Saturday 18 March 2017

JOM KENAL SIMPTOM PENYAKIT DEMAM CAMPAK /MEASLE/RUBEOLA

Semalam ada menziarah anak sahabat di hospital kerana mengalami demam campak@ measle@Rubeola.Bila tengok anak2 mengalaminya runtun perasaan ibubapa ni kan.Apapun ibu@ ayah Kena Sabar & positif membantu merawat anak taw.Tabah ya Dan Jangan putus ASAP InsyaAllah Allah sentiasa mudahkan Kita Dan beri yang terbaik. Zue sentiasa doakan kalian yang terbaik😊


JOM KENAL APA ITU demam campak/Measle/Rubella?

Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.


Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

😖Demam tinggi
😖Batuk, selsema dan sakit tekak
😖 Mata berair dan sensitif kepada cahaya
😖Sakit otot dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.


Betulkah Bila demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

Tidak. 😊
Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Komplikasi demam campak pada kanak-kanak?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna.InsyaAllah.Namun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

😖Jangkitan pada telinga
😖Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
😖 Jangkitan pada otak (encephalitis)
😖 Cirit birit Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
😖Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Tahukah anda?
Setakat ini, Tiada rawatan yang spesifik untuk demam campak cuma rawatan diberikan untuk mengurangkan gejala seperti:

😊Panadol untuk mengurangkan demam
😊 Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
😊Berehat dan minum air yang cukup. Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
😊 Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?

InsyaAllah Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

Antara tips dan petua untuk demam campak

👍💖Daun semambu di alaskan atas tempat tidur until menghilangkan miang. Lagi bagus kalau anak terus baring atas daun. Kalau anak taknak, boleh alaskan kain batik di atas daun semambu yang dah letak atas tilam tu. Mandi air daun semambu juga.

💖👍Gunakan oat yang makan tu boleh di kisar. Lepas tu masukkan oat yang di kisar ( tak perlu terlalu lumat) masukkan dalam stokin atau uncang kain dan gosok-gosok pada badan untuk hilangkan miang badan. Boleh juga mandi oat yang tak perlu bilas dan tak perlu sabun. Just masukkan uncang oat dalam air dan biar dalam rendam 10-15minit dan mandikan baby.Tapi sebelum itu kena pastikan anak kita tak alah pada oat ye..

💖👍Minum dan mandi air kelapa muda yang freash!

💖👍Petua orang dulu kalau boleh elakkan tumis menumis dalam rumah yang ada pesakit demam campak. Sebab di khuatiri rasa gatal dan miang pada badan semakin menjadi-jadi.

💖👍Jangan biarkan anak berpeluh. Duduk dalam bilik yang berkipas @beraircond@pengaliran udara yang Baik untuk mengurangkan gatal & memberi keselesaan

💖👍Ada juga petua tumbuk daun semambu bersama kunyit hidup dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapu serta lumurkan ke seluruh badan anak. Ini boleh mengelakkan miang gatal dan juga elak parut.

💖👍Jangan bagi anak kita yang kena campak makanan bergoreng kalau boleh yang rebus-rebus@sup sahaja sebab orang tua2 kata Risau parut kekal pada muka, badan.Wallahualam

Ini adalah antara tips serta petua yang zue jumpa. Kalau ada tips-tips serta petua yang lain, boleh kongsi di ruangan komen. Jasa anda di hargai dan ramai dapat berkongsi tips serta petua anda. 

RAWATAN ALTERNATIF DENGAN SHAKLEE UNTUK DENGAN SHAKLEE

Kali ni saya nak kongsi tips meredakan demam campak secara alternative melalui vitamin Shaklee.Customer saya ni hanya menggunakan produk luaran Shaklee iaitu 

🌷HerbalBlend
🌷BasicH

💖Herbal Blend💖

Krim serba guna tanpa sebarang bahan kimia atau bahan terlarang yang boleh memudaratkan. yang terdiri dari bahan semula jadi yang boleh digunakan seawal mungkin. Hanya sapukan sahaja krim Herbal Blend ke kawasan yang naik demam campak. Ianya akan mengeringkan campak dan membuatkan campak cepat pulih.

