumlahnya mungkin mencecah puluhan biji.

Tidak dinafikan gejala penyakit batu karang hempedu seakan-akan sama dengan gastrik.Kadang2 mereka yang alaminya se­ring rasa tidak selesa, senak atau sakit pada bahagian perut setiap kali selepas makan.Ramai beranggapan Simptomnya seperti gastrik tetapi jangan terkejut apabila pemeriksaan doktor pakar mendapati terdapat ketulan batu dalam pundi hempedu badan. 

Menurut pendapat Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.


Jenis-jenis batu karang hempedu

Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.

Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.

Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.


APA PUNCANYA?

Antara faktor penyebab berlakunya masalah ini adalah :

1.Wanita berisiko 2 x Ganda Dari Lelaki kerana wanita mempunyai hormon estrogen yang lebih tinggi.Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu Dan pembentukan batu Karang.

2.obesiti

3Pemakanan yang tinggi lemak & kolestrol

4.Usia 60tahun Keatas lebih berisiko lemak & kolestrol

5Individu penghidap diabetes mempunyai said lemak yang lebih ringgit iaitu trigliserida & kolestrol darah.

6.Ubat kolestrol kerana ianya memgurangkan kolestrol dalam darah Dan juga meningkatkan jumlah hempedu kolestrol yang dirembeskan dalam hempedu.

RAWATAN UNTUK BATU KARANG DALAM HEMPEDU@GALLSTONE

Terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan;

Pembedahan

Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.
Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.

Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.


Bukan pembedahan

Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:

Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.

Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.


Suplemen Shaklee yang dicadangkan bagi membantu Pesakit Batu Karang  😊                                       




😍B Complex 😍

mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan

😍Vitamin C 😍

menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalam hempedu

😍Ostematrix 😍

 mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu kar

😍 Carotomax😍
menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
             
😍 Alfafa Complex 😍
mengurangkan inflamasi & infeksi

😍Omega Guard 😍
membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang

😍Lecithin 😍
mengelmulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut

"Rawat Awal Sebelum Parah"

Your Trusted SID,

Zue,0122622970

Saturday 25 March 2017

OXIDATIVE STRESS : FAHAMI DAN CEGAH SEBELUM TERUK


Selamat berhujung minggu semua😊

Hari ni Zue nak bercerita tentang Oxidative stress. Tahu x oxidative stress ?

Oksidative Stress adalah kesan sampingan yang berlaku akibat dari aktiviti semulajadi di dalam tubuh badan kita sendiri. Setiap kali kita makan, sel-sel tubuh kita ini menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga, secara tidak langsung ia akan membentuk molekul reaktif yang disebut "radikal bebas"

Lambakan radikal bebas dalam badan kita menjadikan sel-sel kita 'berkarat' kerana tindakan oxidative stress. 😨


SIMPTOM -SIMPTOM OKSIDATIVE STRESS  

😨keletihan
😨hilang daya tumpuan / daya ingatan
😨sakit sendi
😨kulit berkedut sebelum masanya
😨rambut beruban sebelum masanya
😨rabun
😨sakit kepala
😨sensitif kepada bunyi
😨mudah terkena jangkitan


Dari mana radikal bebas ni?😖

Sekeliling Kita,macam2 punca  Radikal Bebas ini ada dari pencemaran, radiasi, asap rokok, penggunaan bahan kimia yang berbahaya, pemakanan Dan sebagainya

Ngeri taw sebab Radikal bebas dalam badan ni boleh menyerang molekul-molekul lain, mencuri electron molekul badan kita ni menjadikan nya tidak stabil dan molekul tu akan jadi radikal bebas jugak dan proses ini akan berterusan menjadi lambakan radikal bebas dalam badan kita.Dan ini akan merosakkan sel badan kita. Bermakna fungsi badan pon akan turut terjejas.😖😨

Jadi APA yang perlu dilakukan?

Untuk mencegah Oxidative Stress ni,  kena amalkan gaya hidup sihat & utamakan pengambilan makanan & sumber Vitamin Dari Sumber yang boleh dipercayai seperti supplement antioxidant seperti Vivix, Carotomax, Vita C dan Vita E.Insyaallah Bila tubuh cukup antioxidant,masalah Oxidative Stress ini boleh diatasi.

KENAPA VIVIX?

Vivix ni adalah makanan terbaik untuk sel kita. Ia membantu menghalang penuaan sel sebelum waktu. Dalam kajian makmal, Vivix memberi kesan positif melalui 4 mekanisma utama penuaan sel dengan;

😊Membantu melindungi dan membaiki DNA sel dari serangan radikal bebas

😊 Membantu mengaktifkan pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan penuaan tahap selular

😊Menggalakkan pembentukan sel tenaga baru iaitu Mitochondria untuk meningkatkan tenaga dalam sel

😊Membantu melambatkan protin AGE. Protin AGE ni kalau banyak dalam badan, juga akan merosakkan sel.

Jadi pastikan badan kita cukup dengan antioxidant kerana Antioxidant akan neutralize radikal bebas ni taw. .

Cegah Oxidative Stress dengan pilihan terbaik😊

Your Trusted SID
Zue,0122622970

#shakleeamazing
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#amazing10



Wednesday 22 March 2017

GASTRIK :JANGAN DIBIARKAN SENGSARA,RAWAT SEGERA

Mendengar cerita seorang cikgu yang berkaliber  tentang pengalamanya pitam dan sesak nafas ketika hendak ke sekolah menjalankan tugas ekoran dari Gastrik setelah membuat pemeriksaan Dr. Membuatkan saya terfikir sejenak seteruk inikah kesan Gastrik yang boleh dialami ?

Ya,itulah jawapannya pengalaman zue sendiri membantu Dr merawat beberapa pesakit mempunyai simptom begini Dan diagnose sebagai Gastritis.Jadi apa yang perlu dibuat?Kenapa sampai begini?

Zue sendiri adalah pesakit gastrik yang agak kronik satu ketika dulu.Kalau datang sakitnya memang xboleh nak bangun.cramp abdomen, makan, muntah,pening rasa pendek kata memang xlarat lah. Alhamdulillah sekarang dah sembuh Dan lama xkena.syukur sangat.Jom Kita kenali penyakit Gastrik.

