Sunday 18 February 2018

RAWATAN PLANTAR FASCITIS - SAKIT TUMIT JANGAN DIBIARKAN


"Aduh!sakitnya nak berjalan KENAPA sakit tumit ni?Awak semua pernah alaminya? Mungkin anda mengalami Plantar Fascitis .Pernah dengar tentang Plantar Fascitis? Jom hari ni Zue kongsikan tentang Plantar Fascitis.

Plantar Fascitis ialah masalah pada tumit kaki. Ligamen yang menyambungkan tulang tumit kepada jari dipanggil Plantar Fascia dan ianya akan menjadi lemah, membengkak dan iritasi. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk berdiri mahupun berjalan.

Plantar Fascitis ini kebiasaannya terjadi kepada orang yang berumur 30 an ke atas. Tetapi ianya juga boleh terjadi kepada orang yang lebih muda Dan melakukan banyak aktiviti yang memberi tekanan pada tumit kaki seperti atlet. 

Plantar Fascitis mungkin berpunca daripada lebihan tekanan yang diberikan pada tumit kaki akibat beberapa faktor. Walau bagaimanapun, punca utama masih tidak dapat dipastikan . 

Antara faktor yang boleh menyebabkan berlakukan 'Plantar Fascia' ialah:   

1) Umur - Plantar Fasciitis paling kerap berlaku kepada individu yang berumur antara 40 hingga 60 tahun.  

 2) Jenis aktiviti atau senaman yang kerap dilakukan. Aktiviti senaman yang banyak memberikan tekanan pada tumit juga menjadi faktor kepada kesakitan ini seperti berlari jarak jauh, melompat, tarian balet, aerobik dan seumpamanya.  

 3) Kasut Tumit Tinggi - kekerapan memakai kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan sakit tumit berlaku.   

4) Obesiti - kegemukan juga menyebabkan tekanan berlebihan pada tumit. 

  5) Jenis pekerjaan - pekerjaan yang banyak berdiri atau berjalan juga boleh

 

Tanda-tanda / Simptom Plantar Fascitis

Antara simptom nya ialah anda akan berasa sakit bila mula-mula nak melangkah tetapi lama kelamaan rasa sakit akan rasa sedikit berkurang dan kebiasaanya anda / pesakit yang mengalami akan meneruskan perjalanan dan urusan.Tetapi sebenarnya ini akan memudaratkan lagi keadaan ligamen yang telah koyak itu. Dan akan mengakibatkan kesakitan yang lebih memudaratkan.Oleh itu,Jangan biarkan Plantar Fascitis ini..

Malah ada simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama.

Rawatan terhadap Plantar Fascitis

Rawatannya mungkin berbeza untuk setiap individu tetapi antara Rawatannya  ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu fiber.

1·  Rehat — Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada tisu fiber seperti tidak berjoging atau mengelak aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot.

2·  Melakukan terapi ais — Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.

3·  Senaman dan regangan — Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.

4·  Ubat anti radang — Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar. 

5·  Pelapik kasut — Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan.

6·  Kasut — Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan.

7·  Sokongan kaki ketika tidur — Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur.

8.Ubat steroid-suntikan steroid pada tumit boleh mengurangkan radang pada tisu plantar.

9.Terapi extracorporeal shock wave therapy atau ESWT. Dalam rawatan ini tenaga denyutan digunakan untuk menghasilkan troma mikro pada tisu plantar yang mana ini menjana baik pulih tisu itu oleh badan.

InsyaAllah dengan rawatan di atas, kebanyakan pesakit pelantar fasciitis dapat mengurangkan atau menghilangkan sakit tumit kaki. Walaupun gejala ini tidak selalunya hilang dengan cepat.  

Selain itu,untuk mengelak plantar fasciitis berulang, pemakaian kasut sesuai diutamakan. Penggunaan pelapik dalam kasut khas membantu mengurangkan tekanan pada tumit sakit Dan mampu membantu mereka yang mempunyai struktur mekanikal kaki tak normal. 

