Monday 3 April 2017

TONSILITIS: ALTERNATIF RAWATAN MENGGUNAKAN SUPPLEMEN

Assalammualaikum&Salam Sejahtera.😊

Baru2 ni zue ada menziarah sahabat yang Baru membuat pembedahan tonsil atas saranan Doktor kerana mengalami radang tonsil@ tonsillitis kebelakangan tahun ni.Tahukah anda tentang tonsilitis@ Radang tonsil?

Jom Kita kenal Tonsil terlebih dahulu,

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri  daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit.
Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:

☘Adenoids – tonsil yang terletak di belakang hidung
☘Lingual tonsils – tonsil di belakang lidah
☘Palatine tonsils – tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan

Ia berfungsi menapis virus dan bakteria memasuki saluran pernafasan, sekaligus menjadi salah satu sistem pertahanan badan manusia. 


APA ITU TONSILITIS?

Oleh kerana tonsil merupakansalah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Antara PUNCA berlakunya tonsil adalah disebabkan: 

1) Jangkitan virus 

2) Jangkitan bakteria (15% sahaja punca dari bakteria) 

Demam, batuk dan selesema mampu mengundang kepada jangkitan virus mahupun jangkitan bakteria. So, ia akan menjadi punca kepada terjadinya masalah tonsilitis ini.


SIMPTOM radang tonsil ialah:

1) Sakit tekak yang kadang-kadang teruk

2) Tidak boleh menelan atau terasa sakit ketika menelan.

3) Demam yang berpanjangan dan kadangkala suhu tinggi.

4) Sakit kepala

5) Sakit-sakit badan

6) Suara garau atau hilang suara

7) Kadangkala bengkak pada leher

8) Mulut berbau busuk

9) Berdengkur ketika tidir


Komplikasi radang tonsil

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya.
Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah.
Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

“Sleep apneoa” atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Rawatan Aternatif Shaklee Untuk Penawar tonsilitis

🌼Vitamin C (SR Vita-C Plus atau Chewable Vita-C Plus)🌼
🌼NutriFeron🌼


🌹Kelebihan Vitamin C🌹

Vitamin C dari jenis vitamin larut air ini sebenarnya mempunyai pelbagai fungsi lain selain dari memastikan kulit cantik. Antara kepentingannya:
🌹Bertindak sebagai barisan pertahanan sel tubuh untuk memerangi radikal bebas yang menyerang sel-sel badan  (dalam air)
🌹Vitamin C menjadi barisan hadapan untuk radikal bebas yang menyerang dalam lemak. Radikal bebas ini didapati daripada asap rokok, asap kenderaan, asap dari persekitaran — bayangkan betapa banyaknya musuh sel kita hari ini!
🌹Meningkatkan tindakbalas imun. — orang yang selalu rasa nak demam, sebaiknya meningkatkan pengambilan Vitamin C sama ada dari makanan atau supplemen.
🌹Membantu mengurangkan hormon tekanan.
🌹Membantu masalah anemia. Anemia atau kekurangan darah (low hb) sering berlaku pada ibu mengandung yang boleh mengancam nyawa ibu dan kandungan. Vitamin C sebenarnya membantu penyerapan zat besi yang menjadi asas kepada pembentukan darah yang sempurna dan sihat. Kegagalan untuk menyerap zat besi dari makanan/supplemen akan menyebabkan anemia.
🌹Membantu penyembuhan luka.
🌹Vitamin C (dan vitamin lain) berfungsi sebagai pasukan penyelamat yang saling membantu untuk memastikan tubuh sentiasa dalam keadaan baik.
🌹.Membantu meredakan demam/selsema.


🌹Kebaikan NutriFeron Shaklee🌹
Ia dihasilkan daripada ekstrak 4 tumbuhan (biji labu, bunga sunflower, honeysuckle jepun dan biji plantagi) yang mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.
NutriFeron juga adalah produk Shaklee yang dihasilkan bertujuan untuk ‘boost’ sistem perlindungan imuniti tubuh – interferon. Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut ‘membiak’ dalam tubuh kita.


Oleh itu,buatlah pilihan terbaik untuk membantu merawat Tonsillitis anda.Perlukan produk Shaklee?Hubungi zue untuk pertanyaan Dan konsultasi 😊

Your Trusted SAID
Zue,0122622970

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page