GASTRIK

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.


Jenis Gastritis :

🍁Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.

🍁Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

Tanda-tanda Gastrik

😖Sakit pedih atau menyucuk di hulu hati (stomach pit). Kadang-kadang terasa hingga ke belakang. Bertambah sakit bila termakan makanan pedas atau masam.Rasa pedih dari perut hingga ke dada (heart burn). Ini disebabkan oleh asid gastrik tertolak dari bahagian perut ke atas (esophagus). 
😖Kadangkala Loya atau muntah  disebabkan pergerakan (Peristaltic action) saluran pemakanan yang tidak normal juga disebabkan angin yang berkumpul dalam usus.
😖Kembung perut disebabkan oleh tindak balas saluran pemakanan yang tidak normal juga disebabkan angin yang berkumpul dalam usus. Kadang-kadang perut terasa mudah penuh dan tegang walaupun makan cuma sedikit sahaja.
😖Pembuangan air besar yang tidak normal. Bila buang air besar kadang-kadang cirit dan kadang-kadang tidak lawas. Bila sudah buang terasa masih lagi tertinggal dalam usus (sense of incomplete evacuation).
😖Sesak nafas atau mengah (buat pemeriksaan Dr untuk pastikan bukan masalah jantung atau paru-paru).
😖Pucat kerana  terasa sakit yang amat sangat .
😖Sekiranya Gastric Ulcer , mungkin muntah (bukan batuk) berdarah atau berak dengan najis berwarna hitam (bukan darah merah).


Faktor yang boleh menyebabkan gastritis.

Tahukah anda?Kulit Dalaman (mucosa) boleh rosak disebabkan oleh:
😨Merokok
😨Mengambil ubat tahan sakit (NSAID) berlebihan seperti Ponstan, voltaren, brufen, synflex, ibuprofen dan lain-lain.
😨Mengambil ubat steroid tanpa kawalan seperti Prednisolone.
😨Ubat tambahan (suppliment) seperti Iron tablet yang sering diguna oleh orang yang mengandung.
😨Minuman arak (alcohol).
😨Physical stress (bukan psychological atau emotional stress) dalam keadaan seseorang mengalami kecederaan luka, menjalani pembedahan dan kulit badan yang melecur atau terbakar. 
😨Emotional stress tidak menyebabkan gastritis directly tetapi ia merangsang pengeluaran lagi banyak gastric asid HCL dan menyebabkan sakit gastritis bertambah sakit.
😨Jangkitan kuman, yang paling biasa ialah Helicobacter Pylori. Kuman ini suka hidup dalam keadaan berasid.
😨Minuman@makanan mengandungi caffein  boleh menggangu (irritates)  kulit dalaman perut. Kopi juga merangsang asid gastrik keluar lagi banyak. Caffein juga terdapat dalam cokolat, coca-cola, Nescafe dan koko
😨Makanan bergoreng dan kandungan garam yang tinggi juga mengganggu (irritate) kulit dalaman perut. 
😨Makanan yang pedas atau masam tidak merosakkan kulit dalaman perut tetapi membuatkan gastritis yang sedia ada bertambah sakit.


Langkah Rawatan&Pencegahan

Biasanya rawatan gastritis ialah bertujuan untuk memulihkan semula kulit dalaman perut (mucosa) yang telah melecet atau rosak.Oleh itu Kita sangat2 digalakkan menjauhi perkara atau makanan yang menyebabkan gastritis seperti:

😣Merokok.Meminum kopi atau minuman mengandungi caffien seperti coke, pepsi, cocoa dan chocolate.
😣Makanan pedas dan bercili.
😣Mengambil ubat tahan sakit (NSAID) berlebihan.
😣Mengambil ubat steroid tanpa kawalan.
😣Mengambil makanan jeruk dan masam.
😣Mengambil Makanan bergoreng dan berminyak.
😣Minum susu boleh dicuba tetapi susu juga boleh merangsang pengeluaran lebih asid HCL. Ini kerana protein dan calcium dalam susu merangsang rembesan acid HCL.
😣Kebimbangan  yang melampau.

Tips Tambahan 😉

👍Jauhi perkara atau makanan yang menyebabkan gastritis seperti disebutkan
👍Jadual waktu sarapan dan makan mestilah teratur.
👍Elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan angin atau kembung perut seperti kobis, bunga kobis, kekacang, broccoli dan sesetengah buah-buahan.
👍Kunyah 40x Sewaktu makan kerana apabila ianya dilakukan perlahan-lahan dan makanan dikunyah dengan betul supaya penghadaman senang dilakukan oleh perut.
👍Makan dengan sedikit tetapi kerap lebih baik dari makan dengan banyak tetapi tidak selalu makan.
👍Meminum air kelapa yang mengandungi banyak mineral dan vitamin dipercayai boleh memulihkan dalaman perut gastris.
👍Mengamalkan pemakanan yang tinggi serat contohnya buah zaitun@fiq
👍Amalan memakan 2 biji pisang dan meminum susu 10 mint kemudian juga dipercayai boleh membantu memulihkan gastrik


RAWATAN MENGGUNAKAN UBAT-UBATAN

Kebiasaanya bila Kita ke hospital@klinik Dr Akan memberikan ubat-ubatan bertujuan untuk  memberi peluang kepada kulit dalaman (mucosa) perut untuk tumbuh dan sembuh semula, untuk neutralisekan acid HCL yang berlebihan dalam perut & Untuk Mengurangkan pengeluaran acid HCL seperti:

🌷Antacid
Contohnya, Zellox,
🌷Alucil
🌷Blocker
 Contoh: Cemetidine (Tagamet), Ranitidine (Zantac),
🌷FamotidineProton-pump inhibitor. 
Contoh: Esomeprazole (Nexium)

RAWATAN GASTRIK MENGGUNAKAN PENGAMBILAN NUTRISI

Selain dari ubat-ubatan klinik@hospital boleh memilih vitamin Shaklee untuk membantu anda hilangkan masalah gastrik. Vitamin Shaklee yang terbaik yang boleh membantu anda menghilangkan masalah gastrik ialah:

💖ESP💖

Komponen paling penting dalam gastrik iaitu sumber protein yang tinggi untuk pembentukan sel-sel kulit dan dinding usus yang baru.Ianya membantu
untuk memulihkan semula dinding usus yang telah terhakis akibat gastrik dan mengelakkan pendarahan usus dari berlaku.Malah ESP juga membantu untuk memelihara ketebalan sel-sel kulit dalaman. ESP juga mempunyai sifat ALKALI yang tinggi yang boleh membantu meneutralkan asid hidrokolik dalam badan. Kesimpulannya  ESP pilihan terbaik untuk memperbaiki sel dalaman untuk elak gastrik😊

💖OSTEMATRIX 💖

Ostematrix mengandungi Magnesium dan Vitamin D yang sangat tinggi dan mudah diserap. Ia berkepentingan dalam meneutralkan asid yang telah menembusi esphagus dalam perut yang menyebabkan pedih ulu hati.Ostematrix juga merupakan kalsium yang mudah diserap oleh badan. Tahukah anda?Kurangnya kalsium menjadi penyebab utama serangan gastrik. Tak caya? cuba tanya mereka yang sering terkena gastrik ni suka minum susu tak@Berapa kerap minum susu @ ambil makanan yang bersumberkan kalsium.😏..

💖PEPPERMINT-GINGER PLUS💖

Peppermint-ginger plus ni adalah pudina segar yang juga mengandungi halia yang hanya ditanam secara organik di negara beriklim sejuk. ia berfungsi untuk mengeluarkan angin dalam perut dan mengurangkan asid berlebihan daripada memenuhi ruang dinding perut. Angin inilah yang membuatkan kita sering muntah kalau terkena agstrik yang teruk. Angin terdapat dalam setiap badan individu, cuma kuantitinya samaada banyak atau sedikit berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Angin juga kekal di dalam perut kerana tingginya asid di dalam perut kita. Bahaya angin adalah kerana ia boleh menyebabkan gas yang boleh menekan urat saraf. Saraf ini begitu dekat dengan jantung dan paru-paru. Jika tidak dirawati, komplikasi lain yang melibatkan jantung dan paru-paru boleh berlaku dan berlakulah simptom seperti sesak nafas dsb.

💖B COMPLEX💖
Ianya bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda.B COMPLEX juga melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara.

Saya telah memilih produk Shaklee untuk
memastikan masalah Gastrik saya dapat diatasi..Hasilnya Alhamdulillah.segalanya biiznillah Kita Hanya berusaha mencari ikhtiar yang terbaik.Anda bagaimana?

Jadi buatlah pilihan yang terbaik,Semoga info ini  memberi manfaat pada semua.Mencari produk Shaklee?Hubungilah saya😊

Your Trusted SID,
Zue,0122622970

Saturday 18 March 2017

JOM KENAL SIMPTOM PENYAKIT DEMAM CAMPAK /MEASLE/RUBEOLA

Semalam ada menziarah anak sahabat di hospital kerana mengalami demam campak@ measle@Rubeola.Bila tengok anak2 mengalaminya runtun perasaan ibubapa ni kan.Apapun ibu@ ayah Kena Sabar & positif membantu merawat anak taw.Tabah ya Dan Jangan putus ASAP InsyaAllah Allah sentiasa mudahkan Kita Dan beri yang terbaik. Zue sentiasa doakan kalian yang terbaik😊


JOM KENAL APA ITU demam campak/Measle/Rubella?

Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.


Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

😖Demam tinggi
😖Batuk, selsema dan sakit tekak
😖 Mata berair dan sensitif kepada cahaya
😖Sakit otot dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.


Betulkah Bila demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

Tidak. 😊
Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Komplikasi demam campak pada kanak-kanak?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna.InsyaAllah.Namun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

😖Jangkitan pada telinga
😖Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
😖 Jangkitan pada otak (encephalitis)
😖 Cirit birit Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
😖Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Tahukah anda?
Setakat ini, Tiada rawatan yang spesifik untuk demam campak cuma rawatan diberikan untuk mengurangkan gejala seperti:

😊Panadol untuk mengurangkan demam
😊 Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
😊Berehat dan minum air yang cukup. Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
😊 Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?

InsyaAllah Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

Antara tips dan petua untuk demam campak

👍💖Daun semambu di alaskan atas tempat tidur until menghilangkan miang. Lagi bagus kalau anak terus baring atas daun. Kalau anak taknak, boleh alaskan kain batik di atas daun semambu yang dah letak atas tilam tu. Mandi air daun semambu juga.

💖👍Gunakan oat yang makan tu boleh di kisar. Lepas tu masukkan oat yang di kisar ( tak perlu terlalu lumat) masukkan dalam stokin atau uncang kain dan gosok-gosok pada badan untuk hilangkan miang badan. Boleh juga mandi oat yang tak perlu bilas dan tak perlu sabun. Just masukkan uncang oat dalam air dan biar dalam rendam 10-15minit dan mandikan baby.Tapi sebelum itu kena pastikan anak kita tak alah pada oat ye..

💖👍Minum dan mandi air kelapa muda yang freash!

💖👍Petua orang dulu kalau boleh elakkan tumis menumis dalam rumah yang ada pesakit demam campak. Sebab di khuatiri rasa gatal dan miang pada badan semakin menjadi-jadi.

💖👍Jangan biarkan anak berpeluh. Duduk dalam bilik yang berkipas @beraircond@pengaliran udara yang Baik untuk mengurangkan gatal & memberi keselesaan

💖👍Ada juga petua tumbuk daun semambu bersama kunyit hidup dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapu serta lumurkan ke seluruh badan anak. Ini boleh mengelakkan miang gatal dan juga elak parut.

💖👍Jangan bagi anak kita yang kena campak makanan bergoreng kalau boleh yang rebus-rebus@sup sahaja sebab orang tua2 kata Risau parut kekal pada muka, badan.Wallahualam

Ini adalah antara tips serta petua yang zue jumpa. Kalau ada tips-tips serta petua yang lain, boleh kongsi di ruangan komen. Jasa anda di hargai dan ramai dapat berkongsi tips serta petua anda. 

