Wednesday 22 March 2017

GASTRIK :JANGAN DIBIARKAN SENGSARA,RAWAT SEGERA

Mendengar cerita seorang cikgu yang berkaliber  tentang pengalamanya pitam dan sesak nafas ketika hendak ke sekolah menjalankan tugas ekoran dari Gastrik setelah membuat pemeriksaan Dr. Membuatkan saya terfikir sejenak seteruk inikah kesan Gastrik yang boleh dialami ?

Ya,itulah jawapannya pengalaman zue sendiri membantu Dr merawat beberapa pesakit mempunyai simptom begini Dan diagnose sebagai Gastritis.Jadi apa yang perlu dibuat?Kenapa sampai begini?

Zue sendiri adalah pesakit gastrik yang agak kronik satu ketika dulu.Kalau datang sakitnya memang xboleh nak bangun.cramp abdomen, makan, muntah,pening rasa pendek kata memang xlarat lah. Alhamdulillah sekarang dah sembuh Dan lama xkena.syukur sangat.Jom Kita kenali penyakit Gastrik.

GASTRIK

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.


Jenis Gastritis :

🍁Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.

🍁Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

Tanda-tanda Gastrik

😖Sakit pedih atau menyucuk di hulu hati (stomach pit). Kadang-kadang terasa hingga ke belakang. Bertambah sakit bila termakan makanan pedas atau masam.Rasa pedih dari perut hingga ke dada (heart burn). Ini disebabkan oleh asid gastrik tertolak dari bahagian perut ke atas (esophagus). 
😖Kadangkala Loya atau muntah  disebabkan pergerakan (Peristaltic action) saluran pemakanan yang tidak normal juga disebabkan angin yang berkumpul dalam usus.
😖Kembung perut disebabkan oleh tindak balas saluran pemakanan yang tidak normal juga disebabkan angin yang berkumpul dalam usus. Kadang-kadang perut terasa mudah penuh dan tegang walaupun makan cuma sedikit sahaja.
😖Pembuangan air besar yang tidak normal. Bila buang air besar kadang-kadang cirit dan kadang-kadang tidak lawas. Bila sudah buang terasa masih lagi tertinggal dalam usus (sense of incomplete evacuation).
😖Sesak nafas atau mengah (buat pemeriksaan Dr untuk pastikan bukan masalah jantung atau paru-paru).
😖Pucat kerana  terasa sakit yang amat sangat .
😖Sekiranya Gastric Ulcer , mungkin muntah (bukan batuk) berdarah atau berak dengan najis berwarna hitam (bukan darah merah).


Faktor yang boleh menyebabkan gastritis.

Tahukah anda?Kulit Dalaman (mucosa) boleh rosak disebabkan oleh:
😨Merokok
😨Mengambil ubat tahan sakit (NSAID) berlebihan seperti Ponstan, voltaren, brufen, synflex, ibuprofen dan lain-lain.
😨Mengambil ubat steroid tanpa kawalan seperti Prednisolone.
😨Ubat tambahan (suppliment) seperti Iron tablet yang sering diguna oleh orang yang mengandung.
😨Minuman arak (alcohol).
😨Physical stress (bukan psychological atau emotional stress) dalam keadaan seseorang mengalami kecederaan luka, menjalani pembedahan dan kulit badan yang melecur atau terbakar. 
😨Emotional stress tidak menyebabkan gastritis directly tetapi ia merangsang pengeluaran lagi banyak gastric asid HCL dan menyebabkan sakit gastritis bertambah sakit.
😨Jangkitan kuman, yang paling biasa ialah Helicobacter Pylori. Kuman ini suka hidup dalam keadaan berasid.
😨Minuman@makanan mengandungi caffein  boleh menggangu (irritates)  kulit dalaman perut. Kopi juga merangsang asid gastrik keluar lagi banyak. Caffein juga terdapat dalam cokolat, coca-cola, Nescafe dan koko
😨Makanan bergoreng dan kandungan garam yang tinggi juga mengganggu (irritate) kulit dalaman perut. 
😨Makanan yang pedas atau masam tidak merosakkan kulit dalaman perut tetapi membuatkan gastritis yang sedia ada bertambah sakit.


Langkah Rawatan&Pencegahan

Biasanya rawatan gastritis ialah bertujuan untuk memulihkan semula kulit dalaman perut (mucosa) yang telah melecet atau rosak.Oleh itu Kita sangat2 digalakkan menjauhi perkara atau makanan yang menyebabkan gastritis seperti:

😣Merokok.Meminum kopi atau minuman mengandungi caffien seperti coke, pepsi, cocoa dan chocolate.
😣Makanan pedas dan bercili.
😣Mengambil ubat tahan sakit (NSAID) berlebihan.
😣Mengambil ubat steroid tanpa kawalan.
😣Mengambil makanan jeruk dan masam.
😣Mengambil Makanan bergoreng dan berminyak.
😣Minum susu boleh dicuba tetapi susu juga boleh merangsang pengeluaran lebih asid HCL. Ini kerana protein dan calcium dalam susu merangsang rembesan acid HCL.
😣Kebimbangan  yang melampau.