💖Basic H💖

Basic H adalah pencuci serbaguna yang boleh digunakan seisi rumah. Kalau diikutkan memang tiada dinyatakan di botol tentang penggunaan untuk demam. Namun jangan risau sebab Basic H ini selamat digunakan disebabkan ianya hanya terdiri dari sumber kelapa dan jagung sahaja.

Basic H ini selamat digunakan sebagai mandian. Hanya titiskan ke dalam mandian anak 3-4 titis. Ianya insyaAllah akan menurunkan suhu badan anak yang tengah demam.

 

🍁🌷Vitamin untuk Demam Campak🍁🌷

Jika ada budget lebih baik jika di makan vitamin dari dalam. Vitamin dari dalam akan membantu adalah Vitamin C dan Nutriferon yang akan meningkatkan sistem imun badan.

 
💖Nutriferon 💖

Badan kita mempunyai suatu yang dipanggil sebagai interferon. Ia merupakan suatu protein semulajadi yang mencetuskan sistem imun badan untuk menyerang mikrob penceroboh dan merangsang keupayaan sistem daya tahan badan untuk melancarkan suatu gerak balas imun.

Pengeluaran interferon dalam badan kini boleh dirangsang secara semulajadi pada individu yang sihat melalui tambahan diet baru yang dipanggil Nutriferon.

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti dan adakalanya ia breakdown. Apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita terganggu? Sistem imun kita boleh terganggu oleh perubahan cuaca dan iklim. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress. Apa lagi kalau makan benda2 merapu.

Dalam keadaan terkini dengan wabak difteria dan measles yang melanda, sistem imun kita perlulah diletakkan dalam keadaan paling mantap untuk melindungi tubuh daripada serangan penyakit. Mereka yang menghadapi masalah antibodi lemah, mudah sakit dan sakit yang lambat sembuh sangat digalakkan untuk mengambil nutriferon.

 

💖Vitamin C Shaklee💖

Vitamin C ini dapat meningkatkan sistem imun tubuh badan. Ianya juga tidak mempunyai sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan. 1 biji chewable vitamin c bersamaan dengan 1 1/2 biji oren, iaitu 100mg dalam 1 tablet.

Tablet chew vitamin c, lebih kecil berbanding sustained citamin c, sangat mudah dihisap, kunyah..mahupun ditelan.
Manfaat yang utama untuk penggemar chew vitamin c & sustained vitamin c ini, adalah mereka jauh berisiko dari serangan selsema, batuk, demam dan juga sangat sangat bagus untuk yang kena demam campak

💖OMEGA GUARD💖
Minyak ikan terbaik mengandungi DHA dan EPA yang dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Kombinasi Omegaguard dan vitamin C Chewable berupaya meningkatkan tahap imun anak-anak.

Walaupun tiada rawatan khas untuk demam campak ini. Buat masa ini langkah pencegahan yang diambil ialah dengan mengambil suntikan pelalian dan juga mengenalpasti simptom demam campak untuk mencegah sebarang komplikasi k.
👍😊.Malah Ibubapa atau pesakit boleh menggubakan rawatan alternatif yang boleh diambil adalah dengan mencuba supplemen semulajadi Shaklee untuk atasi demam campak ini.

Produk Shaklee ini sangat ‘superb’ kerana ianya selamat, semulajadi dan berkesan. Paling penting ianya mendapatkan pengiktirafan HALAL oleh badan yang diperakui JAKIM dan juga mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).InsyaAllah kita mencuba,Dan Allah mengizinkan kesembuhan.Sesungguhnya setiap penyakit ADA penawarnya...

Your Trusted SID,
Zue,0122622970







No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page