Tuesday 11 April 2017

JOM AMBIL TAHU,Teknik Marmet Atau Perah Susu Guna Tangan Dengan Mudah

Assalamualaikum&Salam Sejahtera😊

Hari ni.zue nak kongsikan tentang Teknik Marmet Atau Perah Susu Guna Tangan Dengan Mudah.Maklumlah Baru dapat ilmu penyusuan ini,bagus sekiranya kongsi & sebar2 kan ilmu ni untuk manfaat semua😊


KEBAIKAN Teknik Marmet @Perah Susu Guna Tangan

😍Dapat jimatkan kos taw & Murah je hanya guna tangan. 👍Tak perlu beli pam yang mahal dan Kos yang hampir kosong.Malah dikatakan hasil perahan lebih baik kerana adanya sentuhan kulit ke kulit berbanding dengan sentuhan mesin.👍😊Boleh dilakukan di mana-mana sahaja walau tiada bekalan bateri atau elektrik.Best kan best?

TIPS Mengalakkan Pengeluaran Air Susu

💖Urut saluran susu dengan kesemua jari ke arah dada dengan pergerakan lembut. 💖Lakukan dalam gerakan memutar.
💖Tumpukan pada satu tempat saluran susu beberapa saat dan beralih ke tempat yang lain.
💖Usap payudara dari atas hingga ke puting dengan sentuhan geletek. Pergerakan ini dapat membantu melancarkan aliran susu.
😊Cubalah..Xcuba xtaw kan.


Teknik Marmet @Perah Susu Guna Tangan


Langkah 1
Buat pegangan berbentuk C pada payudara anda dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1 inci ke 1 inci setengah dari aerola. Anggapkan ibu jari berada di pukul 12 dan 4 jari lagi berada di kedudukan pukul 6. Jarak ini adalah panduan kerana aerola ibu adalah berbeza.

Langkah 2
Tekan payudara dengan lembut ke arah dada. Jangan ubah posisi jari tadi.

Langkah 3
Tekan ke belakang & Picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah untuk menggalakkan susu keluar. Pastikan ibu mengenalpasti kilang susu yang ada berdekataan dengan areola tersebut. Picit bahagian itu dan ulang dengan pergerakan picit lepas beberapa kali.Ulang langkah tersebut hingga aliran susu berkurangan.

Langkah 4
Pindahkan posisi jari. Permulaan tadi ibu jari di jam 12. Sekarang pindahkan ibu jari ke kedudukan 11, 10, 9, 8, 7 manakala jari tengah dan telunjuk ke arah jam 5, 4, 3, 2, 1. Lakukan gerakan memerah ini seperti langkah 1-4 tadi. Lakukan sehingga dirasakan susu dapat diperah sepenuhnya dan tukar kepada payudara sebelahnya.Jangan lupa tadah susu perahan ke dalam bekas penyimpanan yang bersih.

Beralihlah ke payudara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara.

Keseluruhan prosedur ini mengambil Masa dalam tempoh 20 minit – 30 minit. Perah setiap sebelah payu dara antara 5 – 7 minit. Kemudian perah lagi setiap sebelah payudaa dalam 3 – 5 minit. Dan ulangi semua rutin urutan dan di akhiri dengan sesi pemerahan antara 2 – 3 minit bagi setiap sebelah payudara

Cuba praktikkannya, InsyaAllah membantu.Mula-mula agak sukar ,InsyaAllah lama kelamaan Alah bisa tegal biasa.😍

AWAS!ELAKKAN PERKARA INI..

⛔Jangan picit puting payudara. Ini akan menyebabkan lebam

⛔Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payudara

⛔ Jangan geselkan tangan anda ke payudara kerana boleh menyebabkan melecet

Apa yang penting jangan sesekali anda rasa stress atau anda cuba memaksa susu anda untuk keluar. Untuk percubaan pertama kali, mungkin akan kelihatan sukar dan penat.

Tapi kalau anda dah biasa, benda yang susah tentunya akan menjadi lebih mudah. Jika anda berada di hospital, minta tolong nurse ajarkan cara teknik marmet ni.

Saya dulu pun, masa mula buat..seksa gak. Tapi bila dah pandai, sekejap je susu dah penuh dalam botol.Alhamdulillah


Rasanya selepas ni rasa nak cuba tak? Jom cuba marmet macam best je kan? Tiada kos, mudah pulak tu.Terbaik..

Your Trusted SID,
Zue,0122622970

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page