RAWATAN ALTERNATIF DENGAN SHAKLEE UNTUK DENGAN SHAKLEE

Kali ni saya nak kongsi tips meredakan demam campak secara alternative melalui vitamin Shaklee.Customer saya ni hanya menggunakan produk luaran Shaklee iaitu 

🌷HerbalBlend
🌷BasicH

💖Herbal Blend💖

Krim serba guna tanpa sebarang bahan kimia atau bahan terlarang yang boleh memudaratkan. yang terdiri dari bahan semula jadi yang boleh digunakan seawal mungkin. Hanya sapukan sahaja krim Herbal Blend ke kawasan yang naik demam campak. Ianya akan mengeringkan campak dan membuatkan campak cepat pulih.

💖Basic H💖

Basic H adalah pencuci serbaguna yang boleh digunakan seisi rumah. Kalau diikutkan memang tiada dinyatakan di botol tentang penggunaan untuk demam. Namun jangan risau sebab Basic H ini selamat digunakan disebabkan ianya hanya terdiri dari sumber kelapa dan jagung sahaja.

Basic H ini selamat digunakan sebagai mandian. Hanya titiskan ke dalam mandian anak 3-4 titis. Ianya insyaAllah akan menurunkan suhu badan anak yang tengah demam.

 

🍁🌷Vitamin untuk Demam Campak🍁🌷

Jika ada budget lebih baik jika di makan vitamin dari dalam. Vitamin dari dalam akan membantu adalah Vitamin C dan Nutriferon yang akan meningkatkan sistem imun badan.

 
💖Nutriferon 💖

Badan kita mempunyai suatu yang dipanggil sebagai interferon. Ia merupakan suatu protein semulajadi yang mencetuskan sistem imun badan untuk menyerang mikrob penceroboh dan merangsang keupayaan sistem daya tahan badan untuk melancarkan suatu gerak balas imun.

Pengeluaran interferon dalam badan kini boleh dirangsang secara semulajadi pada individu yang sihat melalui tambahan diet baru yang dipanggil Nutriferon.

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti dan adakalanya ia breakdown. Apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita terganggu? Sistem imun kita boleh terganggu oleh perubahan cuaca dan iklim. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress. Apa lagi kalau makan benda2 merapu.

Dalam keadaan terkini dengan wabak difteria dan measles yang melanda, sistem imun kita perlulah diletakkan dalam keadaan paling mantap untuk melindungi tubuh daripada serangan penyakit. Mereka yang menghadapi masalah antibodi lemah, mudah sakit dan sakit yang lambat sembuh sangat digalakkan untuk mengambil nutriferon.

 

💖Vitamin C Shaklee💖

Vitamin C ini dapat meningkatkan sistem imun tubuh badan. Ianya juga tidak mempunyai sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan. 1 biji chewable vitamin c bersamaan dengan 1 1/2 biji oren, iaitu 100mg dalam 1 tablet.

Tablet chew vitamin c, lebih kecil berbanding sustained citamin c, sangat mudah dihisap, kunyah..mahupun ditelan.
Manfaat yang utama untuk penggemar chew vitamin c & sustained vitamin c ini, adalah mereka jauh berisiko dari serangan selsema, batuk, demam dan juga sangat sangat bagus untuk yang kena demam campak

💖OMEGA GUARD💖
Minyak ikan terbaik mengandungi DHA dan EPA yang dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Kombinasi Omegaguard dan vitamin C Chewable berupaya meningkatkan tahap imun anak-anak.

Walaupun tiada rawatan khas untuk demam campak ini. Buat masa ini langkah pencegahan yang diambil ialah dengan mengambil suntikan pelalian dan juga mengenalpasti simptom demam campak untuk mencegah sebarang komplikasi k.
👍😊.Malah Ibubapa atau pesakit boleh menggubakan rawatan alternatif yang boleh diambil adalah dengan mencuba supplemen semulajadi Shaklee untuk atasi demam campak ini.

Produk Shaklee ini sangat ‘superb’ kerana ianya selamat, semulajadi dan berkesan. Paling penting ianya mendapatkan pengiktirafan HALAL oleh badan yang diperakui JAKIM dan juga mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).InsyaAllah kita mencuba,Dan Allah mengizinkan kesembuhan.Sesungguhnya setiap penyakit ADA penawarnya...

Your Trusted SID,
Zue,0122622970







TOMBONG@RAHIM JATUH@UTERUS PROPLAPSE ,JANGAN AMBIL MUDAH

Pernah dengar tentang Tombong,Rahim Jatuh@Uterus Prolapse? Ramai wanita tidak sedar rahim mereka jatuh xkisah samaada yang sudah bersalin atau Masih anak dara

APAKAH MAKSUD RAHIM JATUH?

Rahim adalah salah satu organ dalam sistem peranakan dan ia terletak di dalam bahagian/ruang pelvis.kedudukan rahim distabilkan oleh otot-otot serta ligamen-ligamen di sekelilingnya. seseorang itu dikatakan mengalami situasi rahim jatuh apabila rahim tidak lagi berada di dalam pelvis sebaliknya menggelungsur ke dalam saluran peranakan/vagina.


Ia boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:
1.  pangkal rahim berada di dalam vagina
2.  pangkal rahim berada di bukaan luar vagina
3.  pangkal rahim berada di luar vagina
4.  keseluruhan rahim berada di luar vagina



Tanpa kita sedari ada banyak aktiviti yang kita lakukan boleh menyebabkan rahim jatuh. Apakah sebab Rahim Jatuh..Mari kita ambil tahu apakah puncanya :

PUNCA BERLAKUNYA RAHIM JATUH
1.  banyak kali bersalin
2.  mengalami proses kelahiran yang sukar/panjang
3.  peningkatan usia
4.  menopos
5.  meningkatnya tekanan di dalam abdomen seperti sering mengangkat benda berat,batuk berpanjangan,sembelit yang kronik (sering meneran) atau ketumbuhan dalam abdomen
6.  obesiti
7.Tidak berpantang dengan Baik selepas bersalin
8.Tolak Barang menggunakan kaki terutama IBU jari kaki
9.Pergerakan yang terlampau lasak
10.Pernah mengalami jatuh& hentakan yang kuat
11.Seks terlampau ganas terutama Salam kes sanitation yang mempunyai Rahim lemah semasa mengandung,selepas bersalin @ disebabkan keguguran
12.Ketumbuhan dalam rahim
13 .pembedahan pada bahagian pelvis yang mencederakan otot atau ligamen

