Saturday, 1 April 2017

JOM KENAL DIABETES MELLITUS@PENYAKIT KENCING MANIS

ssalammualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Pernah dengar tentang diabetes@kencing manis?.Hari ni zue nak kongsi Bersama info diabetes.Jom Kita kenal Diabetes MellitusšŸ˜Š

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal.

Diabetes adalah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

Nak Tahu?

Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Penyakit kencing manis ni ada 3 jenis secara amnya:-

TYPE 1 : kencing manis  yang bergantung kepada insulin

TYPE 2 : kencing manis yang tidak bergantung pada insulin

TYPE 3 : kencing manis semasa mengandung. (risiko untuk bayi menjadi lebih besar dan mendapat kencing manis)


Simptom kencing manis Secara umumnya:-

Kebiasaannya tanda-tanda dan gejala Kencing Manis yang biasa dialami ialah:

* Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
* Letih
* Berat badan menurun
* Penglihatan kabur
* Otot lemah
* Gatal

Lain-lain gejala termasuk:

* Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas

Sentiasa awas dengan tanda2 ni & Jumpa Dr untuk pengesahan & rawatan AWAL

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Namun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

1) Berumur 35 tahun atau lebih tua.
2) Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
3)Impaired glucose tolerance (IGT).
4) Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
5)Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
6)Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
7) Tekanan darah tinggi
8) Gaya hidup tidak aktif
9) Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
10) Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi



Rawatan untuk kencing manis

Pastikan anda mendapatkan  pemeriksaan doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut penyakit yang dihidapi melalui kemungkinan simptom di atas  tanda taw.InsyaAllah Doktor pasti dapat memberi gambaran terbaik terhadap penyakit anda.

Malah sebelum mengambil sebarang ‘ubat’ kencing manis dari luar atau suplemen sangat2 penting anda mendapatkan rawatan di hospital dan nasihat doktor.InsyaAllah ikhtiar dengan nutrisi Shaklee dapat membantu memberi sokongan nutrisi. Antara produk yang dicadangkan;


1) ESP 
- Membantu mengekalkan paras gula normal dalam darah dan penyembuhan luka

2) VITA-LEA
- Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.

3) GLA COMPLEX
- Mengimbangi hormon insulin dan menurunkan paras kolestrol

4) VITA-C 
- Mengukuhkan kapilari dan salur darah

5) ALFALFA COMPLEX
- Membantu menstabilkan gula dalam darah

Sekiranya  mempunyai bajet yang banyak atau anda memang tidak suka makan suplemen tablet dalam kuantiti yang banyak, anda boleh mencuba VIVIX. Sangat-sangat berbaloi!


Sebab:

Resveratrol di dalam Vivix membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin. Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes dan jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh mengurangkan diabetes.


Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan keluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula darah.

Resveratrol juga mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita. Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah di aktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.

Terbaik kan?

Jadi Pilihan adalah di tangan anda dan bergantung kepada bajet yang anda ada.Jangan risau yang penting jaga kesihatan dengan Baik untuk kehidupan yang Baik Bersama yang tersayang.

Hubungi zue untuk pertanyaan n info ShakleešŸ˜Š

Your Trusted SID
Zue,0122622970

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page