Wednesday 15 March 2017

AWAS "BLOCKED MILK DUCT" JANGAN BIARKAN MENJADI MASTITIS

Pengalaman sendiri mengalami  bengkak susu kerana Blocked Milk Duct ketika menyusukan anak kedua ni merupakan satu pengalaman yang  tidal dapat dilupakan.Bimbang menjadi Mastitis Dan menjadi Breast Abcess menjadikan zue mencari info punca Dan Cara menyelesaikannya untuk berkongsi Bersama info yang diperolehi kerana saya juga memahami kerisauan bila mengalaminya😊

Apa ITU BLOCKED MILK DUCT?

Ada banyak panggilan untuk duktus susu tersumbat ini.Ianya juga dikenali sebagai clogged milk duct atau plugged milk duct.

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal. 

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah. 

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut. 
Sekiranya dibiarkan tanpa langkah perawatan yang Betul,Ianya boleh menjadi mastitis Dan Breast Abscess😨

Apa ITU mastitis?

Mastitis ialah keadaan di mana payudara anda mengalami keradangan. Keradangan ini boleh menjadi jangkitan dengan cepat. Antara Simptom mastitis:
😖Breast merah 
😖Breast keras&sakit 
😖Breast berasa panas &bengkak.
😖Berasa benjolan yang biasanya dirujuk sebagai "duktus tersumbat".
Mama juga mungkin mengalami simptom-simptom seakan-akan flu, seperti:
😖seram sejuk
😖sakit kepala
😖suhu badan melebihi 38.5 darjah 
😖keletihan. 
Mastitis adalah satu pengalaman yang sangat menyakitkan Namun yakinlah bahawa dengan rawatan yang betul, ia boleh sembuh dengan cepat.


Apa punca duktus tersumbat?

"Duktus tersumbat" biasanya disebabkan oleh susu yang tidak dapat dialirkan Keluar dengan   efektif oleh bayi semasa dia menyusu disebabkan beberapa faktor seperti teknik penyusuan yang tidak Betul,

TIPS UNTUK MENGATASI BLOCKED MILK DUCT 
👍Pastikan bayi anda menyusu dengan  teknik Dan pelekapan yang Betul. Perkara yang paling utama ialah kedudukan dan pelekapan bayi perlu diperiksa dan diteliti. Kadang kala oleh sebab kedudukan dan pelekapan bayi tidak betul menyebabkan bayi tidak dapat mengosongkan payudara secukupnya.
👍Perah susu berselang seli dengan penyusuan kerana ketika pembengkakan bayi sukar melekap secara optimum. Sebaiknya ibu perlu mengeluarkan susu untuk melembutkan aerola dan payudara supaya bayi boleh menghisap dengan mudah. Perah susu anda sebanyak yang mungkin atau selang selikan dengan waktu memerah dengan waktu menyusukan anak untuk keselesaan.
👍Lakukan penggunaan bahan haba sebelum menyusukan dapat membantu susu mengalir dengan lebih baik. Mandi dengan air suam atau balutan tuala suam dan berhaba. Urutan lembut pada payudara turut membantu pengaliran susu dengan lebih lancar.
👍Pengambilan Ubat paracetamol untuk membantu mengurangkan rasa sakit.(atas arahan DR.)
👍Demahan ais ketul dan daun kubis pun boleh membantu mengurangkan rasa sakit.
👍Lakukan urutan pada payudara dan belakang tubuh untuk mengalakkan pengaliran air susu Dan memberi keselesaan pada mama.
👍Teruskan penyusuan IBU dengan kerap Dan efektif😊

Pastikan mama meneruskan penyusuan supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika mama mengalami suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, mama perlu berjumpa dengan doktor segera.Malah jika simptom anda tidak berkurangan (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, mama mungkin menghidapi mastitis dan  memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Rujukan dan salinan: babyCenter.com

Jika mama rasa sukar untuk membantu bayi anda melekap dan menyusu dengan baik, Sebaik-baiknya mendapatkan bantuan dari doktor @ pasukan sokongan penyusuan susu ibu@kaunselor penyusuan badan@ pakar penyusuan bayi untuk mendapat bantuan Dan maklumat yang berkaitan kerana mereka major dalam pengendalian penyusuan susu ibu.

Bagaimana Lecithin Mengatasi Recurrent Plugged Ducts?
 
Menurut Doktor Jack Newman, lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat mungkin kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu ibu
Lecithin ialah sejenis pengemulsi lemak dan minyak. Lecithin banyak digunakan sebagai aditif makanan, dan turut dijumpai secara semulajadi dalam pelbagai makanan.

Suplemen Lecithin sesuai untuk ibu menyusu. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang kontraindikasi dilaporkan sekiranya Lecithin diamalkan oleh ibu menyusu.


TAHUKAH ANDA?

Pakar laktasi  Kelly Bonyata (IBCLC) dalam artikelnya mencadangkan Lecithin sebagai rawatan recurrent plugged ducts. Dos yang dicadangkan ialah:
😊👍3,600 – 4,800mg Lecithin sehari.Selepas 1 – 2 minggu tanpa sebarang blockage, kurangkan dos 1,200mg Lecithin.Jika dalam 2 minggu kemudiannya tiada blockage juga, ibu boleh kurangkan lagi 1,200mg.
Penting: Ibu mungkin perlu teruskan makan 1,200 – 2,400mg kapsul Lecithin sehari selama yang mungkin, jika sekiranya dengan menghentikan pengambilan Lecithin akan menyebabkan pembentukan duktus tersumbat lagi.

MENCARI Suplemen Lecithin?
Di Shaklee kami juga mempunyai supplemen Lecithin . Terdapat 180 kapsul di dalam satu botol. Kapsul ini dari sumber bovine gelatin. 1 kapsul mengandungi 600mg Lecithin. Jadi, ibu yang mengalami blocked duct, perlu ambil 6-8 biji Lecithin Shaklee sehari .Oleh itu Rawat awal sekiranya anda mengalami Blocked Milk Duct.

Berminat ? Boleh hubungi saya;
Zue 0122622970




















No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page