(**peningkatan usia dan menopos akan menyebabkan otot menjadi lemah dan tidak mampu menampung rahim pada kedudukan yang sepatutnya)

Antara Simptom Peranakan Jatuh😨

😖Rasa berat disekitar kawasan ari2.
😖Rasa ada benda  yg bergayut.
( Tak pun rasa ada benda nak terkeluar dkt area pembukaan faraj tu).
😖Mudah terkencing bila bersin dan batuk. Tetapi jika wanita tu ada masalah lantai pelvik lemah pun boleh membuatkan dia terkencing masa batuk dan bersin juga
😖Kencing rasa tidak lawas.
(Even dah ke toilet. Tapi rasa macam ada je lagi air kencing nk keluar. Bila diteran tak ada apa yangg keluar.)
😖Senak bila bersama suami.
😖Sakit pinggan yg seperti sakit melingkar kawasan pinggang tungking dan ari2.(pendapat orang lama2)
😖Apabila waktu petang terutama lepas asar rasa nak demam. sejuk kaki dan tangan.peha dan betis rasa kebas-kebas(pendapat orang lama2)

Bagaimana nak tahu sama ada peranakan kita jatuh?

Kita boleh lakukan pemeriksaan sendiri. Senang sahaja caranya.

🌷🍁Baring lurus dan jangan gunakan bantal.Sapu minyak gamat / minyak serai /minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun especially di bawah pusat.Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.Bernafas seperti biasa. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun.Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, sah peranakan kita dah jatuh

🌷🍁Letakkan ibu jari kita kat dalam pusat, sekiranya terasa macam ada nadi berdenyut-denyut memberi tanda peranakan kita berada di tempat yang betul. Tetapi sekiranya terasa dari bawah pusat bermakna tandanya perlu berurut untuk menaikkan semula bahagian peranakan ibu.

🌷🍁Semasa memasukkan jari ke dalam ‘kilang’ dan cuba sentuh objek berbentuk bulat. Ia lembut dan seperti guli. Sekiranya ibu dapat mencapainya dgn mudah, bermakna peranakan ibu sudah mula menggelongsor turun dari kedudukan sepatutnya. Untuk kepastian lagi, boleh ambil cermin dan tengok pada samada daging terkeluar.

Rawatan Awal Untuk Elak Jatuh Peranakan / Rahim

Langkah yang terbaik bagi wanita ialah mencegah setelah mengetahui punca atau faktor-faktor yang mungkin menyebabkannya. Di antaranya:

😊Jaga kesihatan dan kawal berat badan

😊Amalkan senaman kuatkan Otot Perut & Lantai Punggung semasa dan selepas kehamilant&&

😊 Amalkan senaman kemut atau ‘grip' untuk menguatkan otot lantai punggung, otot sekeliling faraj, otot-otot yang mengawal perkencingan.

😊Pembedahan dimana berbagai jenis pembedahan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kekenduran faraj dan prolapse. Di antaranya ialah pembedahan untuk membuang rahim serta membetulkan saluran faraj atau vaginal repair .Pembedahan ini dilakukan dalam kes-kes yang teruk ‘prolapse’nya dan di kalangan wanita yang telah meningkat umur.

😊Bagi wanita yang berumur dan mengalami masalah prolapse yang teruk dan tidak sesuai menjalani pembedahan khususnya tidak sesuai menerima bius, maka cara yang lain ialah untuk menggunakan satu alat yang dimasukkan ke dalam faraj. Alat ini digelar dengan nama ‘Ring pessary’ Pessary

😊Urutan dimana kebiasaannya, mak bidan yang ariff Dan berpengalaman akan urut dan naikkan balik rahim kepada kedudukan asal.. Cara ini pon boleh membantu.


Selaim itu boleh amalkan Set Menaikkan Rahim Shaklee seperti dibawah😊

👍😊Energizing Soy Protein (ESP) berfungsi untuk menguatkan sel-sel otot rahim supaya otot rahim menjadi kuat semula. ESP yang kaya dengan protein akan menjadi makanan utama sel-sel dalam tubuh badan kita. Apabila sel dalam otot rahim mendapat makanan yang berkualiti, ia menjadikan otot rahim menjadi kuat dan berfungsi dengan baik.

👍😊Alfalfa Complex adalah herba yang dipanggil kacip fatimah moden. Pengambilan Alfalfa dengan dos dan aturan makan yang betul akan menjadikan rahim kita kuat. Insyallah membantu menaikkan rahim ke kedudukan yang asal.

Set Menaikkan Rahim Shaklee ini terdiri daripada vitamin semulajadi yang selamat dan sesuai untuk semua wanita, termasuk ibu mengandung. Insyallah dengan mengamalkan set ini secara konsisten akan dapat membantu menaikkan peranakan yang jatuh dan menguatkan rahim sekaligus mengelakkan  rahim kita jatuh lagi.

*perhatian:
Sekiranya anda mengalami rahim jatuh kronik atau dah teruk, sila dapatkan nasihat dari doktor pakar dengan segera.

Benarkah rahim jatuh akan menyebabkan kesukaran hamil?

Ya! Rahim jatuh boleh menjadi punca kita sukar untuk mengandunng kerana Kedudukan rahim yang lari dari tempat asal akan menyebabkan persenyawaan sukar untuk berlaku. Sebab tu ibu yang baru bersalin biasanya akan berurut sengkak rahim untuk membetulkan semula kedudukan rahim supaya tiada masalah untuk mengandung semula.

Dari segi perubatan moden, kedudukan rahim yang berubah dari tempat asal boleh menjejaskan kesuburan. Kedudukan yang berubah itu termasuklah rahim jatuh atau  rahim terbalik.

Jika anda sedang berusaha untuk mengandung dan mengalami rahim yang lemah atau jatuh silalah mengamalkan Set Menaikkan Rahim Shaklee. Sekiranya mempunyai bajet lebih boleh amalkan sekali dengan Set Kesuburan Shaklee.😊

Inshallah Jangan purus ASA berusaha kerana Usaha itu tangga kejayaan. Kita ikhtiar dulu dan jangan sesekali berputus asa tentang zuriat. Teruskan usaha dan jangan lupa berdoa kepada Allah yang Maha Pemurah.