Malah paling penting untuk seseorang itu terus melakukan senaman regangan pada tapak kaki. Senaman ringkas itu boleh mengekalkan tahap fleksibiliti kaki dan mengelak plantar fasciitis berulang..Ingat tu taw.


SUPLEMEN SEMULAJADI UNTUK SAKIT TUMIT

Selain mengamalkan langkah-langkah di atas, pengambilan suplemen juga boleh membantu mengurangkan keradangan dan melegakan sakit tumit.

Berikut suplemen yang boleh bantu menyokong kesihatan sendi dan rawan.

1. Vivix

Vivix kaya dengan resveratrol yang tinggi kandungan antioksidan. Ia boleh bantu melindungi sel-sel dari tekanan oksidatif dan juga bantu memperbaiki sel-sel yang rosak sehingga ke peringkat DNA. 

2. OmegaGuard

OmegaGuard membekalkan asid lemak Omega-3 yang sangat bagus dalam menyokong kesihatan sendi.

OmegaGuard bantu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan pada bahagian otot dan sendi.

3. Ostematrix

Ostematrix membekalkan kalsium untuk pembentukan tulang yang sihat dan kuat. 

Ia turut mengandungi magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan optimum kalsium dalam badan.

Testimonial 01


Sekiranya anda ingin tahu tentang produk Shaklee,Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.

Saya sedia untuk membantu😊

Zue

ID : 1126208

Whatsapp/Call : 012-2622970

Fb : ismizue

Kawasan COD : Sook,keningau

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Lamanya parking tepi blog ni,bersawang dah.huhh.meh tiup2 habuk yang bersawang Kita mulakan semula  perkongsian yang baik.InsyaAllah...Dengan izinNya,Saya  memperkenalkan diri Zue penjual Shaklee & Tasneem Balm ...😍

Reminder diri & sahabatku semua,😊

Allah tidak pernah menjanjikan langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahawa Allah SWT selalu memberi pelangi disetiap badai, senyuman disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap ujianNya, dan jawapan di setiap doa hambanya

Oleh itu,Jangan pernah menyerah , Teruskan istiqamah beribadah n membuat kebaikan 

Kerana...


Hidup Ini Terlalu Indah untuk dipersiakan
Kerana kehidupan ini jua hanyalah sebuah persinggahan sementara.

Sahabatku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita.
InsyaAllah



Salam Sayang,Zue

Monday 12 June 2017

AGEN SHAKLEE KENINGAU DIPERCAYAI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Salam 18 Ramadhan, 

Alhamdulillah diberi peluang berada di fasa pertengahan kita menjalani ibadah puasa.Selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga dipermudahkan dan diberi yang terbaik bulan yang penuh keberkatan& mulia ini.

Anda Mencari Produk Shaklee?Tapi xtahu dimana?😥😣

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim saya memperkenalkan diri sekali lagi sebagai agen Shaklee Keningau dan sekitarnya secara tidak langsung sebagai Pengedar Shaklee Sabah,Serawak,Brunei & Seluruh Malaysia terbaik &Dipercayai😊.



InsyaAllah, Servis & konsultasi terbaik saya Cuba berikan

🌿🌻 Ready Stock Produk Shaklee 🌻🌿

🚗 Cod seluruh keningau,Sook
🚌 Penghantaran Bas Seluruh Daerah Sabah,Tenom,Sipitang,Nabawan
📫 Pos laju & Gdex Seluruh Malaysia&Brunei

Jika anda ingin membeli Vitamin dengan Konsultasi terbaik dari saya,boleh
Whatsapp @ Hubungi 🌷ZUE🌷 untuk order dan consultation.😍
0122622970

Tuesday 11 April 2017

JOM AMBIL TAHU,Teknik Marmet Atau Perah Susu Guna Tangan Dengan Mudah

Assalamualaikum&Salam Sejahtera😊

Hari ni.zue nak kongsikan tentang Teknik Marmet Atau Perah Susu Guna Tangan Dengan Mudah.Maklumlah Baru dapat ilmu penyusuan ini,bagus sekiranya kongsi & sebar2 kan ilmu ni untuk manfaat semua😊


