Sunday 2 April 2017

MIGRAIN:IKHTIAR ALTERNATIF DENGAN SUPPLEMEN

Assalammualaikum&Salam Sejahtera😊


Pernah rasa pening atau sakit kepala terlampau macam nak pecah.Buat macam2 Cara Masih x hilang,tengok cahaya pun x boleh.😣Arghh..Sakitnya anda mungkin mengalami Migrain.Jom kenali APA itu migraine.


MIGRAIN
sejenis penyakit kepala yang kronik taw Individu mengalami migrain mungkin tidak mampu menjalankan tugas seharian, tidak boleh makan, minum dan hanya mampu berehat sahaja ketika sakit menyerang.Malah  sering mengadu sakit berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Jika kronik, migrain boleh menyebabkan rasa pening (nausea), muntah, cirit birit dan juga sensitif terhadap cahaya dan bunyi.😖

NAK TAHU?
Pakar kesihatan percaya yang migrain adalah berpunca dari salur-salur darah di dalam kepala yang mengembang dan kemudian menguncup secara mengejut.

Namun begitu, punca sebenar penyakit ini masih belum dipastikan sehingga kini.Ada pendapat menyatakan ianya berkaitan dengan gaya hidup.


ANTARA PUNCA UTAMA MIGRAIN;

😨 Tidak cukup atau terlebih tidur, atau tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain

😨Pemakanan yang tidak seimbang 

😨Perubahan cuaca (Ini termasuk keadaan pancaran matahari yang terang atau lampu)

😨Bunyi dan bau kuat.

😨Menonton TV atau menghadap skrin komputer terlalu lama.

😨 Tekanan emosi atau stres

😨Merokok  

😨Jantina
Wanita 3 – 4 kali lebih kerap mengalami migrain berbanding lelaki,Malah Wanita mempunyai kecenderungan menghidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%)

😨 Ketidakseimbangan hormon ketika datang atau.sebelum haid (bagi wanita) Dan monopouse


RAWATAN
Kebiasaanya pesakit akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka seperti paracetamol.Tetapi Sekiranya keadaan migrain pesakit yang agak teruk, dos ubat yang lebih tinggi diberikan agar dapat mengurangkan kesakitan yang ditanggung.😖

IKHTIAR ALTERNATIF

Jangan bimbang,sekiranya anda tidak mahu bergantung pada ubat-ubatan yang berlebihan akan lebih memudaratkan kesihatan badan, Pengambilan supplemen natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.


Kenapa pengambilan supplemen lebih baik daripada ubat? Sebab, ia diperbuat daripada bahan makanan (vitamin semulajadi) dan ekstrak daripada makanan-makanan yang membekalkan nutrisi seimbang. .

Antara Supplemen yang dicadangkan untuk mengatasi migrain:


🌷Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)🌷

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan degupan jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium amat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf, otot, serta buah pinggang kita.  


Magnesium pula mustahak dalam mengekalkan metabolisma kalsium.  Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab migraine berlaku. Kajian menunjukkan Magnesium dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya berlaku.


Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium tanpa vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh menjadi sisa / batu dalam ginjal atau pundi kencing.


🌷B Complex🌷


Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan migrain. Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee ini akan memastikan anda bukan saja kurang risiko diserang migrain, tapi juga penyakit-penyakit lain seperti depresi dan strok.

Bagi yang mengalami migrain, d cubalah mengenali punca migrain menyerang pada masa tertentu. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka ubahlah pemakanan, begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan gaya hidup.

Buatlah pilihan terbaik untuk kesihatan anda.Sekiranya berminat untuk vitamin/supplemen sebagai satu percubaan untuk mengurangkan migrain boleh hubungi zue😊.InsyaAllah pengambilan Secara kosisten dapat mengurangkan anda mengalami migraine..Semoga sentiasa dalam kesihatan yang Baik

Your Trusted SID
Zue,0122622970

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page