Sunday 18 February 2018

RAWATAN PLANTAR FASCITIS - SAKIT TUMIT JANGAN DIBIARKAN


"Aduh!sakitnya nak berjalan KENAPA sakit tumit ni?Awak semua pernah alaminya? Mungkin anda mengalami Plantar Fascitis .Pernah dengar tentang Plantar Fascitis? Jom hari ni Zue kongsikan tentang Plantar Fascitis.

Plantar Fascitis ialah masalah pada tumit kaki. Ligamen yang menyambungkan tulang tumit kepada jari dipanggil Plantar Fascia dan ianya akan menjadi lemah, membengkak dan iritasi. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk berdiri mahupun berjalan.

Plantar Fascitis ini kebiasaannya terjadi kepada orang yang berumur 30 an ke atas. Tetapi ianya juga boleh terjadi kepada orang yang lebih muda Dan melakukan banyak aktiviti yang memberi tekanan pada tumit kaki seperti atlet. 

Plantar Fascitis mungkin berpunca daripada lebihan tekanan yang diberikan pada tumit kaki akibat beberapa faktor. Walau bagaimanapun, punca utama masih tidak dapat dipastikan . 

Antara faktor yang boleh menyebabkan berlakukan 'Plantar Fascia' ialah:   

1) Umur - Plantar Fasciitis paling kerap berlaku kepada individu yang berumur antara 40 hingga 60 tahun.  

 2) Jenis aktiviti atau senaman yang kerap dilakukan. Aktiviti senaman yang banyak memberikan tekanan pada tumit juga menjadi faktor kepada kesakitan ini seperti berlari jarak jauh, melompat, tarian balet, aerobik dan seumpamanya.  

 3) Kasut Tumit Tinggi - kekerapan memakai kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan sakit tumit berlaku.   

4) Obesiti - kegemukan juga menyebabkan tekanan berlebihan pada tumit. 

  5) Jenis pekerjaan - pekerjaan yang banyak berdiri atau berjalan juga boleh

 

Tanda-tanda / Simptom Plantar Fascitis

Antara simptom nya ialah anda akan berasa sakit bila mula-mula nak melangkah tetapi lama kelamaan rasa sakit akan rasa sedikit berkurang dan kebiasaanya anda / pesakit yang mengalami akan meneruskan perjalanan dan urusan.Tetapi sebenarnya ini akan memudaratkan lagi keadaan ligamen yang telah koyak itu. Dan akan mengakibatkan kesakitan yang lebih memudaratkan.Oleh itu,Jangan biarkan Plantar Fascitis ini..

Malah ada simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama.

Rawatan terhadap Plantar Fascitis

Rawatannya mungkin berbeza untuk setiap individu tetapi antara Rawatannya  ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu fiber.

1·  Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot.

2·  Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.

3·  Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.

4·  Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar. 

5·  Pelapik kasut — Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan.

6·  Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan.

7·  Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur.

8.Ubat steroid-suntikan steroid pada tumit boleh mengurangkan radang pada tisu plantar.

9.Terapi extracorporeal shock wave therapy atau ESWT. Dalam rawatan ini tenaga denyutan digunakan untuk menghasilkan troma mikro pada tisu plantar yang mana ini menjana baik pulih tisu itu oleh badan.

InsyaAllah dengan rawatan di atas, kebanyakan pesakit pelantar fasciitis dapat mengurangkan atau menghilangkan sakit tumit kaki. Walaupun gejala ini tidak selalunya hilang dengan cepat.  

Selain itu,untuk mengelak plantar fasciitis berulang, pemakaian kasut sesuai diutamakan. Penggunaan pelapik dalam kasut khas membantu mengurangkan tekanan pada tumit sakit Dan mampu membantu mereka yang mempunyai struktur mekanikal kaki tak normal. 

Malah paling penting untuk seseorang itu terus melakukan senaman regangan pada tapak kaki. Senaman ringkas itu boleh mengekalkan tahap fleksibiliti kaki dan mengelak plantar fasciitis berulang..Ingat tu taw.


SUPLEMEN SEMULAJADI UNTUK SAKIT TUMIT

Selain mengamalkan langkah-langkah di atas, pengambilan suplemen juga boleh membantu mengurangkan keradangan dan melegakan sakit tumit.

Berikut suplemen yang boleh bantu menyokong kesihatan sendi dan rawan.

1. Vivix

Vivix kaya dengan resveratrol yang tinggi kandungan antioksidan. Ia boleh bantu melindungi sel-sel dari tekanan oksidatif dan juga bantu memperbaiki sel-sel yang rosak sehingga ke peringkat DNA. 

2. OmegaGuard

OmegaGuard membekalkan asid lemak Omega-3 yang sangat bagus dalam menyokong kesihatan sendi.

OmegaGuard bantu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan pada bahagian otot dan sendi.

3. Ostematrix

Ostematrix membekalkan kalsium untuk pembentukan tulang yang sihat dan kuat. 

Ia turut mengandungi magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan optimum kalsium dalam badan.

Testimonial 01


Sekiranya anda ingin tahu tentang produk Shaklee,Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.

Saya sedia untuk membantu😊

Zue

ID : 1126208

Whatsapp/Call : 012-2622970

Fb : ismizue

Kawasan COD : Sook,keningau

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page