Your Trusted SID
Zue,0122622970





Wednesday 15 March 2017

AWAS "BLOCKED MILK DUCT" JANGAN BIARKAN MENJADI MASTITIS

Pengalaman sendiri mengalami  bengkak susu kerana Blocked Milk Duct ketika menyusukan anak kedua ni merupakan satu pengalaman yang  tidal dapat dilupakan.Bimbang menjadi Mastitis Dan menjadi Breast Abcess menjadikan zue mencari info punca Dan Cara menyelesaikannya untuk berkongsi Bersama info yang diperolehi kerana saya juga memahami kerisauan bila mengalaminya😊

Apa ITU BLOCKED MILK DUCT?

Ada banyak panggilan untuk duktus susu tersumbat ini.Ianya juga dikenali sebagai clogged milk duct atau plugged milk duct.

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal. 

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah. 

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut. 
Sekiranya dibiarkan tanpa langkah perawatan yang Betul,Ianya boleh menjadi mastitis Dan Breast Abscess😨

Apa ITU mastitis?

Mastitis ialah keadaan di mana payudara anda mengalami keradangan. Keradangan ini boleh menjadi jangkitan dengan cepat. Antara Simptom mastitis:
😖Breast merah 
😖Breast keras&sakit 
😖Breast berasa panas &bengkak.
😖Berasa benjolan yang biasanya dirujuk sebagai "duktus tersumbat".
Mama juga mungkin mengalami simptom-simptom seakan-akan flu, seperti:
😖seram sejuk
😖sakit kepala
😖suhu badan melebihi 38.5 darjah 
😖keletihan. 
Mastitis adalah satu pengalaman yang sangat menyakitkan Namun yakinlah bahawa dengan rawatan yang betul, ia boleh sembuh dengan cepat.


Apa punca duktus tersumbat?

"Duktus tersumbat" biasanya disebabkan oleh susu yang tidak dapat dialirkan Keluar dengan   efektif oleh bayi semasa dia menyusu disebabkan beberapa faktor seperti teknik penyusuan yang tidak Betul,

TIPS UNTUK MENGATASI BLOCKED MILK DUCT 
👍Pastikan bayi anda menyusu dengan  teknik Dan pelekapan yang Betul. Perkara yang paling utama ialah kedudukan dan pelekapan bayi perlu diperiksa dan diteliti. Kadang kala oleh sebab kedudukan dan pelekapan bayi tidak betul menyebabkan bayi tidak dapat mengosongkan payudara secukupnya.
👍Perah susu berselang seli dengan penyusuan kerana ketika pembengkakan bayi sukar melekap secara optimum. Sebaiknya ibu perlu mengeluarkan susu untuk melembutkan aerola dan payudara supaya bayi boleh menghisap dengan mudah. Perah susu anda sebanyak yang mungkin atau selang selikan dengan waktu memerah dengan waktu menyusukan anak untuk keselesaan.
👍Lakukan penggunaan bahan haba sebelum menyusukan dapat membantu susu mengalir dengan lebih baik. Mandi dengan air suam atau balutan tuala suam dan berhaba. Urutan lembut pada payudara turut membantu pengaliran susu dengan lebih lancar.
👍Pengambilan Ubat paracetamol untuk membantu mengurangkan rasa sakit.(atas arahan DR.)
👍Demahan ais ketul dan daun kubis pun boleh membantu mengurangkan rasa sakit.
👍Lakukan urutan pada payudara dan belakang tubuh untuk mengalakkan pengaliran air susu Dan memberi keselesaan pada mama.
👍Teruskan penyusuan IBU dengan kerap Dan efektif😊

Pastikan mama meneruskan penyusuan supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika mama mengalami suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, mama perlu berjumpa dengan doktor segera.Malah jika simptom anda tidak berkurangan (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, mama mungkin menghidapi mastitis dan  memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Rujukan dan salinan: babyCenter.com

Jika mama rasa sukar untuk membantu bayi anda melekap dan menyusu dengan baik, Sebaik-baiknya mendapatkan bantuan dari doktor @ pasukan sokongan penyusuan susu ibu@kaunselor penyusuan badan@ pakar penyusuan bayi untuk mendapat bantuan Dan maklumat yang berkaitan kerana mereka major dalam pengendalian penyusuan susu ibu.

Bagaimana Lecithin Mengatasi Recurrent Plugged Ducts?
 
Menurut Doktor Jack Newman, lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat mungkin kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu ibu
Lecithin ialah sejenis pengemulsi lemak dan minyak. Lecithin banyak digunakan sebagai aditif makanan, dan turut dijumpai secara semulajadi dalam pelbagai makanan.

Suplemen Lecithin sesuai untuk ibu menyusu. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang kontraindikasi dilaporkan sekiranya Lecithin diamalkan oleh ibu menyusu.


TAHUKAH ANDA?

Pakar laktasi  Kelly Bonyata (IBCLC) dalam artikelnya mencadangkan Lecithin sebagai rawatan recurrent plugged ducts. Dos yang dicadangkan ialah:
😊👍3,600 – 4,800mg Lecithin sehari.Selepas 1 – 2 minggu tanpa sebarang blockage, kurangkan dos 1,200mg Lecithin.Jika dalam 2 minggu kemudiannya tiada blockage juga, ibu boleh kurangkan lagi 1,200mg.
Penting: Ibu mungkin perlu teruskan makan 1,200 – 2,400mg kapsul Lecithin sehari selama yang mungkin, jika sekiranya dengan menghentikan pengambilan Lecithin akan menyebabkan pembentukan duktus tersumbat lagi.

MENCARI Suplemen Lecithin?
Di Shaklee kami juga mempunyai supplemen Lecithin . Terdapat 180 kapsul di dalam satu botol. Kapsul ini dari sumber bovine gelatin. 1 kapsul mengandungi 600mg Lecithin. Jadi, ibu yang mengalami blocked duct, perlu ambil 6-8 biji Lecithin Shaklee sehari .Oleh itu Rawat awal sekiranya anda mengalami Blocked Milk Duct.

