Monday, 13 March 2017

JOM KENAL HERPES ZOSTER:KESAN & RAWAT AWAL SEBELUM KOMPLIKASI TERUK

Baru2 ni ada kenalan mengadu kepalanya ada tompok gatal,rasa panas Dan melepuh.Rasa sakitnya sehingga xboleh nak tidur Dan fokus melakukan Kerja.😖
Bila dapatkan rawatan di hospital Dr memberitahu dia mengalami simptom Herpes Zoster@Kayap.

Sahabat semua Pernah dengar tentang KAYAP@Herpes zoster,Ianya merupakan penyakit virus yang dicirikan oleh ruam kulit yang pedih dengan lepuh di kawasan yang terhad pada satu bahagian badan, biasanya di jalur. Jangkitan awal varicella zoster virus (VZV) daripada penyakit cacar air. Ianya biasa berlaku pada kanak-kanak dan orang muda.Malah golongan
Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan juga berisiko mengalami penyakit ini

Sebaik sahaja penyakit cacar air kelihatan sembuh, virus ini tidak dihapuskan dari badan tetapi boleh menyebabkan kayap. Ianya adalah kesinambungan dari cacar air tersebut. Ianya merupakan episod siri kesinambungan tetapi sangat berbeza selepas jangkitan awal. Herpes zoster bukan penyakit yang sama seperti herpes simplex walaupun persamaan nama (kedua-dua virus varicella zoster dan herpes simplex virus kepunyaan subfamili sama virus Alphaherpesvirinae).


Gejala dan Tanda 

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal). 

Antara Simptom awal dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul dan biasanya dialami oleh 80% pesakit adalah:
🍁 rasa sakit,
🍁kebas
🍁 panas di bahagian urat saraf yang terlibat
🍁 demam,
🍁keletihan
🍁sakit kepala
Biasanya tanda-tanda awal akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Manakala pada bahagian urat saraf yang terlibat pula tanda pertama adalah
😖 tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan.
😖 Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan.( Biasanya Gelembong-gelembong air pada bahagian kiri dada dan belakang mengikut urat saraf)
😖Kebiasaannya Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Komplikasi 

Antara Komplikasi kayap:
1) jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut.

2)Rebakan  gelembong-gelembong tersebut ke.kawasan yang lain kerana lemahsistem imun.

3) paralisis otot-otot muka (facial palsy) sekiranya berlaku di saraf muka

4) Keradangan organ dalaman seperti
otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and
usus (enterocolitis)

5) herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi ini selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun).

6)komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta)
7)komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang). 

Rawatan 

Biasanya rawatan di hospital bertujuan  untuk Meredakan kesakitan, Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut ,Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’. 

Melalui beberapa kaedah seperti:

1.Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air 

2.Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac

3.Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline. 

4.Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, seperti Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir.

Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena. Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta. 

Ikhtiar Suplemen Untuk Menyembuhkan Kayap

🌷Nutriferon

memiliki interferon. Interferon ini berfungsi untuk “memberi alarm” kepada antibodi untuk bertindak melawan virus, bakteria, kuman (bendasing) yang datang dalam badan. Jadi, pertahanan badan akan meningkat dan terus aktif dan melawan bendasing ini.

Apabila pesakit yang mengalami kayap ini mengambil Nutriferon, interferon akan meningkatkan sistem pertahanan badan dan mula bekerja keras untuk melawan virus ini. 

🌷B complex

B Complex ini adalah vitamin anti-stress yang mengurangkan tekanan dan menenangkan fikiran. Penting untuk kita tidak stress dan mempunyai emosi yang stabil dalam tempoh penyembuhan.

🌷Lechitin

Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter 

Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. InsyaAllah Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila tiba masanya Allah akan ambil semula ujian yang diberi😊. Yang Penting Ikhtiar dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!’ InsyaAllah


Your Trusted SID 😊

Zue,0122622970


No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page