Friday 22 July 2016

TIPS BERHENTI MEROKOK DENGAN VIVIX

Teks:hannahrayyan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,😊Apa khabar hari ni?diharap sentiasa dalam keadaan sihat dan gembira bersama mereka disayangi.Didoakan semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat semua pembaca hannahrayyanshope serta bertambah  bahagia 😊.insyaallah semuanya dengan izin Allah. 
Hari ni saya nak kongsi tentang kisah Vivix dan Rokok.Sebelum itu nak tanya,Adakah orang yang anda sayangi seorang perokok?atau anda sendiri merokok?ingin berhenti atau cuba membantu mereka orang yang sayangi?jom baca entri ini sehingga selesai.

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok

KENAPA ROKOK MERBAHAYA?

😢Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk

😢Merokok Mengakibatkan Strok
Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.

😢Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali. 

😢Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

😢Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali. 

😢Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai seperti

Metanol -Bahan Api
Nitrobenzena -Gasolin
Karbon Monoksida-Asap kereta
Butana-Cecair pemetik api
Raksa-Logam dalam jangka suhu
Vinil Klorida-Bahan utama plastik
Toulena-Pelarut industri
Ammonia-Pencuci lantai
Arsenik-Racun tikus
Kadmium-Bahan utama bateri alkaliStearik-Bahan utama dalam lilin
Sianida-Racun berbisa

😢Asap Rokok Memudaratkan Kanak-Kanak dan orang yang disayangi
Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.Jagalah mereka, sayangi mereka.Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.

Tips berhenti merokok

😏Melengah-lengahkanTunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
😏Menarik nafas panjangTarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
😏Minum airTerutama air masak. Elakkan minuman berkafein
😏Menyibukkan diriBuat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
😏Menjauhkan diriDaripada orang yang merokok
😏Mengelakkan diriDaripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
😏Mengunyah sesuatuSeperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
😏Membasuh tangan selalu
😏Mandi dengan kerap
😏Meregangkan ototLakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
😏Meditasi
😏Memohon doaBerdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
😏Menggunakan VIVIX shaklee.

Bagaimana VIVIX membantu perokok...??

Vivix adalah salah satu produk yang sangat tinggi dengan sifat antioksidan & ramuan yang terdapat di dalam Vivix adalah 10 kali ganda lebih hebat dari reservatrol.
Apakah pulak kaitan antara sifat antioksidan ini & perokok...??

Antioksidan yang tinggi dapat memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak akibat asap rokok.
Diet antioksidan yang betul mampu mengurangkan pengaruh merokok disamping mengurangkan ketagihan nikotin.
Antioksidan dapat membantu menstabilkan radikal bebas yang tidak stabil akibat nikotin.Antioksidan membantu melindungi dan memperbaiki semula DNA yang telah terjejas akibat nikotin

Jadi tidak mustahil Vivix dapat membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Pengambilan supplement boleh membantu perokok tegar diluar sana untuk menghentikan tabiat merokok yang secara terang-terangan mampu membahayakan kesihatan.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.Oleh itu, pilihJangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.Luahkannya dengan cara positif.Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka akibat penyakit disebabkan merokok. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Oleh itu berhenti merokok,anda tidak akan mengalami kerugian dalam hidup.

Ingin mengetahui tentang vivix danproduk shaklee dengan lebih lanjut,bolehlah menghubungi saya :
Zue,0122622970
SID 1126208


No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page