Tuesday 4 April 2017

ANAK BATUK & SELSEMA,TIPS RAWAT TANPA UBATAN

Assalammualaikum&Salam Sejahtera😊

Apa Khabar anak2 Dan sahabat semua?Harap semuanya dalam keadaan sihat Dan baik.Cuaca yang xmenentu sekarang mudah mengundang serangan batuk dan selsema terutama pada anak2 si comel Kita.Apa yang diperlu buat untuk membantu proses penyembuhan?

Bagi zue,apa yang perlu kita fahami kebanyakan jangkitan batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan jangkitan kuman virus bukannya jangkitan kuman bakteria. 


Jenis & ciri-ciri Batuk:

1) Batuk tak berkahak
rasa kering, gatal/perit kat tekakrasa gatal yg kering di tekak mengakibatkan batuk yg mengganggu tanpa mengeluarkan kahak/dry cough/irritative coughbiasanyer disebabkan jangkitan virus or tindak balas akibat alahan dan biasanyer pulih sendiri


2) Batuk dr dada dan berkahak/chesty cough 
batuk dr dada dan mengeluarkan kahak menandakan jangkitan dlm paru2 misalnyer bronchitis and pneunomia.kahak berwarna hijau, kuning spt karat. Kekadang ada darah dlm kahak(hemoptisis) merupakan tanda penyakit yg serious.


3) Batuk dari dada tapi tak berkahak
batuk dr dada tak mengeluarkan kahakmenandakan kesesakan dlm paru2



Sifat2 kahak & tandanya:

1)putih dan jernih/lebih cair
tidak menunjukkan sebarang penyakit

2)putih, berbuih dan byk
terdpt pada pesakit bronkitis kronik dan mrk yg merokok

3)hijau, coklat or kuning
jangkitan dlm paru2 seperti bronkitis, pneunomia or jangkitan dlm saluran penafasan

4)kahak berdarah
menandakan penyakit dlm paru2(karsinoma/cacinoma, batuk kering/tuberculosis, embolisme paru2/pulmonary embolism dll)

Tahukah anda?
kesan ubat ataupun antibiotik kepada anak? Perlukah kita memberi kerapkali ubatan mahupun antibiotik.

Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa ubat-ubat batuk dan selsema sebenarnya tidak berkesan untuk mengubati gejala-gejala bagi golongan kanak-kanak.

Malah lebih merisaukan, telah terbukti ubat-ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi. 

Ubat batuk dan selsema selalaunya mengandungi antihistamine (seperti actifed) yang tidak digalakkan diberikan kepada kanak-kanak enam tahun kebawah dan sangat tidak digalakkan untuk kanak-kanak dua tahun kebawah. Begitu juga ubat yang mengandungi seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan.Jika diberi terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, kanak-kanak ini boleh berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.

Menurut FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun; kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.

Dan Tahukah sahabat?
Sekiranya ubat juga digalakkan,begitu juga dengan rawatan antibiotik yang sebenarnya hanya berkesan untuk jangkitan bakteria sahaja. Sekiranya demam selsema dan batuk itu tidak serius, antibiotik tidak akan merawatinya ataupun mengurangkan tempoh jangkitan tersebut.

Pengambilan antibiotik dengan tidak betul (tidak diperlukan, antibiotik yang salah, atau tidak mengikut sukatan, kekerapan atau tempoh rawatan) boleh memudaratkan keadaan dengan dua keadaan :

1. Menyebabkan kemunculan kuman bakteria yang rintang terhadap antibiotik (antibiotic resistant bacteria)
-kuman bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan yang jauh lebih bahaya yang tidak dapat dirawati serta boleh meragut nyawa Dan merebak pada orang lain.

2. Superbug : Badan manusia (terutama kulit, saluran pernafasan &usus)  mempunyai kuman baik yang membantu melawan kuman asing yang menyebabkan jangkitan. Antibiotik bukan sahaja boleh membunuh kuman bakteria yang bahaya, tetapi ia juga boleh menyebabkan kemunculan superbug atau menghapuskan kuman baik dalam badan.

Kesimpulannya,antibiotik penting untuk menghapuskan jangkitan kuman bakteria bukan untuk kuman virus.



APA perlu dibuat ya untuk menghilangkan selsema &batuk?😎

ANTARA TIPS rawatan yang boleh diamalkan adalah:


🌼Campurkan sedikit madu dan minyak habatus sauda, dan bagi pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. (2 titik minyak dah cukup)
🌼Beri air suam campur dengan lemon dan madu (membantu melonggarkan kahak)
🌼Buka shower air panas, dan duduk di dalam bilik air tu. Lagi ok kalau letakkan vicks dalam baldi berisi air panas dan biar ia meruap. Sama-samala sedut wap panas + vicks tu untuk melonggarkan kahak.