KEBAIKAN Teknik Marmet @Perah Susu Guna Tangan

😍Dapat jimatkan kos taw & Murah je hanya guna tangan. 👍Tak perlu beli pam yang mahal dan Kos yang hampir kosong.Malah dikatakan hasil perahan lebih baik kerana adanya sentuhan kulit ke kulit berbanding dengan sentuhan mesin.👍😊Boleh dilakukan di mana-mana sahaja walau tiada bekalan bateri atau elektrik.Best kan best?

TIPS Mengalakkan Pengeluaran Air Susu

💖Urut saluran susu dengan kesemua jari ke arah dada dengan pergerakan lembut. 💖Lakukan dalam gerakan memutar.
💖Tumpukan pada satu tempat saluran susu beberapa saat dan beralih ke tempat yang lain.
💖Usap payudara dari atas hingga ke puting dengan sentuhan geletek. Pergerakan ini dapat membantu melancarkan aliran susu.
😊Cubalah..Xcuba xtaw kan.


Teknik Marmet @Perah Susu Guna Tangan


Langkah 1
Buat pegangan berbentuk C pada payudara anda dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1 inci ke 1 inci setengah dari aerola. Anggapkan ibu jari berada di pukul 12 dan 4 jari lagi berada di kedudukan pukul 6. Jarak ini adalah panduan kerana aerola ibu adalah berbeza.

Langkah 2
Tekan payudara dengan lembut ke arah dada. Jangan ubah posisi jari tadi.

Langkah 3
Tekan ke belakang & Picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah untuk menggalakkan susu keluar. Pastikan ibu mengenalpasti kilang susu yang ada berdekataan dengan areola tersebut. Picit bahagian itu dan ulang dengan pergerakan picit lepas beberapa kali.Ulang langkah tersebut hingga aliran susu berkurangan.

Langkah 4
Pindahkan posisi jari. Permulaan tadi ibu jari di jam 12. Sekarang pindahkan ibu jari ke kedudukan 11, 10, 9, 8, 7 manakala jari tengah dan telunjuk ke arah jam 5, 4, 3, 2, 1. Lakukan gerakan memerah ini seperti langkah 1-4 tadi. Lakukan sehingga dirasakan susu dapat diperah sepenuhnya dan tukar kepada payudara sebelahnya.Jangan lupa tadah susu perahan ke dalam bekas penyimpanan yang bersih.

Beralihlah ke payudara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara.

Keseluruhan prosedur ini mengambil Masa dalam tempoh 20 minit – 30 minit. Perah setiap sebelah payu dara antara 5 – 7 minit. Kemudian perah lagi setiap sebelah payudaa dalam 3 – 5 minit. Dan ulangi semua rutin urutan dan di akhiri dengan sesi pemerahan antara 2 – 3 minit bagi setiap sebelah payudara

Cuba praktikkannya, InsyaAllah membantu.Mula-mula agak sukar ,InsyaAllah lama kelamaan Alah bisa tegal biasa.😍

AWAS!ELAKKAN PERKARA INI..

⛔Jangan picit puting payudara. Ini akan menyebabkan lebam

⛔Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payudara

⛔ Jangan geselkan tangan anda ke payudara kerana boleh menyebabkan melecet

Apa yang penting jangan sesekali anda rasa stress atau anda cuba memaksa susu anda untuk keluar. Untuk percubaan pertama kali, mungkin akan kelihatan sukar dan penat.

Tapi kalau anda dah biasa, benda yang susah tentunya akan menjadi lebih mudah. Jika anda berada di hospital, minta tolong nurse ajarkan cara teknik marmet ni.

Saya dulu pun, masa mula buat..seksa gak. Tapi bila dah pandai, sekejap je susu dah penuh dalam botol.Alhamdulillah


Rasanya selepas ni rasa nak cuba tak? Jom cuba marmet macam best je kan? Tiada kos, mudah pulak tu.Terbaik..

