Friday 7 April 2017

TIPS MERAWAT SIMPUL BIAWAK@CRAMP@KEJANG KAKI

Assalammualaikum&Salam sejahtera😊

Pernah mengalami cramp@kejang kaki semasa mengandung?uihh..siapa yang pernah mengalaminya,tahulah macamna rasanya.kadang- kadang sampai menitis airmata.Ada yang panggil simpul biawak@ simpul mengkarung@kejang kaki@ Cramp.

Mengapa boleh menjadi kekejangan kaki Masa mengandung lebih2 lagi pada waktu malam?

Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menguji kesabaran apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis.InsyaAllah

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 

🌼Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

🌼Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda.

🌼kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

🌼Pertambahan berat badan Semasa mengandung, banyak fungsi tubuh yang akan terpaksa bekerja keras untuk memastikan keseluruhan sistem badan berfungsi dengan baik. Antaranya ialah otot. Otot kaki menyokong pertambahan berat badan yang semakin meningkat dan akan memberi lebih beban dan tekanan. Akibatnya otot-otot kaki akan mengalami keletihan dan menegang. Kejang kaki adalah salah satu tanda otot sedang keletihan dan mengalami tekanan berterusan.

🌼Terlampau Banyak berdiri dan berjalan boleh menyebabkan otot kaki keletihan tambahan pula denagn pertambahan berat badan. 

Apakah Cara Untuk melegakan kesakitan ini?
Jangan risau ADA caranya apabila mengalami kejang kaki ini semasa kehamilan yang ini. Apabila kekejangan berlaku: 

👍Buat regangan.
Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. (Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.)
👍Urut otot yang kejang itu.
👍Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Tips Alternatif atasi Kejang Kaki@Cramp Semasa Mengandung

Antara Tips yang boleh dicuba😊:

💖Senaman regangan kaki.
(Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.)
💖Senaman tapak kaki.
(Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.)
💖Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
💖Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
💖Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
💖Minum banyak air.

Sumber:babycenter.com.my


CARA ALTERNATIF DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam magnesium Dan kalsium. Jadi cubalah Ostematrix Shaklee



Pengalaman sendiri, dari mengandung yang kedua memang amalkan set hamil, salah satunya Ostematrix yang terkandung dalam set hamil Shaklee. Alhamdulillah,memang sangat2 membantu untuk melegakan kekejangan sepanjang tempoh hamil, hingga la langsung tak kene kekejangan sehingga la hujung nak bersalin. 

Ada apa dengan Ostemarix ni?


💖Vitamin D – meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

💖Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos. 

💖Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis.

Testimoni best Ostematrix👍


Sehinggalah sekarang saya masih amalkan makan supplement ni,maklumlah Banyak berjalan dan alhamdulillah malam saya tidak ada lagi kejang kaki, siap boleh mimpi2 indah lagi.hihi.Alhamdulillah.

Jika anda juga berminat dan mahu rasakan malam tanpa gangguan kekejangan kaki, boleh la call/WhatsApp saya. Saya boleh share pengalaman dan sekaligus konsultasi berkaitan dengan vitamin secara esklusif.👍😊

Your Trusted SID
Zue,0122622970

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page