Berminat ? Boleh hubungi saya;
Zue 0122622970




















Monday 13 March 2017

JOM KENAL HERPES ZOSTER:KESAN & RAWAT AWAL SEBELUM KOMPLIKASI TERUK

Baru2 ni ada kenalan mengadu kepalanya ada tompok gatal,rasa panas Dan melepuh.Rasa sakitnya sehingga xboleh nak tidur Dan fokus melakukan Kerja.😖
Bila dapatkan rawatan di hospital Dr memberitahu dia mengalami simptom Herpes Zoster@Kayap.

Sahabat semua Pernah dengar tentang KAYAP@Herpes zoster,Ianya merupakan penyakit virus yang dicirikan oleh ruam kulit yang pedih dengan lepuh di kawasan yang terhad pada satu bahagian badan, biasanya di jalur. Jangkitan awal varicella zoster virus (VZV) daripada penyakit cacar air. Ianya biasa berlaku pada kanak-kanak dan orang muda.Malah golongan
Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan juga berisiko mengalami penyakit ini

Sebaik sahaja penyakit cacar air kelihatan sembuh, virus ini tidak dihapuskan dari badan tetapi boleh menyebabkan kayap. Ianya adalah kesinambungan dari cacar air tersebut. Ianya merupakan episod siri kesinambungan tetapi sangat berbeza selepas jangkitan awal. Herpes zoster bukan penyakit yang sama seperti herpes simplex walaupun persamaan nama (kedua-dua virus varicella zoster dan herpes simplex virus kepunyaan subfamili sama virus Alphaherpesvirinae).


Gejala dan Tanda 

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal). 

Antara Simptom awal dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul dan biasanya dialami oleh 80% pesakit adalah:
🍁 rasa sakit,
🍁kebas
🍁 panas di bahagian urat saraf yang terlibat
🍁 demam,
🍁keletihan
🍁sakit kepala
Biasanya tanda-tanda awal akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Manakala pada bahagian urat saraf yang terlibat pula tanda pertama adalah
😖 tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan.
😖 Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan.( Biasanya Gelembong-gelembong air pada bahagian kiri dada dan belakang mengikut urat saraf)
😖Kebiasaannya Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Komplikasi 

Antara Komplikasi kayap:
1) jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut.

2)Rebakan  gelembong-gelembong tersebut ke.kawasan yang lain kerana lemahsistem imun.

3) paralisis otot-otot muka (facial palsy) sekiranya berlaku di saraf muka

4) Keradangan organ dalaman seperti
otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and
usus (enterocolitis)

5) herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi ini selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun).

6)komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta)
7)komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang). 

Rawatan 

Biasanya rawatan di hospital bertujuan  untuk Meredakan kesakitan, Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut ,Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’. 

Melalui beberapa kaedah seperti:

1.Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air 

2.Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac

3.Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline. 

4.Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, seperti Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir.

Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena. Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta. 

Ikhtiar Suplemen Untuk Menyembuhkan Kayap

🌷Nutriferon

memiliki interferon. Interferon ini berfungsi untuk “memberi alarm” kepada antibodi untuk bertindak melawan virus, bakteria, kuman (bendasing) yang datang dalam badan. Jadi, pertahanan badan akan meningkat dan terus aktif dan melawan bendasing ini.

Apabila pesakit yang mengalami kayap ini mengambil Nutriferon, interferon akan meningkatkan sistem pertahanan badan dan mula bekerja keras untuk melawan virus ini. 

🌷B complex

B Complex ini adalah vitamin anti-stress yang mengurangkan tekanan dan menenangkan fikiran. Penting untuk kita tidak stress dan mempunyai emosi yang stabil dalam tempoh penyembuhan.

🌷Lechitin

Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter 

Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. InsyaAllah Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila tiba masanya Allah akan ambil semula ujian yang diberi😊. Yang Penting Ikhtiar dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!’ InsyaAllah


Your Trusted SID 😊

Zue,0122622970


SAYANGI BUAH PINGGANG ANDA: KESAN & CEGAH AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG

    Sejak 2 menjak ni, semakin ramai kita dapati mengalami sakit buah pinggang.xkira USIA Musa ataupun berusia .Tertanya 2 Kenapa ya?Apakah faktor penyebabnya Dan bolehkan dirawat selain mencuci buah pinggang@ dialisis?

CKD atau Chronic Kidney Disease Adalah penyakit kronik buahpinggang, kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalani aktiviti harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul bila penyakit sampai ke tahap serius. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum memberi kesan kepada kesihatan.Hari ni,zue nak bercerita kisah buah pinggang yang sangat bernilai dalam tubuh Kita.

Apa itu Buah Pinggang,Jom Kita berkenalan?

Buah pinggang adalah dua organ dalaman berbentuk kacang sebesar genggaman tangan kita. Ia terletak di kedua ruang tulang belakang dan di belakang tubuh pada aras pinggang. Dan Buah Pinggang adalah berfungsi untuk mencuci darah dari sisa buangan dan lebihan air yang diperlukan tubuh. Sisa dan air yang berlebihan akan ditapis semasa darah melalui buah pinggang.


APA fungsi utama buah pinggang?

1)Berfungsi menyingkir sisa buangan -Jenis sisa yang selalunya disingkirkan oleh buah pinggang dipanggil “urea” dan “kreatinin“.

 2)Untuk mengawal jumlah cecair. Buah pinggang yang sihat mengawal jumlah cecair di dalam badan dan membantu membuang lebihan cecair dari darah.

3)Untuk mengawal tekanan darah. Tekanan darah perlu dikawal pada suatu tahap tertentu agar kita mempunyai cukup darah di seluruh tubuh. Mengawal tekanan darah pada tahap normal mengelakkan kita mendapat risiko masalah jantung. Jika tekanan darah tinggi, jantung harus berkerja lebih keras.

4)Untuk menyediakan penghasilan sel darah merah.Buah pinggang menghasilkan hormon dipanggil erythropoietin, yang membantu tubuh menghasilkan sel darah merah.

5)Untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang . Buah pinggang mengekalkan jumlah fosforus dan kalsium dalam darah; melalui imbangan ini, tulang akan kekal sihat.

Kesimpulannya,Buah pinggang melakukan banyak tugasan selain Dari fungsi diatas,bush pinggang menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan. Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ni boleh membawa maut kepada pengidapnya



FAKTOR PENYEBAB KEROSAKAN BUAH PINGGANG

1. Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang itu sendiri seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah pinggang), 

2.Penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, 

3.Penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang contohnya ubat tahan sakit.