Your Trusted SID,
Zue,0122622970

Saturday 8 April 2017

TIPS ATASI MORNING SICKNESS: JANGAN DIBIARKAN


Pernah dengar tentang morning sickness@pregnancy sickness?Siapa yang pernah mengalaminya sangat faham rasanya cabaran semasa mengandungkan😊.Begitu juga zue setiap Kali mengandung dengan pengalaman morning sickness ..Aduhai betul2 mencabar & seronok.Sebenarnya morning sickness tidak asing lagi di kalangan wanita hamil. Kebanyakan wanita hamil mengalaminya, namun dengan cara yang berbeza. Hari ini zue nak kongsikan info bagaimana menangani morning sickness.

Jom kenali tentang morning sickness@pregnancy sickness ni😊

Morning sickness atau pregnancy sickness merupakan perasaan mual yang disertai atau tanpa disertai muntah selama kehamilan.Morning sickness dapat terjadi setiap saat sepanjang hari terutama ketika perut dalam keadaan kosong. Jika rasa mual dan muntah berterusan sehingga keadaan mama semakin teruk, keadaan itu disebut hyperemesis gravidarum.

Simptom morning sickness Adalah seperti berikut:

😣rasa mual
😣kehilangan selera makan
😣muntah
😣efek psikologis : depresi, cemas

Punca  morning sickness.

Sehingga kini Punca sebenar morning sickness belum diketahui. Namun ada pendapat menyatakan perubahan fizikal semasa kehamilan menyebabkan overstimulasi pada kawalan neurologis mual dan muntah yang berada di otak. Perubahan tersebut juga menyebabkan peningkatan hormon HCG dan estrogen dalam darah pada trimester pertama, peregangan pada otot uterus, fluktuasi tekanan darah terutama pada saat tekanan darah menurun, relaksasi relatif pada otot saluran pencernaan (yang menyebabkan pencernaan kurang efektif) dan peningkatan jus gaster yang disebabkan perut kosong atau mengambil makanan yang salah.Walaupun namanya 'morning sickness', rasa loya ini boleh memberi kesan keada wanita hamil pada bila-bila masa dan tidak merujuk pada waktu pagi semata-mata. Biasanya keadaan ini berterusan hingga minggu ke-12 atau 14 kehamilan.


TIPS ATASI MORNING SICKNESS

👍Halia dapat membantu melegakan mabuk ibu hamil
👍Makan sedikit tapi kerap
👍Elakkan makanan berlemak, berminyak, berempah dan berasid
👍Cuba minum air di antara waktu makan
dapatkan rehat yang cukup
👍Hidu buah lemon
👍Elakkan terlalu kenyang atau terlalu lapar


Pengalaman zue boleh membezakan pengalaman morning sickness ketika Tiga kali kehamilan ini. Semasa kehamilan pertama&kedua, zue masih belum mengenali produk Shaklee Dan hanya bergantung harap kepada keadaan semasa (makan dan muntah, tidak boleh makan, tidak boleh bau tumisan dan ikam goreng, lesu, HB rendah akibat tidak makan dan kerap terasa hendak pitam).Namun begitu, semasa hamil Kali ke tiga zue mempunyai alternatif bersama produk Shaklee khas untuk wanita hamil yang mengalami morning sickness. Alhamdulillah zue boleh mengatasi masalah morning sickness tanpa perlu MC atau rasa mual yang melampau. Zue Masih boleh menjalankan tugas hakiki di tempat Kerja&rumah. Alhamdulillah syukur sangat ..😍


APA SHAKLEE BOLEH BANTU SEBENARNYA YA?


