Wednesday, 5 April 2017

DEMAM DENGGI : PEMBUNUH SENYAP JIKA DIBIARKAN

Assalammualaikum&Salam Sejahtera😊

Memandangkan Banyak kes demam denggi sekarang ni.Zue rasa nak berkongsi tentang Penyakit Demam Denggi ni sebab Rasanya semua orang perlu tahu untuk menyebarkan maklumat bagi mengurangkan penyakit demam denggi  yang semakin meningkatkan di Negara Kita.😞 Jika demam denggi dibiarkan ianya boleh membawa MAUT.


Jom kenali penyakit Demam Denggi..


Demam denggi ialah penyakit bawaan vektor, dibawa oleh dua jenis nyamuk, Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Ia disebabkan oleh virus dengan 4 serotaip tersendiri, DENV-1 ke 4.
Demam denggi juga adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya sekiranya tidak mendapat rawatan awal Dan Segera.
Sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini.

Waspada ! Kerana Demam.Denggi 
Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes. 


Antara tanda-tanda Demam Denggi ialah:


😰Demam kuat yang mengejut dan berterusan
😰Bintik merah pada kulit
😰Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
😰Berdarah pada badan, hidung dan mulut
😰Hilang selera makan
😰Muntah-muntah
😰Sakit perut
😰rasa pahit pada lidah
😰lemah dan tidak bermaya


Komplikasi demam denggi

Denggi berdarah
Sekiranya jika berlaku kepada kanak-kanak dalam linkungan 2 dan 13 tahun ianya boleh membawa Maut
Pada tahap awal gejala dihadapi sama dengan demam denggi klasikal diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, pendarahan gusi, berak dan kencing berdarah. Yang paling teruk pendarahan dalam otak yang boleh menyebabkan sawan dan tidak sedarkan diri.

Sindrom renjatan denggi
Kes yang serius di mana keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat.
Kulit pesakit menjadi sejuk, lebam dan padat dengan darah terkumpul, bibir yang kebiruan seterusnya melarat ke tahap renjatan yang kritikal.Renjatan dicirikan oleh tekanan darah menurun dengan tidak normal, nadi yang cepat tetapi lemah, badan yang sejuk, penghasilan air kencing kurang dan pesakit berasa tidak selesa. Pesakit boleh menemui kematian dalam masa 12-24 jam jika tidak dirawat dengan betul, sebaliknya akan sembuh seperti sedia kala jika penghidratan dimulakan secepat mungkin dengan cara yang sepatutnya. 



RAWATAN DEMAM DENGGI

Sehingga Hari in, tiada rawatan khusus untuk mengubat demam denggi melainkan dengan merawat simptom yang dihadapi. Yang paling utama ialah merawat Dan mengurangkan dehidrasi akibat demam panas, kurang selera makan dan muntah. Jika pesakit boleh minum dan makan, dinasihatkan minum air dengan lebih banyak, manakala bantuan air ke dalam salur darah jika pesakit tidak mampu.

Antipyrexia @ ubat demam diberikan sekiranya pesakit masih demam dan ubat tahan muntah jika pesakit mengalami muntah berterusan.

Manakala bagi demam denggi berdarah, pengawasan rapi harus dilakukan untuk mengelakkan terjadinya sawan.

TIPS PENCEGAHAN


👍Lindungi diri anda daripada digigit nyamuk.Pakai baju berlengan panjang & seluar panjang untuk melindungi kulit dari digigit nyamuk. Pasang jaring pada tingkap untuk elakkan nyamuk masuk dalam rumah.

👍Elakkan melawat kawasan berisiko tinggi pada waktu puncak nyamuk berkeliaran
Waktu puncak nyamuk Aedes mencari makan ialah awal pagi dan waktu senja, jadi elakkan berada di kawasan berisiko pada  kedua-dua waktu ini.

👍Musnahkan tempat pembiakan nyamuk
Antara yang anda boleh lakukan ialah:
🍁🌷Tutup dengan rapat bekas simpanan air seperti baldi, bejana dan tong-tong air atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik

🍁🌷Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu

🍁🌷Buang air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu

🍁🌷Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun kayu atau sampah-sarap yang menyekat aliran air.

🍁🌷Bersihkan persekitaran rumah anda. Buang semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan buang dalam tong sampah tertutup.

👍Hapuskan nyamuk Aedes dewasa
Menggunakan penyembur serangga  untuk  atau menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan diri dan keluarga digigit nyamuk.


PERANGI&HAPUS DENGGI,Sayangi Diri Dan Keluarga Anda..

Your Trusted SID,
Zue,0122622970

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page