Assalamualaikum& SalamSejahtera😊
Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia,2 April 😍..Sempena hari semarakkan wacana biru Autisme dan kesedaran Autisme,izinkan Zue berkongsi tentang kisah apa itu Autisme?Pernah dengar?Sebagai masyarakat prihatin Kita perlu Tahu dan ambil peranan.😊👍
AUTISME
Autisme adalah gangguan perkembangan nerobiologi yang berat yang terjadi pada anak sehingga menimbulkan masalah pada anak untuk berkomunikasi dan berelasi (berhubungan) dengan lingkungannya.
PUNCA
Punca autisme masih tidak diketahui dengan pasti sehingga Semarang.Namun demikian, terdapat beberapa pendapat yang boleh mencetuskan seseorang disyaki mempunyai gangguan ini seperti:
🍁Jantina
Budak lelaki mempunyai risiko peluang sehingga 4 kali lebih tinggi menghidap autisme berbanding perempuan.
🍁Keturunan .
Ibu bapa seseorang yang mempunyai autisme adalah berisiko mempunyai seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah yang sama.
🍁Pendedahan semasa rahim .
Sebagai contoh, pendedahan kepada alkohol atau ubat-ubatan (terutamanya ubat anti-epileptik untuk wanita hamil) semasa berada dalam rahim.
🍁Kesan gangguan lain , seperti sindrom Down, distrofi otot, neurofibromatosis, sindrom Tourette, cerebral palsy ( cerebral palsy ) dan sindrom Rett.
🍁Kelahiran pra-matang , terutamanya bayi yang dilahirkan pada 26 minggu kehamilan atau kurang.
Untuk kesahihan buktinya belum Dapat dipastikan lagi sehingga kini.Malah saya ingin tekankan disini juga bahawa hubungan antara vaksin (terutamanya MMR) vaksin untuk autisme tidak benar. Sebaliknya, vaksin, anak anda akan terlepas daripada dijangkiti atau menyebarkan keadaan yang membahayakan diri mereka sendiri dan orang lain.
Ciri-ciri Autisme
a) Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.
b) Lebih suka bermain bersendirian atau mengasingkan diri – biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah atau perlakuan yang merosakkan diri sendiri.
c) Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika ada sebarang perubahan dan enggan melakukannya.
d) Sangat sensitif pada rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.
e) Menunjukkan minat yang pelik, seperti terhadap peta, peralatan elektronik dan sebagainya.
sumber:Mengenal Tanda Masalah Autism - Dr. Zubaidi
RAWATAN
Setakat Hari ini tiada rawatan spesifek untuk autisme Dan ianya tidak boleh diubati. Walau bagaimanapun, banyak sokongan perkhidmatan pendidikan khas dan terapi tingkah laku untuk meningkatkan kebolehan orang dengan autisme nak mengurangkan ciri-ciri autisme mereka.
Aspek Penting perkembangan kanak-kanak yang perlu diberi tumpuan adalah keupayaan untuk berkomunikasi, berinteraksi, kognitif, dan akademik.
Rawatan autisme bertujuan untuk membangunkan keupayaan orang kurang sebanyak mungkin supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang setiap hari Beberapa langkah-langkah tindakan biasanya disyorkan ialah:
🌷Terapi tingkah laku dan komunikasi .
Ini dilakukan supaya individu autisme lebih cepat menyesuaikan diri. Contoh terapi adalah terapi tingkah laku kognitif atau Cognitive BehaviouralTherapy (CBT) .
🌷Terapi keluarga
ibu bapa atau adik-beradik boleh belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan ahli keluarga yang mengalami autisme.
🌷Penyediaan ubat-ubatan .
Walaupun tidak dapat menyembuhkan autisme, ubat boleh diberikan untuk mengawal gejala-gejala tertentu. contohnya antidepresan untuk mengawal gangguan kebimbangan, melatonin untuk mengatasi gangguan tidur, atau anti-psikotik ubat-ubatan untuk menangani tingkah laku agresif dan bahaya.
🌷Terapi psikologi
Rawatan ini adalah disyorkan apabila individual autisme .
Tips & Strategi Atasi Anak Autisme
a ) Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi seperti buku berwarna-warni ataupun kad bergambar (flash cards). Pada peringkat awal, gunakan bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan anak anda. Dengan cara ini, kita dapat melatih mereka mengolah deria visual mereka dengan lebih baik dan dapat menarik perhatian mereka untuk belajar dengan mudah.
b) Ajari anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dengan beratur mengikut susunan ( how to takes turn ) walaupun antara dia dan adiknya sahaja di rumah. Gunakan cara hubungan komunikasi yang baik dengan ajari mereka mengucapkan terima kasih dan menggunakan pandangan mata ( eye contacts) dengan anda. Cara ini akan melatih mereka untuk bertenang dan bersabar dalam setiap perkara yang mereka hendak lakukan. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.
c) Alunan muzik dan disertai pergerakan badan yang tersusun seperti di dalam kelas khasbagi melatih kebolehan tindak balas terhadap arahan yang mudah di dalam pembelajaran. Contohnya, apabila bait lagu menyuruh mereka please sit down and turn around, mereka akan melakukan setiap langkah itu satu per satu mengikut urutan dan meniru apa yang guru mereka lakukan walaupun dalam keadaan yang lambat. Jika dipraktis setiap minggu, kepantasan tindak balas gerakan tubuh ini akan meningkat.
c) Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.
Contohnya ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya. Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti.
Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah bagi mendapat perubahan yang memberangsangkan.
Sumber dari>excelqhaliff.com
Antara Supplimen Shaklee yg dicadangkan untuk anak-anak Autisme ialah :-
💖GLA Complex💖
Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar & hiperaktif.
💖Omega Guard 💖
Kandungan DHA yg tinggi di dalam Omega Guard membantu meningkatkan keupayaan ingatan & pembelajaran, memelihara penglihatan & pendengaran serta meningkatkan sistem imun kerana kanak-kanak Autism lebih terdedah kepada penyakit.
💖Meal Shake 💖
Membantu tumbesaran kerana mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium & magnesium yg diperlukan untuk membina tulang & sel-sel untuk proses membesar dengan sihat & cergas. Meal Shake juga mampu meningkatkan selera bagi kanak-kanak yg terlalu cerewet dalam pemilihan makanan.
Untuk dapat lebih info terkini, marilah sama-sama kita join
KELAB ANAK AUTISME
Disana kita boleh dapat ilmu lebih mendalam tentang autisme, masyarakat diluar sana perlu sama-sama kerjasama dari kita semua untuk mereka anak-anak autisme dapat jalani kehidupan seperti anak-anak yang lain.
Jangan sisihkan mereka, mereka normal cuma perlu lebihkan garapan perhatian dan kesabaran yang tinggi dalam diri kita, Jadi ambil Tahu kita perlu ilmu untuk membantu Bersama memberi peluang Dan Ruang buat mereka yang istimewa ini😊😍
AmbilPeduliAutisme
YourTrustedSID
Zue,0122622970
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment