Sunday 24 July 2016

TIPS MENGAWAL KOLESTROL DALAM TUBUH

Teks:hannahrayyan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Apa khabar hari ni?diharap pembaca blog hannahrayyan sentiasa dalam keadaan sihat dan gembira bersama mereka disayangi.Didoakan semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat semua pembaca hannahrayyanshope serta bertambah  kaya dan Berjaya 😊.insyaallah semuanya dengan izin Allah. Mesti bulan ni banyak jemputan rumah terbuka kan,kalau makan sedap ingatlah kesihatan selalu ya.😉
      Pernah periksa darah kolestrol anda?Hari ni saya nak berkongsi cerita tentang kolestrol.s emoga perkongsian hari ni memberi manfaat pada semua😊

🐞Apa Itu Kolesterol?

Untuk pengetahuan semua,Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati. Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron. Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

🐞Kolesterol Jahat, Kolesterol Baik

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL). Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

🐞KENAPA kolesterol yang tinggi bahaya?

Ini kerana ianya menyebabkan:

💮Ateriosklerosis - penyempitan arteries

💮Risiko penyakit jantung koronari yang lebih tinggi - arteri tidak normal yang membekalkan darah dan oksigen ke hati.

💮Serangan jantung - berlaku apabila bekalan darah dan oksigen ke kawasan otot jantung tersumbat, biasanya disebabkan oleh pembekuan dalam arteri koronari. Ini menyebabkan otot jantung tidak berfungsi

💮Angina - sakit dada atau ketidakselesaan yang berlaku apabila otot jantung .

💮Strok dan mini-stroke - berlaku apabila darah beku menyekat arteri atau vena, menyekat aliran oksigen ke kawasan otak. Juga boleh berlaku apabila salur darah pecah. Sel-sel otak mula mati. 

TIPS remedi semulajadi yang terbaik untuk menurunkan paras kolesterol :

😍 Senaman 

Lakukan senaman selama kira-kira 30 minit senaman 3 atau 4 kali seminggu dengan ketara boleh mengurangkan risiko untuk banyak utama penyakit yang mengancam nyawa. 

😍 Pemakanan yang sihat

   🍅 Perbanyakkan pengambilan serat larut air. Contohnya,Dengan meningkatkan pengambilan serat larut air 10 gram sehari, anda boleh menurunkan paras kolesterol anda 

  🍅Mengurangkan pengambilan lemak temu yang terdapat dalam makanan yang berasaskan haiwan, termasuk daging, mentega, susu penuh produk tenusu (termasuk, yogurt, keju dan Aiskrim), dan kulit ayam.

  🍅 Mengurangkan pengambilan Lemak Trans ditemui kebanyakannya di makanan goreng, pastri,biskut dan yang menggunakan lemak ketika dimasak.

  🍅Pengambilan sumber minyak omega-3 – minyak Omega 3 meningkatkan HDL dan tahap kolesterol LDL yang lebih rendah. Beberapa sumber yang baik adalah ikan salmon dan ikan herring, walnut dan badam, ulas kering dan minyak flaxseed. 

  🍅Pengambilan Blueberry, bawang putih, & epal –  Bawang putih dan blueberry merendahkan tekanan darah dan kolesterol. Pectin fiber dalam epal mengurangkan jumlah kolesterol yang dihasilkan di dalam hati

  🍅Kacang soya. Produk-produk soya adalah satu lagi contoh makanan merendahkan kolesterol. 

  🍅Rancang pengambilan kalori yang bersesuaian dengan anda agar dapat merancang pemakanan yang sihat dan kurang kolestrol

😍Tangani stress dengan bijak.Stress yang terlampau boleh menyebabkan bahan kimia dilepaskan ke dalam tubuh, meningkatkan tekanan darah anda, dan mengurangkan aliran darah kepada jantung anda.

😍 Berhenti merokok.Merokok meningkatkan pertumbuha  plak di dalam arteri, dan meningkatkan tahap kolesterol LDL yan

😍Kurangkan obesiti 


😍 Mengambil makanan tambahan untuk menurunkan kolesterol. Makanan tambahan boleh mengurangkan kolesterol secara semulajadi tanpa kesan sampingan seperti produk shaklee seperti OMEGA GUARD, PHYTOCOL ST Dan VIVIX

BAGAIMANA VIVIX BOLEH MEMBANTU MENGURANGKAN KOLESTROL

😊Vivix Shaklee Pelindung Kepada Jantung Yang Sihat. Ia berupaya melindungi jantung anda daripada pengoksidaan salur darah.

😊Vivix mempunyai antioksidan kuat bagi melindungi salur darah dari teroksida. Ia mengandungi 10 kali ganda resveratrol dan 15 folifenol. Ia berupaya membaiki sel dan berfungsi sebagai tonik anti-penuaan.

Malah;

😊Vivix membantu menurunkan kolesterol dalam darah dan menghalang pengogcksidaan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Oksidasi LDL ini yang menyebabkan serangan kardiovaskular/ jantung.

😊Ekstrak elderberry membantu dalam perlindungan tubuh terhadap penyakit kardiovaskular, stroke dan serangan jantung.

😊Ekstrak lobak ungu membantu dalam kesihatan salur darah, platlet, dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

😊Ramuan Vivix sangat membantu dalam pengawalan tekanan darah, menurunkan kolesterol malah membantu dalam pengekalan berat badan ideal

 Ramai pengguna Vivix telah menunjukkan bukti bahawa Vivix dapat membantu mengurangkan kolestrol.Jadi 
tak perlu ragu lagi dengan khasiat dan kebaikan Vivix Shaklee. Vivix Shaklee juga telah melalui ujian klinikal yang ketat oleh pakar dan saintis Shaklee.Dan lagi BEST, Vivix hanya EKSKLUSIF daripada Shaklee!
    Apapun yang penting kita berusaha dan berikhtiar untuk memperolehi kesihatan yang terbaik serta jangan lupa berdoa  bertawakal untuk memperolehi kebahagian dan rahmat dariNya..😉😊

Sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui tentang produk shaklee,bolehlah menghubungi atau whatssap/telegram saya:

Zue
0122622970
SID 1126208


No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page