Friday, 3 March 2017

Tips Merawat Ulser Mulut@ Seriawan Dengan Cepat

Teks:hannahrayyan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Apa khabar hari ni?diharap sentiasa dalam keadaan sihat dan gembira bersama mereka disayangi.Didoakan semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat semua pembaca hannahrayyanshope .😊

Pernahkah dengar tentang ulser mulut@ seriawan@mata ikan.Apakah ianya sebenarnya?

Ulser mulut ini pada asasnya ialah luka yang terjadi di sekitar rongga mulut dan kelihatan seperti tompokan putih dan mungkin juga ada sedikit darah kalau besar. Ulser mulut atau juga dikenali sebagai mata ikan ini mendatangkan kesakitan apabila disentuh dan juga rasa sakit ketika minum air kosong.

Ulser Mulut memang sering berlaku kepada seseorang dan walaupun tidak berbahaya, tetapi agak mengganggu dan tidak selesa terutama ketika kita bercakap, makan atau minum.Ulser mulut adalah rasa pedih atau sakit di dalam bahagian mulut sama ada di bahagian lidah atau gusi. 

Pada kebiasaannya, ulser mulut ini tidak berbahaya sebenarnya dan akan sembuh dengan sendiri. Tetapi perlu diingat sekiranya ulser ini tidak juga sembuh-sembuh sehingga 3-4 minggu atau kerap-kali berulang, maka lakukanlah pemeriksaan doktor.

Apa punca dan sebab Ulser Mulut berlaku kepada kita?

🍁Kesilapan apabila memberus gigi, dan menyebabkan luka dalam rongga mulut
🍁Kecederaan di mulut akibat tergigit atau terkena benda tajam seperti tulang
🍁Cuaca panas dan kurang minum air
Kekurangan zat makanan seperti Vitamin B12, Zat Besi dan asid folik
🍁Kesan radioterapi dan juga kimioterapiAlergik atau alahan
🍁Stress
🍁Jangkitan virus atau bakteria
🍁Perubahan hormon dalam badan

Petua Semulajadi Untuk Rawat Ulser Mulut

Berikut adalah beberapa petua atau tips yang boleh diamalkan apabila kita mendapat ulser mulut.

1)Gunakan madu dan letakan di bahagian ulser tersebut.
Cara ini memang sangat berkesan dan merupakan petua meredakan ulser mulut yang berkesan sejak dahulu lagi dan sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.

2)Berkumur dengan air garam, memang berkesan tetapi tidak disarankan jika anda tidak tahan sakit.

Ini juga antara petua yang popular dalam masyarakat kita. Garam ini ibarat penghapus semulajadi kepada bakteria yang bermaharajelala dalam mulut itu.

3)Gunakan Asam keping@Asam Gelugur

Ini antara Salah Satu remedi yang selalu diamalkan oleh nenek moyang kita. Letakkan asam keping atau asam gelugur di tempat yang diserang ulser itu untuk beberapa tempoh masa tertentu. Boleh diulang sebanyak 3-4 kali dalam sehari. 

4)Gunakan kiub ais

Tujuan meletakkan ketul ais atau kiub ais adalah untuk meredakan bengkak dan denyut pada tempat ulser itu.Malah, ais ini lebih kepada mengecutkan serawan agar tidak membengkak dan mengurangkan radang (inflammable)

5) Pengambilan air mengikut keperluan tubuh

Minumlah air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk melegakan kesakitan dan kepedihan akibat ulser kerana salah-satu sebab mengapa kita diserang ulser mulut adalah kekurangan air dalam badan.

6)Jangan terlampau kerap menyentuh bahagian ulser kerana boleh menyebabkan penyembuhan lambat.

7) Dapatkan bonjela@Aloclair spray di farmasi berdekatan.

Ini adalah 2 krim yang biasa dicadangkan. Pertama bonjela,berrwana biru tiubnya,penggunaanya agak pedih bagi kanak-kanak. Justeru, jika yang terkena ulser mulut itu adalah kanak-kanak,  Aloclair Spray sangat disarankan kerana lebih mesra kanak-kanak.

🌷MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT DENGAN PENGAMBILAN VITAMIN YANG SESUAI DAN SELAMAT🌷

Seperti yang Kita sedia maklum tubuh kita memerlukan supplemen atau vitamin yang mencukupi bagi memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh.Justeru ITU,Kita boleh mencegah penyakit ulser mulut ini.InsyaAllah

Berikut adalah beberapa vitamin yang anda boleh ambil untuk melindungi tubuh dan keluarga tersayang daripada serangan ulser mulut.

👍Vitamin C Sustained Release 500mg 

Tak rugi anda amalkan vitamin C terutamanya jika anda sering terdedah kepada ulser mulut. Penting untuk anda tingkatkan sistem imun tubuh. Ini boleh dilakukan dengan pengambilan Vitamin C Shaklee 500mg secara konsisten setiap hari. Vitamin C juga bagus untuk kecantikan kulit dan kesihatan jantung.

👍B-Complex

Tahukah anda B-Complex Shaklee merupakan Salah satu vitamin yang sesuai until mengatasi masalah ink kerana Ulser mulut adalah salah satu tanda kita tubuh stress dan puncanya biasanya daripada bebanan kerja, terlebih bersenam atau kurang air dalam tubuh.

Malah, B Complex bersifat anti stress dan membekalkan tenaga kepada tubuh. Bila kita bebas stress, muka pun bertambah cantik dan kurang kedutan.

Dalam era moden ini, adalah penting untuk kita memastikan sistem imun kita ini dipertingkatkan kerana persekitaran, makanan dan minuman yang kita ambil sangat terdedah kepada radikal bebas yang melemahkan sistem imunisasi kita.Jadi pilihan di Tanga anda untuk membantu meningkatkan Sistema imun diri dan keluarga tersayang,Anda berhak membuat pilihan terbaik😊

Nak Tahu lebih lanjut tentang produk Shaklee,boleh hubungi saya;

Your Trusted SID,
Zue,0122622970


No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page