💖Ostematrix,💖
🌷membantu tidur lena sepanjang malam dan mudah bangun keesokan harinya
🌷menghilangkan lenguh dan bisa badan
🌷mengurangkan rasa sakit pinggang dan kejang kaki (cramp atau simpul biawak)
🌷melawaskan sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit

💖Peppermint Ginger Plus💖
🌷mengurangkan mual dan muntah
🌷membuang angin dalam badan,
🌷mengurangkan sakit gastrik
🌷melegakan senak perut
🌷menyamankan perut
🌷membantu proses penghadaman
🌷mengurangkan kesan mabuk

💖B-Complex💖
🌷dapat melegakan mabuk, loya dan pening
🌷membantu pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf
🌷terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk atasi kemurungan dan stress

💖ESP💖
🌷membekalkan tenaga segera.
🌷meningkatkan sistem imun diperlukan untuk pembentukan sel baru

Bestkan ada supplement yang Betul lebih2 lagi time morning sickness ni.syukur sangat membantu .Alhamdulillah

Oleh sebab itu,Supplement NATURAL adalah pilihan saya Dan baby Serta keluarga saya👍😊.Maka,Katakan TIDAK kepada

⛔Tidak kepada sintetik!
⛔Tidak kepada yang ada pewarna!
⛔Tidak kepada perisa tambahan!
⛔Tidak kepada supplement yang ADA Bahan bahaya!

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi zue. Insyaallah zue akan beri konsultasi mengenai supplement yg bukan sahaja akan disesuaikan dgn keperluan tubuh anda, malahan juga bajet anda! Menarik kan! Hubungi zue SEGERA!Jangan segan2


Your Trusted SID
Zue,0122622970

Friday 7 April 2017

TIPS MERAWAT SIMPUL BIAWAK@CRAMP@KEJANG KAKI

Assalammualaikum&Salam sejahtera😊

Pernah mengalami cramp@kejang kaki semasa mengandung?uihh..siapa yang pernah mengalaminya,tahulah macamna rasanya.kadang- kadang sampai menitis airmata.Ada yang panggil simpul biawak@ simpul mengkarung@kejang kaki@ Cramp.

Mengapa boleh menjadi kekejangan kaki Masa mengandung lebih2 lagi pada waktu malam?

Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menguji kesabaran apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis.InsyaAllah

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 

🌼Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.

🌼Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda.

🌼kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

🌼Pertambahan berat badan Semasa mengandung, banyak fungsi tubuh yang akan terpaksa bekerja keras untuk memastikan keseluruhan sistem badan berfungsi dengan baik. Antaranya ialah otot. Otot kaki menyokong pertambahan berat badan yang semakin meningkat dan akan memberi lebih beban dan tekanan. Akibatnya otot-otot kaki akan mengalami keletihan dan menegang. Kejang kaki adalah salah satu tanda otot sedang keletihan dan mengalami tekanan berterusan.

🌼Terlampau Banyak berdiri dan berjalan boleh menyebabkan otot kaki keletihan tambahan pula denagn pertambahan berat badan. 

Apakah Cara Untuk melegakan kesakitan ini?
Jangan risau ADA caranya apabila mengalami kejang kaki ini semasa kehamilan yang ini. Apabila kekejangan berlaku: 

👍Buat regangan.
Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. (Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.)
👍Urut otot yang kejang itu.
👍Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Tips Alternatif atasi Kejang Kaki@Cramp Semasa Mengandung

Antara Tips yang boleh dicuba😊:

💖Senaman regangan kaki.
(Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.)
💖Senaman tapak kaki.
(Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.)
💖Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
💖Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
💖Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
💖Minum banyak air.

Sumber:babycenter.com.my


CARA ALTERNATIF DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam magnesium Dan kalsium. Jadi cubalah Ostematrix Shaklee



Pengalaman sendiri, dari mengandung yang kedua memang amalkan set hamil, salah satunya Ostematrix yang terkandung dalam set hamil Shaklee. Alhamdulillah,memang sangat2 membantu untuk melegakan kekejangan sepanjang tempoh hamil, hingga la langsung tak kene kekejangan sehingga la hujung nak bersalin. 

Ada apa dengan Ostemarix ni?


💖Vitamin D – meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

💖Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos. 

💖Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis.