🌼Teknik percussion boleh dibuat masa di dalam billik air dengan wap panas. atu lagi teknik, pakai bawang putih. Teknik dia boleh belajar kat sini: http://zuarcity.blogspot.com/2013/10/rawatan-stim-teknik-percussion-untuk.html 
🌼Chest Physical Therapy (CPT) sumber:

Fairview.org
Guna teknik percussion atau bawang putih untuk longgarkan kahak. Teknik rujuk kat link atas. (Pastikan berhati-hati apabila guna bawang pitih sebab dia agak panas)
🌼Sekiranya anak bawah 1 tahun Dan Masih breastfeed,Ibunya perlu mengambil pemakanan yang sihat antaranya minum madu,mengambil pemakanan tinggi vitamin C dan kerapkan bagi susu ibu pada baby, dan mohon doa semoga kebaikkan makanan yang diambil sampai pada bayi
🌼Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.
🌼Teh limau madu yang suam
Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.
🌼Pengambilan cecair yang lebih seperti
Susu ibu, air suam, sup prebiotik atau sup ayam
🌼Rehat yang mencukupi
🌼Elakkan pengambilan gula putih ketika diserang selsema batuk kerana GULA adalah MAKANAN VIRUS dan BAKTERIA yang boleh menyebabkan virus atau bakteria lebih aktif dan membiak..
🌼 KUNYIT boleh ditumbuk sedikit kemudian airnya disapukan di batang hidung .
🌼BAWANG PUTIH :
Selsema atau batuk kebiasaannya berlaku disebabkan virus,  memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan lainnya akan membantu selain buat minyak bawang putih untuk sapu pada dada anak


NUTRISI SHAKLEE MEMBANTU MENINGKATKAN SISTEM IMUN

Apabila selalu sangat batuk&selsema itu menandakan sistem imun agak rendah.Oleh itu penggunaan supplement Shaklee untuk membantu meningkatkan sistem imun sangat disarankan.Antara yang dicadangkan ialah :

💖Nutriferon💖
Pengambilan supplement yang meningkatkan antivaral protein iaitu interferon . Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut ‘membiak’ dalam tubuh kita. Nutriferon mengandungi nteferon semulajadi di dunia yang HANYA dipaten oleh Shaklee dan TIDAK dijual di kedai2 biasa. 

💖VITAMIN C💖

vitamin antioksida seperti vitamin C yang dapat membantu melawan jangkitan serta meningkatkan sistem imuniti tubuh .

💖OMEGA GUARD💖
Omega Guard mengandungi Vitamin D Dan kandungan Omega 3 yang kaya dengan kebaikan dimana ianya dapat mencegah asma dan alahan (termasuk alahan kulit).

💖MEAL SHAKE💖
Mealshake menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang  terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya


sumber: 

1. doktorbudak.com. 

2.drzubaidi.com

Testimoni

Assalamualaikum. Saya mengenali produk Shaklee kerana SET BERPANTANG semasa berpantang anak sulong, Muhammad Yusuff dan anak kedua juga masih setia dengan Set Berpantang Shaklee. Alhamdulillah, sangat bagus dan berkesan bagi saya.

Apabila anak-anak membesar, diuji dengan kesihatan yang tidak mengizinkan. Bermulanya asthma anak sulong dan pelbagai rawatan telah dicuba. Tetapi asthma masih berulang. Beliau juga kerap selsema dan batuk. Sehinggalah,saya memberikannya SET KANAK-KANAK SHAKLEE. 

Alhamdulillah, nampak perubahannya apabila masalah asthma dah hilang. Cuma kadangkala selsema bertandang dan cepat hilang apabila diberi Omega Guard dan Chewable Vitamin C. 

Kini anak sulong sudah berusia 3 tahun dan Yusuff sentiasa aktif. Tapi, ada satu masalah yang dialami Yusuff iaitu tonsil dan kerap demam. Pernah jumpa doktor dan disahkan tonsil tahap 2. Kata doktor, tonsil mungkin akan ganggu aktiviti seharian beliau dan buatkan beliau lemah dan tidak aktif.

Selepas itu,saya nekad berikan Yusuff 3 biji Chewable Vitamin C sehari dan juga berikan Nurtiferon 3 kali seminggu. Tidak lupa juga Omega Guard setiap hari & juga Mealshakes. Alhamdulillah, sudah 2 bulan tidak demam dan aktif macam biasa. 

Anak kedua saya, Muhammad Hud berusia 8 bulan juga mudah selsema dan batuk. Semasa berusia 5 bulan, Hud kerap demam, selsema dan batuk. Apabila usia Hud 7 bulan,saya berikannya Omega Guard, Chewable Vitamin C & juga secubit Nutriferon, Alhamdulillah, sehingga sekarang (11.6.2016 nanti usia 9 bulan) beliau dah tak demam seperti dulu.

Syukur alhamdulillah. Dengan pengambilan makanan tambahan untuk anak-anak, kesihatan mereka dari hari ke hari semakin baik. Mereka cepat belajar dan cepat memahami. Sebagai ibu, kesihatan anak-anak sangat penting dan kini, saya dah tak risau lagi.

InsyaAllah,pemilihan Supplement yang Baik dapat membantu menaikkan sistem imun tubuh diri sendiri Dan yang tersayang disamping mencuba tips2 yang bersesuaian..Pada ibu ayah,Jangan risau Dan bimbang Bila Anak xsihat..Positif Dan Cari Ikhtiar untuk membantu penyembuhan ya kerana setiap penyakit ITU ada ubatnya😊

Your Trusted SID,
Zue,0122622970

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page