Wednesday 27 July 2016

VIVIX Dan PENYAKIT BELL'S PALSY

Teks:hannahrayyan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,Apa khabar hari ni?diharap pembaca blog hannahrayyan sentiasa dalam keadaan sihat dan gembira bersama mereka disayangi.Didoakan semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat semua pembaca hannahrayyanshope  😊.
      Pernah dengar tentang penyakit bell's palsy ?Hari ini,sy nak berkongsi cerita tentang penyakit Bell's Palsy Lumpuh Saraf/Otot Muka.

     Bell’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.DigelarNamun jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia dipanggil Bell’s palsy kerana kelumpuhan ini berlaku tiada punca sebab yang diketahui. Nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).Biasanya, ia berlaku secara tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.Bell’s palsy menyerang secara rawak di kalangan mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stres. Malah, ada juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak namun peratusannya sangat rendah.

🐞PUNCA BELL'S PALSY

Penyebab dari Bell's Palsy belum diketahui secara pasti, nemun beberapa sumber menyebut bahawa penyebab Bell's Palsy adalah proses keradangan saraf yang mengawal otot-otot di muka. Ada pula yang berkata bahawa penyakit saraf ini merupakan dari jangkitan virus. 

Selain itu, beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil

🐞Gejala Bell's Palsy ?

Sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.

Bell’s palsy dikenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan :

🌻Mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, 

🌻Senyuman dan pergerakan bibir terganggu, 

🌻Lidah mengeras, 

🌻Kening juga seperti berkerut dan terangkat,

 🌻Air liur meleleh 

🌻Hdung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.

🌻 Kesukaran ketika makan dan minum

🌻Kelopak mata atau sudut mulut yang lemah

🌻 Mata atau mulut yang kering

🌻 Rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke sebelah satu lagi

🌻Kelumpuhan muka pada satu bahagian yang menyukarkan untuk menutup satu mata

🌻 Sakit kepala

🌻 Kehilangan deria rasa

🌻Sakit di belakang atau di depan telinga

🌻 Kepekaan kepada bunyi terjejas pada bahagian yang terkena penyakit dan Rasa lemah di muka

Tips  yang boleh diamalkan Untuk Pesakit Bell’s Palsy;

🌼Anda boleh tuamkan bahagian yang terjejas sebanyak 2 ke 3 kali sehari.

🌼Jangan mendedahkan diri di kawasan yang mempunyai suhu yang terlampau sejuk.

🌼Dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang urutan muka kerana bimbang akan memburukkan lagi keadaan.

🌼 Hentikan  pengambilan minuman yang sejuk atau berais.

🌼Sekiranya ingin menggunakan cecair mata, dapatkan preskripsi dari doktor yang bertauliah. 

🌼Untuk sementara waktu ambil diet yang lembut seperti yogurt, puding, kentang lenyek, sup dan sayur-sayuran lembut untuk mengelakkan tercekik

🌼Tingkatkan pengmbilan makanan yang kaya dengan vitamin B12, vitamin B6 dan zink kerana ia akan menggalakkan pemulihan dan pertumbuhan saraf. Makanan tinggi vitamin B12 termasuk keju, makanan laut, telur dan susu. Sumber vitamin B6 termasuk bayam, lada, tuna, kembang kol, pisang dan brokoli.

🌼Cuba dapatkan informasi sepenuhnya tentang Bell’s Palsy supaya anda akan lebih tenang dan sabar dalam mengharungi cabaran ini. Jika pasangan anda menghadapi masalah ini, sabarlah dengan kerenahnya dan selalulah berada di samping mereka untuk memberi semangat.

🐞RAWATAN

Pesakit dinasihatkan mendapatkan rawatan awal dalam masa 48 jam selepas serangan berlaku bagi memudahkan proses pemulihan.Hampir 50% pesakit boleh pulih dalam masa 2 hingga 3 minggu malah ada yang menunjukkan pemulihan dalam tempoh 10 hari tanpa sebarang rawatan khusus.Sementara itu, 35 hingga 40% mengambil masa lebih kurang setahun untuk pulih dan hanya 5% yang tidak pulih sepenuhnya di mana wajah mereka kekal menunjukkan mengalami Bell’s palsy.

Ubat Steroid

Doktor biasanya akan memberi pesakit ubat steroid (kortikosteroid) dengan dos yang tinggi pada peringkat awal serangan selama 2 minggu. Ia akan berkurangan sehinggalah pesakit menunjukkan penyembuhan yang positif

Pembedahan

Bagi masalah Bell’s palsy yang berlanjutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu. Pelbagai teknik pembedahan dikenalpasti membantu masalah ini. Antaranya pembedahan memperbetulkan tulang yang terjejas dan pembedahan mengembalikan senyuman (smile surgery).

Perlindungan mata

Pesakit disarankan melindungi mata mereka daripada terdedah dengan memakai pelindung dan menitis ubat cecair bagi mengelak matamenjadi kering akibat kesukaran mengerdip mata.

Rawatan fisioterapi

Rawatan fisioterapi dilakukan kepada pesakit bagi membantu menguatkan otot terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat. Jenis-jenis fisioterapi yang biasa diberi adalah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik

  Perkara diatas merupakan diantara penyelesaian rawatan penyembuhan Bell’s Palsy. Seperti yang sedia maklum,penyakit ini mengambil masa untuk sembuh seperti sediakala. Tetapi, kenapa perlu tunggu sekiranya anda boleh ambil Vivix Shaklee untuk sembuh lebih cepat. 

🐞KENAPA VIViX?🐞

  Supplemen terbaik dalam Shaklee. Supplemen yang wajib diambil dan disyorkan untuk pesakit Bell’s Palsy segera sembuh.

Vivix merupakan minuman kesihatan yang terhasil daripada anggur muscadine, elderberi dan purple carrot. 

Antara kandungan Vivix anggur muscadine iaitu anggur liar yang mempunyai 20 kromosom (anggur biasa 19 kromosom). Oleh kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksidan terbaik. Anggur ini mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf, dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratro

Kombinasi semulajadi ini menghasilkan satu supplemen terbaik dan lengkap untuk membantu memulihara DNA yang sering terdedah kepada serangan radikal bebas.

Ia membantu mempertingkat antibodi dan mempercepat proses penyembuhan Bell’s Palsy.

Ia bukan sahaja untuk penyembuhan penyakit malah kaya dengan pelbagai khasiat lain

Ramai pengguna Vivix telah menunjukkan bukti bahawa Vivix banyak membantu pemulihan pesakit bell's palsy.(insyaAllah)Jadi tak perlu ragu lagi dengan khasiat dan kebaikan Vivix Shaklee. Vivix Shaklee juga telah melalui ujian klinikal yang ketat oleh pakar dan saintis Shaklee.Dan lagi BEST, Vivix hanya EKSKLUSIF daripada Shaklee!

    Apapun yang penting kita berusaha dan berikhtiar untuk memperolehi kesihatan yang terbaik serta jangan lupa berdoa  bertawakal untuk memperolehi kebahagian dan rahmat dariNya..😉😊

Sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui tentang produk shaklee,bolehlah menghubungi atau wa saya:

Zue
0122622970
SID 1126208


No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page