Testimoni best Ostematrix👍


Sehinggalah sekarang saya masih amalkan makan supplement ni,maklumlah Banyak berjalan dan alhamdulillah malam saya tidak ada lagi kejang kaki, siap boleh mimpi2 indah lagi.hihi.Alhamdulillah.

Jika anda juga berminat dan mahu rasakan malam tanpa gangguan kekejangan kaki, boleh la call/WhatsApp saya. Saya boleh share pengalaman dan sekaligus konsultasi berkaitan dengan vitamin secara esklusif.👍😊

Your Trusted SID
Zue,0122622970

Thursday 6 April 2017

ALTERNATIF RAWATAN HAND FOOT MOUTH DISEASE (HFMD)

Assalammualaikum& Salam Sejahtera😊

Baru-baru ini banyak kes HFMD didapati di negara kita kan.Anak jiran zue juga terkena tempias ditaskanya. Aduhai, Tahukah anda,APA ITU HFMD?

HFMD ini adalah singkatan bagi Hand, Foot and Mouth Disease (penyakit tangan, kaki dan mulut). Ia disebabkan oleh jangkitan Virus, iaitu coxsakievirus A16 yang termasuk dalam kumpulan Enterovirus. Sebenarnya jangkitan virus coxsakie ni boleh terkena kepada sesiapa sahaja, tetapi yang kebiasaannya adalah kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke bawah. Selalunya HFMD ni mudah berjangkit terutamanya apabila anak-anak berada di taska, sekolah ataupun taman permainan.


Nak Tahu?
HFMD ni tiada ubat yang spesifik untuknya. Kebiasaannya doktor akan bagi ubat-ubat sapu untuk ruam, ubat demam, ubat ulser sekiranya ada ulser di dalam mulut atau lain-lain untuk membantu Dan mengurangkan simptom pesakit. 

Kebiasaannya HFMD ini akan mengambil masa sehingga seminggu untuk sembuh dengan sendirinya disebabkan ia dari virus, InsyaAllah individu mengalaminya akan membina immuniti terhadap virus tu dan akan beransur sembuh. Oleh itu,apa yang perlu kita lakukan adalah membantu meningkatkan imun sistem anak kita untuk melawan virus tersebut di samping kuarantinkannya supaya tidak berjangkit dengan kanak-kanak lain


Apa itu Virus HFMD?

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. 

HFMD adalah sejenis wabak dan ia berlaku pada sepanjang tahun. Pada 11 Ogos 2016 yang lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia baru sahaja mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai status terkini wabak HFMD ini di Malaysia.

Sumber

: http://www.moh.gov.my

: https://kpkesihatan.com/2016/08/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-ogos-2016-situasi-semasa-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia/


Simptom-simptom HFMD

😰Demam

😰Sakit dalam mulut

😰Ruam seperti melepuh (blisters) di tapak tangan dan kaki

😰Sakit tekak

😰Kurang selera makan


Bagaimana HFMD ini menular?

HFMD ni sangat mudah berjangkit taw.Ianya boleh berjangkit melalui sentuhan dengan hidung dan tekak ataupun daripada najis orang yang dijangkiti selalunya. Waktu yang perlu dikuarantinkan adalah 3-7 hari sebelum simptom keluar selepas bersentuhan dengan orang yang dijangkiti.


Langkah Pencegahan Mengelak HFMD

Apa yang paling penting adalah menjaga kebersihan:

👍Tutup mulut dan hidung apabila anda batuk atau bersin
👍Basuh barang permainan anak secara kerap dengan air panas yang bersabun, terutamanya apabila bersentuhan dengan air liur
👍Mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
👍Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
👍Elakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
👍Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
👍Kuarantin anak, jauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Cara Rawatan Semulajadi HFMD

Oleh kerana HFMD ini adalah jangkitan virus, maka apa yang perlu kita lakukan adalah tingkatkan imun sistem anak kita untuk melawan virus tersebut.Antaranya;

👍Epsom Salt
Gunakan air rendaman epsom salt ini untuk dibuat mandi menurunkan sigh panas

👍Sup Tulang/ayam
Hidangkan anak dengan sup rebusan tulang/ ayam dengan campuran makanan antiviral contohnya bawang putih yang banyak.