Tips Tambahan 😉

👍Jauhi perkara atau makanan yang menyebabkan gastritis seperti disebutkan
👍Jadual waktu sarapan dan makan mestilah teratur.
👍Elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan angin atau kembung perut seperti kobis, bunga kobis, kekacang, broccoli dan sesetengah buah-buahan.
👍Kunyah 40x Sewaktu makan kerana apabila ianya dilakukan perlahan-lahan dan makanan dikunyah dengan betul supaya penghadaman senang dilakukan oleh perut.
👍Makan dengan sedikit tetapi kerap lebih baik dari makan dengan banyak tetapi tidak selalu makan.
👍Meminum air kelapa yang mengandungi banyak mineral dan vitamin dipercayai boleh memulihkan dalaman perut gastris.
👍Mengamalkan pemakanan yang tinggi serat contohnya buah zaitun@fiq
👍Amalan memakan 2 biji pisang dan meminum susu 10 mint kemudian juga dipercayai boleh membantu memulihkan gastrik


RAWATAN MENGGUNAKAN UBAT-UBATAN

Kebiasaanya bila Kita ke hospital@klinik Dr Akan memberikan ubat-ubatan bertujuan untuk  memberi peluang kepada kulit dalaman (mucosa) perut untuk tumbuh dan sembuh semula, untuk neutralisekan acid HCL yang berlebihan dalam perut & Untuk Mengurangkan pengeluaran acid HCL seperti:

🌷Antacid
Contohnya, Zellox,
🌷Alucil
🌷Blocker
 Contoh: Cemetidine (Tagamet), Ranitidine (Zantac),
🌷FamotidineProton-pump inhibitor. 
Contoh: Esomeprazole (Nexium)

RAWATAN GASTRIK MENGGUNAKAN PENGAMBILAN NUTRISI

Selain dari ubat-ubatan klinik@hospital boleh memilih vitamin Shaklee untuk membantu anda hilangkan masalah gastrik. Vitamin Shaklee yang terbaik yang boleh membantu anda menghilangkan masalah gastrik ialah:

💖ESP💖

Komponen paling penting dalam gastrik iaitu sumber protein yang tinggi untuk pembentukan sel-sel kulit dan dinding usus yang baru.Ianya membantu
untuk memulihkan semula dinding usus yang telah terhakis akibat gastrik dan mengelakkan pendarahan usus dari berlaku.Malah ESP juga membantu untuk memelihara ketebalan sel-sel kulit dalaman. ESP juga mempunyai sifat ALKALI yang tinggi yang boleh membantu meneutralkan asid hidrokolik dalam badan. Kesimpulannya  ESP pilihan terbaik untuk memperbaiki sel dalaman untuk elak gastrik😊

💖OSTEMATRIX 💖

Ostematrix mengandungi Magnesium dan Vitamin D yang sangat tinggi dan mudah diserap. Ia berkepentingan dalam meneutralkan asid yang telah menembusi esphagus dalam perut yang menyebabkan pedih ulu hati.Ostematrix juga merupakan kalsium yang mudah diserap oleh badan. Tahukah anda?Kurangnya kalsium menjadi penyebab utama serangan gastrik. Tak caya? cuba tanya mereka yang sering terkena gastrik ni suka minum susu tak@Berapa kerap minum susu @ ambil makanan yang bersumberkan kalsium.😏..

💖PEPPERMINT-GINGER PLUS💖

Peppermint-ginger plus ni adalah pudina segar yang juga mengandungi halia yang hanya ditanam secara organik di negara beriklim sejuk. ia berfungsi untuk mengeluarkan angin dalam perut dan mengurangkan asid berlebihan daripada memenuhi ruang dinding perut. Angin inilah yang membuatkan kita sering muntah kalau terkena agstrik yang teruk. Angin terdapat dalam setiap badan individu, cuma kuantitinya samaada banyak atau sedikit berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Angin juga kekal di dalam perut kerana tingginya asid di dalam perut kita. Bahaya angin adalah kerana ia boleh menyebabkan gas yang boleh menekan urat saraf. Saraf ini begitu dekat dengan jantung dan paru-paru. Jika tidak dirawati, komplikasi lain yang melibatkan jantung dan paru-paru boleh berlaku dan berlakulah simptom seperti sesak nafas dsb.

💖B COMPLEX💖
Ianya bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda.B COMPLEX juga melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara.

Saya telah memilih produk Shaklee untuk
memastikan masalah Gastrik saya dapat diatasi..Hasilnya Alhamdulillah.segalanya biiznillah Kita Hanya berusaha mencari ikhtiar yang terbaik.Anda bagaimana?

Jadi buatlah pilihan yang terbaik,Semoga info ini  memberi manfaat pada semua.Mencari produk Shaklee?Hubungilah saya😊

Your Trusted SID,
Zue,0122622970

2 comments:

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page