Saturday 1 April 2017

PENYAKIT TIBI CEGAH AWAL SEBELUM PARAH

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera 😊


APA Khabar?Alhamdulillah hujan lebat di keningau sekarang.Masa terbaik untuk berdoa yang baik2.Semoga Kita semua sentiasa diberi kesihatan yang Baik selalu.Hari ni nak share info Tentang Batuk Keeping @ TIBI.Pernah dengar?



Penyakit batuk kering ataupun Tuberkolosis atau TIBI merupakan satu penyakit yang amat bahaya sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. Penyakit ini berpunca dari jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis.Bakteria in biasanya menyerang paru-paru.Namun sekarang, ia juga dapat menyerang sistem-sistem badan lain. Sistem-sistem ini seperti  menyerang sistem saraf tujung, sistem peredaran, sistem limfatik, tulang, sendi dan lain-lain.Menakutkan.TIBI xmengira usia😖.Nauzubillahiminzalik

SIMPTOM PENYAKIT TIBI:

- Batuk berdarah atau berkahak. 

- Sakit di bahagian dada. 

- Lemah dan keletihan. 

- Susut berat badan. 

- Berpeluh waktu malam

- Kehilangan selera. 

- Menggigil. 

- Demam. 


BAGAIMANA PENYAKIT TIBI BOLEH BERJANGKIT:

Tibi boleh berjangkit melalui titisan cecair mulut dan hidung yang mengandungi kuman Tibi apabila pesakit Tibi paru-paru batuk, bercakap atau bersin.Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi cecair ini akan menghadapi risiko dijangkiti kuman Tibi


SIAPA BERISIKO YANG MENGHIDAP PENYAKIT TIBI?

1. Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.

2.Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.

3.Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.

4. Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.

5.Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar

6.Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang

7. Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama

8. Warga tua.

9.Perokok tegar

10.Penduduk Miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar


LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT TIBI

1)Dapatkan suntikan BCG bagi Bayi2 baru lahir Dan seperti yang telah dirancang Oleh KKM (BCG diberikan di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yg berumur 20 tahun ke bawah)
2)Sekiranya batuk berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor untuk uji kahak
3)Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yg tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yg lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan

CARA PEMERIKSAAN PENYAKIT TIBI

Kalau mengalami batuk berpanjangan Dan melebihi 2 minggu, kita hendaklah berjumpa Dr untuk melakukan beberapa pemeriksaan seperti:
1) sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran secara percuma

2)Ujian Mantoux

3)Pemeriksaan sinaran X dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku pada paru-paru kita 

RAWATAN PENYAKIT TIBI

Bagi rawatan dan ubatan penyakit Tibi, DOTS (Directly Observed Treatment-SHortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara terus diberikan. Rawatan ini mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan supaya kuman Tibi di dalam dan diluar sel badan dapat dibunuh sepenuhnya.

Antara ubat yang diambil oleh pesakit tibi adalah:

Isoniazid (INH)
Rifampicin (RIF)
Pyrazinamide (PZA)
Ethmbutol (EMB )

TIPS UNTUK PESAKIT TIBI

1)Pastikan anda mematuhi&menjalani rawatan, dengan sempurna sehinggalah semuanya selesai
2)Rehat secukupnya
3)Makan makanan seimbang
4)Amalkan gaya hidup sihat supaya dapat menentang kuman2 tibi pada sepanjang masa
5)Jangan merokok kerana ianya hanya memburukkan keadaan
6)Buka pintu dan tingkap pada waktu siang untuk peredaran udara yg sempurna bagi mencegah kuman tibi merebak
7)Buka tingkap Dan biarkan cahaya matahari memasuki rumah kita dengan banyaknya sebab ia berupaya membunuh kuman tibi yg terapung2 di udara dan berselindung di sudut2 rumah
8)Elakkan daripada tinggal bersesak-sesak di dalam rumah yg sempit
9)Ambil supplemen yg boleh meningkatkan sistem imunisasi badan

IKHTIAR DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE😍

Antara vitamin yang di syorkan kepada pesakit Tibi antaranya ; 

🍁🌷VIVIX🌷🍁
Resveratrol yang terkandung di dalam vivix mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan saluran pernafasan.Resveratrol telah terbukti mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru.Ia juga membantu meningkatkan imunisasi tubuh.

🍁🌷NUTRIFERON🍁🌷
Membantu meningkatkan imuniti tubuh dengan mendorong penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh.Ia mampu mengurangkan / mengelakkan simptom alergi.

🍁🌷VITAMIN C🍁🌷
Ia membantu untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan melawan infeksi bakteria.

🍁🌷GARLIC COMPLEX🍁🌷
Membantu meningkatkan pertahanan tubuh terhadap alergi untuk pesakit asma atau infeksi paru-paru.

🍁🌷OMEGA GUARD🍁🌷
Omega 3 mampu mengurangkan inflamasi dan keradangan.Ia mampu mengurangkan serangan asthma dan membersihkan saluran pernafasan

🍁🌷VITAMIN E🍁🌷
 Melindungi tisu paru-paru dan membekalkan oksigen kepada sel

🍁🌷CAROTOMAX🍁🌷
Penting untuk pemulihan tisu paru-paru

Jangan biarkan Penyakit Tibi menular di kalangan kita...Hargailah kesihatan anda semua😍👍

Jika anda memerlukan nutrisi suplemen sebagai cara untuk mengatasi penyakit Tibi , boleh hubungi saya ;

Your Trusted SID,
Zue,012262970

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page