4. Diabetes kronik kerana Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi lama-kelamaan akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. 

5.Kerap tahan kencing

6. Kurang pengambilan air yang mencukupi untuk tubuh

7. Pengambilan makan makanan masin yang kerap Dan berlebihan

8.Pengambilan minuman bergas atau berkarbonat yang berlebihan

9.Kerap terkena jangkitan kencing dalam erti kata lain tidak menjaga kebersihan anggota kencing dengan baik dan tidak dirawat dengan sempurna. 

10. Pengambilan  daging merah dan makanan laut yang tinggi kandungan asid urik.

11. Merokok Dan mengambil alkohol.secara berlebihan

12. Obesiti dan penyakit metabolik.

13.Tekanan darah tinggi (hipertensi) yang kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang. 

Jadi, amalkan gaya hidup yang sihat dan jagalah kesihatan buah pinggang masing-masing. Kita ada 2 sahaja buah pinggang setiap orang. Kalau rosak 1, mungkin 1 lagi boleh ambil alih. Kalau Rosak kedua2 nya bagaimana? Sayangilah ia💖buah pinggang kita

TANDA-TANDA AWAL BUAH PINGGANG BERMASALAH 

Berikut merupakan antara beberapa tanda seseorang itu mengalami masalah buah pinggang :

1)Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.

2)Darah keluar bersama-sama air kencing

3)Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.

4)Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.

5)Mudah rasa letih sepanjang masa kerana Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.

6)Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.

7)Buah pinggang yang  tidak dapat berfungsi dengan baik akan menyebabkan Retensi berlaku iaitu penakungan air kencing dan menyebabkan kebengkakkan PADA kaki, buku lali serta mata bengkak.

8) Berasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang.

9)Mengalami ruam dan kegatalan kerana Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh.

10)Hilang selera selera makan,loya muntah

Kebiasaanya tanda-tanda sebegini masih dianggap remeh. Tetapi untuk menyelamatkan buah pinggang, lebih baik segera lakukan pemeriksaan. Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Kegagalan buah pinggang seseorang juga boleh menyebabkan pesakit menemui maut.


TIPS MENCEGAH PENYAKIT BUAH PINGGANG
 
1.Periksa tekanan darah secara berkala & Mengambil langkah-langkah awal untuk mengawal tekanan darah anda dengan mengamalkan pemakanan seimbang. 

2.Sentiasa waspada untuk sebarang perubahan dalam air kencing anda. Jika air kencing anda bertukar kepada warna keruh, air kencing berbau atau berbuih atau jika ia menyakitkan apabila anda membuang air kecil, berjumpa doktor. Tanda-tanda ini adalah tanda-tanda masalah saluran kencing. Jika tidak dirawat,masalah-masalah ini boleh membawa kepada wujudnya penyakit buah pinggang pada masa akan datang.

3. Perhatikan simptom-simptom anemia.Anda mudah sentiasa letih, mudah mengalami kesan lebam atau pening, anda mungkin menghidap anemia. Keadaan ini boleh menyumbang kepada penyakit buah pinggang jika tidak dirawat dengan betul atau menjadi masalah kronik.

4. Lakukan ujian air kencing dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali. Ujian ini boleh membantu mengesan tanda-tanda awal masalah buah pinggang serta lain-lain masalah perubatan.

5. Sentiasa kekal aktif untuk mengekalkan berat badan seimbang. Jadual pelaksanaan biasa iaitu 30 minit sehari, lima kali seminggu akan membantu badan anda berfungsi secara normal

6. Minum banyak air. Buah pinggang anda akan memproses setiap cecair yang masuk ke dalam badan anda. Air sangat mudah pada buah pinggang anda dan juga boleh membantu membersihkan kotoran daripada sistem anda

7.Amalkan gaya hidup.sihat.Berhenti merokok& mengambil alkohol

8.Elakkan makan ubatan-ubatan yang tidak penting Dan tidak diperlukan. Seperti ubat kurus.

9.Kekalkan berat badan seimbang.Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

10.Minum Vivix Shaklee yang mengandungi Anggur Muscadine, European Elderberries, Purple Carrot, Polygonum Cuspidatum.

KENAPA  VIVIX?

Sebab vivix mengandungi Anggur muscadine. Anggur bukan sembarangan anggur ya, anggur hebat ini adalah satu satunya anggur semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom,iaitu 20 kromosom dan kerana inilah ianya mempunyai lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh. Ia juga mempunyai ciri ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria. Anggur muscadine dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri anti radang.S.ize MUSCADINEGRAPES ini juga boleh didapati SEBESAR BOLA GOLF. Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik, cahaya matahari yang kuat ia mengandungi banyak Polifenol dan Resveratrol . Ini antara sebab VIVIX SHAKLEE sangat HEBAT.

Testimoni Vivix Shaklee dan Pesakit Buah Pinggang

Alkisahnya, seorang kakak kepada pesakit buah pinggang yang terlalu banyak toksin yang bimbang Bacaan Creatinine adiknya Tinggi dan dikhabarkan oleh doktor untuk melakukan operation ( tebuk buah pinggang @ dialisis ). Melakukan penebukan buah pinggang sekali akan memberi jawapan yang buah pinggang kita akan terus menerus bergantung dengan rawatan dialisis. Sebagai kakak, dia tidak mahu adiknya menjalani kesukaran hidup sebegitu. Sebab itu dia  mencuba Vivix Shaklee.

Alhamdulillah, berkat izin Allah Swt. Selepas dua hari adiknya minum Vivix Shaklee. Bacaan creatinine 528 turun ke 276. Dan selepas seminggu turun ke 155. Lagi gembira, bila doktor sahkan buah pinggang adiknya kembali normal. Tidak perlu ditebuk malah selera makan adiknya juga kembali baik.

Semoga kisah ini menjadikan pesakit-pesakit buah pinggang harapan baru. Semoga bermanfaat.

Anda memerlukan Vivix Shaklee untuk kesihatan diri Dan orang tersayang? jangan berlengah lagi untuk Hubungi saya😊

Zue,0122622970

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page