👍Perbanyakkan makanan antiviral
Peppermint, bawang putih, bawang merah, kunyit, habbatussauda juga adalah antara antivirus

👍VCO( Minyak Kelapa Dara)
Sapukan pada jangkitan kulit. Minyak kelapa dara itu juga boleh dibuat minum

👍Rebus pakaian dan mainan
Pakaian dan mainan anak-anak hendaklah direbus bagi mematikan sebarang virus dan bakteria yang ada

👍Cuci lantai rumah
Cuci lantai rumah dengan dettol ataupun campuran cuka epal dan tea tree oil

👍Pengambilan makanan yang kaya Vitamin C&Perbanyakkan air
Beri anak makan makanan yang kaya dengan Vitamin C Dan berikan anak minum air yang banyak.Tembikai adalah yang paling baik diberikan pada anak kerana selain membekalkan serat, cecair, manis ia juga bersifat menyejukkan mulut anak anda. Kalau ada kesempatan boleh beri homemade ice-cream,agar2 Dan jus daripada jus buahan segar, kurma ataupun apa sahaja tanpa gula untuk memberi kelegaan kepada mulut anak yang tengah berbisa (ini boleh dilakukan jika anak tidak alah pada makanan sejuk).Kalau boleh bukan berikan aiskrim biasa yang dijual dikedai tu ye, itu banyak sangat gula, gula adalah makanan untuk virus, nanti virus semakin kuat, anak semakin lemah.

👍Air Kelapa dan air barli
Air kelapa dan barli adalah antara antivirus semulajadi

👍Madu dan jus delima
Berikan anak madu dan jus delima kerana ia adalah antara remedi untuk ulser mulut

👍Elakkan makanan berminyak&masam
Elakkan makanan yang berminyak dan berempah kerana menambah rengsa dan berasa panas pada kesan melepuh dalam mulut mereka dan Elakkan minuman dan makanan yang masam kerana membuatkan rasa pedih pada kesan melepuh dalam mulut anak anda. 

👍Pastikan kawasan yang Luka Dan melepuh lembap.
Anda boleh sapukan Krim atau melegakannya denga petua-petua lama seperti bedak sejuk diicampur dengan daun bambu hancur atau bedak sejuk dicampur aloe vera

👍Kawal Suhu Panas
Buka semua baju dan seluar, tinggalkan pampers atau cloth diapers atau memadai seluar pendek@ baju yang tipis supaya suhu badan anak terkawal. Biasanya demam biasa akan berlarutan ke beberapa hari hingga semua bintik-bintik dalam mulut pecah.

Shaklee Membantu Merawat HFMD?BETULKAH?InsyaAllah😊..Supplement Shaklee Adalah daripada bahan semulajadi sesuai digunakan untuk kanak-kanak Dan seisi keluarga.

Antara supplement yang dicadangkan untuk HFMD ialah:


💖Nutriferon 💖 untuk kuatkan sistem imun badan di samping mengaktifkan interferon badan. Interferon merupakan protein yang dilepaskan dalam badan kita untuk mengekang replikasi virus di dalam badan. 

💖Meal Shakes💖 adalah multivitamin dan mineral dalam bentuk serbuk yang membantu lengkapkan nutrisi anak yang tak lalu nak makan. Kita boleh memberikan Meal Shakes ini untuk memberikan anak tenaga dan nutrien pada waktu anak tak mampu nak makan dengan sempurna kerana susahnya nak menelan.

💖Herbal Blend Cream💖 untuk kegunaan luaran pada blisters di kaki, tangan dan sekitar mulut bahagian luar. Krim ni bagus untuk kurangkan kegatalan dan rasanya sejuk-sejuk berangin yang boleh bantu anak kurangkan menggaru dan menyebabkan ruam lebih teruk.

Testimoni,



Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda tentang penyakit HFMD. Gembira dapat membantu.Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya:

Your Trusted SID,
Zue
0122622970
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page