Saturday 1 April 2017

SUSU MERUNDUM,JANGAN BIMBANG ADA PENYELESAIANNYA

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Bila Susu Merundum..Mama pula stress bimbang Anak xcukup nutrisi Dan kenyang😞.InsyaAllah Jangan bimbang Hari ni zue nak kongsikan sedikit tips untuk mengatasi masalah susu merundum.Ianya pengalaman normal penyusuan.Kebanyakan ibu-ibu menyusu mesti akan melalui situasi ini kan termasuklah zue .Tambahan pula kalau ibu tu jenis tiada simpan stok yang banyak dalam peti ais.😣Arghhh Stress

Jadi apa perlu kita buat Bila dalam keadaan begini

1) Jangan panik atau stress kerana kedua-dua perkara berikut merupakan antara penyumbang kepada peningkatan kemerosotan penghasilan susu taw

2) Tingkatkan jumlah pengepaman walaupun setiap pengepaman hanya menghasilkan susu yang tersangat sedikit atau titik-titik susu..Bertenang Dan cool je

3) Pastikan setiap pengepaman selesai dengan pengosongan payudara (cara terbaik adalah dengan cara memicit di keliling payudara secara perlahan seperti kaedah marmet Dan power pumping). 


4) Pastikan setiap pengepaman dan pam yang di gunakan benar-benar selesa untuk tubuh anda - (pam yang selesa memang mempengaruhi jumlah penghasilan susu).

5) Cuba cari masalah utama akibat dari kekurangan susu yang berlaku (Contoh: kerap terskip jadual mengepam, kurang mengepam, stress etc). Apabila kita dapat kenal pasti punca maka mudahlah kita mengatasinya.(Contoh: Jika kita kerap terskip jadual megepam, maka kaedah seperti power pumping atau menyusun semula jadual pengepaman boleh di lakukan semula).

6) Periksa pemakanan harian anda samada ada sebarang kekurangan dalam pola pemakanan yang mungkin mempengaruhi jumlah pengepaman.(Contoh jika kurang protein, tambahkan pemakanan yang berasakan protein ke dalam menu harian)

7)  Pastikan pengambilan air kosong cukup sekurang kurangnya 3L sehari dan pastikan pengambilan makana yang seimbang. Sekiranya tidak mampu menyediakan makanan yang seimbang.Ibu boleh pertimbangankan pengambilan supplement Set Penyusuan SHAKLEEuntuk mengisi kekosongan zat dalam badan..


8)Sekiranya anda masih memerlukan bantuan, sila hubungi pakar laktasi yang berdekatan untuk membantu situasi kalian. 

9) Amalkan surah2 albaqarah @ surah alkauthar atau zikir seperti Ya Matin bagi menenangkan jiwa dan permohonan secara berterusan dari Yang Maha Esa. 


10) Jangan sekali-kali terus mengambil jalan keluar dengan menggunakan susu formula (melainkan benar-benar perlu) kerana apabila ada jalan mudah, maka si ibu tidak akan bersungguh-sungguh utk memperbanyakkan susunya semula. 

11) Perkara yang paling penting, JANGAN SEKALI2 BERPUTUS ASA dan POSITIF serta sentiasa percaya bahawa setiap masalah yang timbul, ada jalan keluarnya... InsyaAllah


Oleh itu,Jangan putus Asa menangani masalah ketika Susu Merundum.Teruskan berusaha,.InsyaAllah setiap masalah Ada ikhtiar penyelesaiannya.Zue doakan ibu2 berjaya mengharungi segala ujian penyusuan susu ibu ni....Kerana susu ibu Adalah susu terbaik untuk anak2 Kia.Berminat nak Cuba set penyusuan?

Hubungi;
Zue,0122622970

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page